Heartbeat

Isnin, 7 Mei 2012

kursus dan cuti

Pada 1 - 4 Mei 2012, aku diarahkan ke IAB Genting kerana menghadiri kursus PrOD. Mula bertolak dr rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi dihantar oleh hubby dan 2 orang anak bujangku. Kebetulan 1 Mei hari buruh semuanya x bekerja. Dalam perjalanan kami singgah di Kuala Gandah melihat pusat Latihan Gajah..Ermmm entah betul x nama pusat tu...ah,, xkisahlah. Berada di situ dalam 1 jam setengah, kami meneruskan perjalanan.. Kami sampai dan aku melapor diri lebih kurang pukul 3 petang.
Aku berkursus di sana selama 3 hari.. Suasana kursus amat menyenangkan.. berkenal-kenalan dengan lebih kurang 30 orang peserta lain drp pelbagai sekolah terpilih dalam negeri Pahang. Namun paling memeranjatkan adalah tentang makanan yang disediakan. Aku bukanlah jenis yang cerewet...tapi kalau hari2 makan sayur kacang panjang dan kubis goreng,,wah,,ini sudah lebih beb.. Paling ketara kuih-muihnya...hahaha..kuih koci dan donatnya keras kematu...lagi liat..cecah airpun liat lagi.. Aku kira kocinya bukan drp tepung pulut tp tepung beras...kesian rakan-rakan yang bergigi palsu...hihi.. Itu bab makan..bab turun naik tanggapun best juga. mereka yang memandu sendiri xde masalah.. tapi aku yang dihantar dan dijemput ni masalah sikit..kena naik dan turun 115 mata anak tangga 4 kali sehari. Itu x termasuk anak-anak tangga yang xsempat aku bilang untuk ke bilik kuliah di tingkat 2.. Wah semput juga awalnya..ingatkan bolehlah kurus kot...tapi jangan harap...xberpeluh langsung...maklumlah tempat sejuk... dahlah cuaca asyik hujan ribut aja 2 hari tu.
4 Mei habis kursus pukul 12.15 tengah hari. Namun aku x terus balik,,terpaksa tunggu hubby dan anak-anak jemput. Lebih kurang jam 5.00 petang berulah mereka muncul.. Kami terus ke stesen kereta kabel untuk ke puncak genting. Malangnya kereta kabel x beroperasi kerana cuaca buruk.. Kami terus pulang memandangkan along ada tugasan keesokan harinya...
Dalam perjalanan pulang si bongsu menangis x puas hati. Tambah pulak di buli abang-abangnya..Bagi memujuknya kami sepakat naik ke Bukit Tinggi. Saja jalan2. Nak bermalampun x boleh,,yalah along ada tugas pulak...
Jom layan gambar2 kenangan kami.....



melihat gajah di Kuala Gandah


si sulong dan si bongsu




angah & adik

Hubby yg pemalu





Jumaat, 20 April 2012

macam2

dulu pernah aku bercerita tentang kerenah para pelangganku... kali ni nak cerita sikit lagi pasal tu... sajalahkan...nak gelakpun ada...serba salahpun ada...

pernah dulu sorang kawan ni menempah kek hari jadi anaknya... apa dia kata: "akak, saya nak kek yang 'keras x keras, lembut x lembut' hahaha gone gayenyer tu ek??? garu kepala yang x gatal jugalah aku hari tu...balik rumah kena pulak fikir,,gone nak buat ni...tapi alhamdulillah...setelah dibuat hasilnya memuaskan hati beliau...dan sampai sekarang beliau menjadi pelanggan tetapku,,walaupun beliau kini telah sama-sama pergi ke kelas belajar buat kek...tapi kata-kata itu sentiasa mengiringi tempahannya hingga kini.

kawan yang sorang ni lain pulak ceritanya..diapun pelanggan tetap jugaklah kiranya... tapi yang kelakarnya suatu hari dia menempah kek berserta pesanan: 'kak ana, saya nak tempah kek pelangi untuk esok...saya nak telor lebih ya!' hahaha...ingat makan nasi bungkus ke??? boleh minta lauk lebih!! ish, ish, ish.... masak kek bukan macam masak lauk dik oiii...setiap resepi ada sukatannya ...kalau x ikut sukatan yang betul, jangan harap nak dapat yang terbaik... boleh jugalah bagi yang dah pakar kan?? tapi risikonya 2 je... menjadi atau buang ke tong sampah!!! kalau belum pakar jangan cuba2lah...

lagi sorang ni lagi buat aku xtentu arah... datang order pukul 6.40,,nak ambil pukul 8.00..kek apa2 x kesah, tapi nak deco... huhu... cik abang,,, tengok ni...lebih kurang masa yang diambil untuk buat kek yang paling mudah : sukat dan sediakan bahan ambil masa 10 minit,, membancuh dan mengadun 15 - 20 minit.. membakar antara 45 - 50 minit paling kurang..nak sejukkan lagi... mana boleh keluar oven terus deco,,cairlah krimnya cik abang oiii...nak sejukkan paling kurang 15 minit bawah kipas ...pas tu nak bagi sedap dan cantik nak buat dalam 2 or 3 layer kena pula potong, sapu krim dan taruk  filling 10 minit lagi...pastu baru deco..paling simple deco 10 minitlah...tupun kalau krim dah ada,,kalau tak,, nak sukat dan nak putar krim lagi...mau 10 ke 20 minit tu.....paling leceh ayak mengayak tepung atau gula...nak jadi krim yang cantik mau 3 kali ayak gula isingnya...ha kiralah sendiri masanya...lainlah kedai kek atau bakery yang memang dah standby kek...tinggal deco aja,,,xpun ada yang dah sedia deco tinggal pilih je... I xde kedai bang!!! 

hehe tulah critenyer.... macam2kan???