Heartbeat

Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Julai 2013

cerita roti silap

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..

Cuti-cuti sekolah ni, kerja nak makan aje...tambah pulak anak-anak ada kat rumah dan cuaca yang kejap-kejap hujan, membuatkan perut memang cepat lapar... macam-macam menu dah buat...ada yang berulang-ulang...memenuhi permintaan anak-anak...yang maknya pulak, bukan makin kurus melayan kerenah anak, makin mengembang adalah...sikit-sikit mengunyah...sekejap-sekejap mengunyah...

Dalam sebok-sebok memikirkan menu, suatu hari hubby tunjukkan satu kepakarannya iaitu membuat 'roti silap' ...hahaha...jangan salah faham...bukan adunan roti tu yang silap, tapi memang nama roti tu, roti silap..

Roti ni memang terkenal kt kampung kami zaman dulu-dulu..tak taulah camana roti ni dapat nama..mungkin betul, dulu tok nak buat roti, tapi adunannya silap...atau mungkin juga kerana tekstur roti ni apabila dah masak akan berlapis-lapis.. daripada tepung, diuli2, dimasak, jadi berlapis-lapis...magic kan? itulah 'silap mata' namanya..

Sebenarnya roti ni ala-ala roti canai. cuma bahannya yang x sebanyak roti canai yang gunakan telur dan minyak.. bahannya simple je..cuma perlukan tepung gandum, garam, air biasa dan minyak..(hubby tambah sedikit marjerin). Rasanya juga x jauh beza ngn roti canai cuma, apabila digoreng, ia agak garing berbanding roti canai yang agak lembut dan sedikit lemak.

Semua bahan dicampur, diuli sehingga sebati, dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dibulat-bulatkan sebesar bola tenis..Lepas tu biarkan adunan semalaman.

Pagi esoknya, ambil satu , dan ditebar seperti roti canai, kalau x pandai tebar, ambil dulang bulat atau pinggan besar dan tarik adunan ke tepi shingga nipis...dah tu, lipat-lipatkan atau., pusing-pusingkan..lenyek sedikit sebelum digoreng..


doh roti yang telah diuli

doh dibahagikan kepada beberapa ketulan seberat lebih kurang 70 gm

doh yang kononya dah ditebar..kihkihih..dh macam roti kirai...kerana kepakaran menebarlah tuuu

doh yang dah ditebar dilipat panjang dan dilingkarkan....boleh paham ke dok bahasanya ni...hihihi
doh yang dah dilingkarkan tu,,ditekan-tekan..jadikan bentuk macam ni...tekstur dia masa ni jadi berlapis-lapis.



doh sedang di goreng...macam goreng roti canailahh ni. guna sedikit minyak aje...

tadaaa!!! dah siap...nak lagi cun tepuk-tepuk dia sikit masa masih panas-panas..sebiji macam roti canai...

Sedap weh...cicah kuah opor pekan masakan mak...perghhhh... berebut!!!!

itulah dia ceritanya.....selamat mencuba....

( n3  ni dah lama siap sejak disember 12 lagi.. tapi tempat jin bertendang ni mengalami masalah line internet yang teruk...broadbandpun setakat bayar tp xleh guna..tulah pasal keluarnya dalam bulan puasa 2013 ni...huhu...rindunya nk menulis(bercerita) lagi....sabo jelahhh

Ahad, 2 Disember 2012

mexican bun


 Assalamu'alaikum semua sahabat..semoga dirahmati Allah hendaknya...

wah... semenjak dah dapat sijil meroti ni banyaklah permintaan nak makan roti.. permintaan si along nak makan mexican bun perisa kopi..alamak terpaksa tangguhlah pulak kerana ketidakcukupan bahan... itulah...duk jauh-jauh kat tempat jin bertendang ni kena plan masa betul-betul nak g bandar... 60km tu...
Pastikan bukan semata-mata nak beli satu dua barang je..
membazir tuuuu..hehe

Kebetulan semalam banyak barang dapur yang telah kehabisan..so, bolehlah sekali arung ( kata orang Pekan) membeli barang keperluan nk buat roti,,

Maka hari ni berlangsungkan acara merotikan mexican bun tuuu..hehe ( teruk betul bahasa kan??? jangan kaitkan bahasa ni ngn kerjaya saya tau... biarkn itu hanya berlangsung di kelas sahaja...cuti-cuti ni bagi peluang nak merojakkan bahasa...hehe...jangan marah)

so, sila saksikan the making of maxican bunnn....


doh yang dah kembang setelah diadun


dileperkan...1 saiz kecil 1 saiz besar



butter diisi ke dalam doh yang kecil sebelum dirapikan



letakkan doh kecil dalam doh yang besar, kemudian rapikan


biarkan ia mengembang sekali ganda lagi



disalutkan dengan perisa kopi


perisa strawberry

dah masak ...sedia untuk memulakan suapan pertama




amacam??? x teringin?? sedap tau... ermmmm , malam ni nak buat roti cheese plak untuk sarapan esok...


Rabu, 28 November 2012

roti dan meroti

 Assalamu'alaikum....rakan-rakan yang dikasihi...

hari ni mengambil kesempatan bercuti...dan menghadiri kelas roti...Sebelum ni bukan x pernah buat roti, pernah sesangat...tapi sekadar untuk makan sekeluarga jelahhh...xdan 2 hari roti dah keras..Semasa panas-panas memanglah sedap..lembut je...

So..x maulah syok sendiri,,orang buat roti,,kita buat roti,,orang buat lembut seminggu, kita lembut sehari..Bila dah pergi kelas barulah tau rahsianya...memang sesangat berbaloi pergi belajar ni...


mehlah kita tengok gambar apa yang saya belajar dan buat hari ni...

roti sosej

roti sosej juga

roti sosej lagi

roti cheese

roti kaya

Bun kacang merah

roti kacang merah

roti kaya

bun kacang hijau

bun kacang

roti cheese

roti kaya pandan

bun kacang merah
















roti serunding


so, camane??? saya dah tau buat roti...ermmm....kalau x cukup duit pencen nnt..bolehlah kot..buat untuk jualan...ermmm...rasa-rasa nak buka cafe..ok x??  hahaha...cerah masa depan..

Rabu, 6 Julai 2011

makan....

sunyi betul apabila anak-anak dh balik ke port masing-masing.. tinggal 2 orang duk rumah...nak kata macam penganti baru...heleh...dah 20 tahun dah...terkebil2. Nak masakpun xde mood.. kalau ada diorang macam2 order terutama kalau ada adik & angah yang kuat makan tu.. Along, biasalah dah mula nak jaga badan,,

hermmm,, tengoklah ni..akhirnya buat roti gulung jek untuk makan malam ni.. buat 6 ketul... yang habisnya 2 ketul jerk... x sedap ke????

ermmmm..rupa2nya hubbyku malu2 kucing jerkk.. aku masuk tidur,,akhirnya lesap juga dlm perut dia...hahaha...