Heartbeat

Memaparkan catatan dengan label CMC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CMC. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2012

happy birthday nurfadhliana hamdan

Tempahan rakan lama. Terima kasih kerana masih setia...

lagi kek untuk budak-budak


Dah lama dapat tempahan ni... tapi malas bebenor nak buka blog sekarang ni...maklumlah x lama lagi bebudak UPSR dah nk pekse...kerja lebih skitlah..lps tu plak bebudak PMR... sakit jugalah kerja kt sekolah ni ada rendah ada menengah... ni kek tempahan dr Prasekolah ..dari darat , dari lautan..dan yang terakhir idea last minute...

Rabu, 28 Mac 2012

untuk budak-budak

ini kek untuk prasekolah SKB2 tahun ni... dulu gambar atas darat.. kali ini kita menyelam ke dasar lautan pula...Camane???


Jumaat, 27 Januari 2012

CMC untuk anak sahabat suami...

Tempahan drp Cikgu Mat Piah untuk anaknya...hehe hubbyku ini amatlah pemurahnya..sebiji CMC yang hanya dicurah ganache dan ditabur kacang badam biasanya aku jual RM 30.. Kalau mau design lebih2 tambahlah dalam RM 10 ke atas bergantung pada designnya.. tapi demi sahabat kek ni dia jual RM 30 je...

Samalah juga dengan si along... dlm minggu ni dapat banyak tempahan drp rakan-rakan di tempat kerjanya...yang lucunya sebiji dia jual RM30 kalau beli dua RM 50... nasib baiklah xde org nak kongsi kata beli dua padahal untuk orang lain-lain... alahai...pemurah betul dia orang ni... tapi yang lebih parahnya...modal mak punya, kek mak yang buat , penat mak yang dapat, tapi.... duit bayaran hermmmm...tarakkkkkk... upah dia orang lah pulak....huhu




Sabtu, 14 Januari 2012

happy birthday Intan

8 Januari 2011...CMC for Intan Nurkamila Aulie...



Khamis, 24 November 2011

lagi

Lagi sorang peminat CMC telah membuat tempahan sempena jamuan akhir tahun kelasnya..TQ Fatimah Filzah..harap berpuashati...


Ahad, 2 Oktober 2011

happy birthday Abang

2 biji Cmc tempahan Fida untuk birthday anak saudaranya...


Jumaat, 9 September 2011

kek raya

sebulan berpuasa bagaikan bercuti drp membuat kek walaupun sesekali mendapat juga tempahan... untuk raya ini sahajalah yang sempat di ambil gambarnya...dalam kesibukan lupa pulak nak ambil gambar kek tempahan rakan2... ini pulak adalah kek yang dibuat lagi pada hari raya ke-3...CMC Raya..haha..


Jumaat, 29 Julai 2011

pinky bear

jemu dengan warna coklat,, kali ni,, buat warna merah jambu pulaklah...ermmmm...boleh tahanlah... cantik jugakan??? Tq Za,,sebab mengizinkan kak ana merubah warnanya...susah oooo nak piping bulu2nya... adakala keluar besar2,, bukan halus2 spt yang dikehendaki.....ambik masa lama ni nak piping bulu2nya agar cantikkkk


Rabu, 27 Julai 2011

tempahan CMC lagi

Ini adalah tempahan CMC utk birthday Ainsya yang mahukan gambar princes...xde stok princes solo..ada 3 beradik pulak...hahaha...x kesahlah kan??? janji princes...colour pink lagi...




serentak dengan ainsya,,, Ini pulak tempahan CMC drp pra sekolah..kali ni bear pulak yerk??? tapi masih mahukan CMC... ikut aoklah Za.. janji puas hati yerk???

Rabu, 20 Julai 2011

CMC utk hasya maisarah

cubaan pertama mendeco bentuk bear ni... Umie sebenarnya mintak deco mcm nurfaqihah punya tapi dah jemu sgt dah deco cam gitu...cuba kelainan lah pulak ye...jangan marah Umie yer... TQ kerana sudi menempah... dlm cuti sakit ni sempat juga membaking dan mendeco..hahaha...dah bercampur2 bahasa....


Isnin, 11 Julai 2011

cmc utk hadiah keceriaan kelas

CMC utk hadiah keceriaan kelas bulan Jun... semoga bertambah semangat dan berlumba-lumba untuk memasing terus menceriakan kelas... Caiyokkk SKB2

CMC juga utk Khadijah

hahaha... minat betul memasing dengan deco cam gini... aku rasa dah jemu membuatnya... setakat ni dh 3 biji nak kn design ni... aduiii... rasa x mencabar creativitiku lagi..hehe... untuk tidak menghampakan, ku buat jugalah...juga utk khadijah tempahan ibunya...wah wah wah,,, sampai 2 biji kek utk birthday khadijah kali ni..ermmmhhh rasa-rasanya ibunya yang lebih2 nk makan ni...ye x???

Sabtu, 2 Julai 2011

kek pengantin

Ini tempahan kek pengantin oleh seorang sahabat untuk perkahwinan bapa saudaranya... TQVM Liza..harap berpuas hati... Tema biru...tuuuuu





Rabu, 29 Jun 2011

CMC tempahan kelab guru SKL

Hai,, ini CMC tempahan kelab PSKPP dulu KGKT ( macam2) SKL.. 2 biji CMC dan sebiji Vanila Span ( ditunjukkan dalam label cake).. Simple deco... Kata si Fida,, kalau buat bunga2pun, bukan orang makan bunganya.... hehe... ya tak ya juga.... untukmu Fida...aku x berkira sangat...... ingat tu.....



Isnin, 20 Jun 2011

lagi tempahan CMC

CMC tempahan Rozen utk  birthday suaminya

CMC utk juara keceriaan kelas bulan Mei SKB2

3 biji CMC untk hadiah keceriaan kelas bulan Mei SKB2

Jumaat, 17 Jun 2011

drp Linda

Ini tempahan CMC drp Linda sempena pertukaran GPK KOkurikulum sekolahnya. Entahlah Cik Linda ni bercampur aduk je BI BM nyakan???? Itupun dah dibaikpulihkan sikit2..hehe... jangan marah Linda... harap berpuashati dan jangan serik2 menempah....KAUKAKIKUhehe


Ahad, 5 Jun 2011

CMC hantaran perkahwinan Lizan utk Su












Ini CMC yang ditempah oleh Lizan untuk perkahwinannya esok 5 Jun 2011. Nampak macam design yang pernah aku buat.. Ya, betul.. bukan ketandusan idea, malah semasa mendapat panggilan telefon, siap tanya tema lagi, dalam kepala dah ada macam2 nak buat. Siap beli kotak special lagi.( Kebetulan sedang "menyopping" kat Kuantan). Tapi apabila dia datang tengok design sedia ada, dia berminat yang ini...hahaha... xpelah, dia kan lelaki, mana suka bunga-bunga.. Tapi sorrylah Lizan, k ana taruk juga bunga gumpaste ni supaya x nampak kosong sangat. Yalah namanya pun kek kahwin, kenalah meriah sikit, kurang2 nak jaga nama tukang buat kek ni, ya tak??? Xkan ala kadar jek... hahaha.. Apa-apapun Selamat Pengantin Baru buat saudara Lizan ( x tau nama sebenar ) dan pasangannya sahabatku Suriyani Hazizan.. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..eh, sampai cicit, cuit, apa-apalah. tahun depan tempah untuk anniversary pulak ye

Jumaat, 27 Mei 2011

Cmc buat persaraan GB SKL pada 27 Mei 2011. Siap deco pukul 1.45 pagi. terus upload. X sabo nk kumpul koleksi dlm blog ni...

Ce tengok, ce tengok,, daunnya melurut jatuh tiba-tiba.. agaknya x sesuai buttercream ni letak atas ganache. Licin gamaknya. lagipun letak kt tepi gitu, mudah benor jatuhnya. sebab tu kalau tengok gambar last dh berserabut dengan tambahan daun.. sabor jelah....