Heartbeat

Rabu, 18 Mei 2011

geram punya pasal....

Cerita ni berlaku masa aku darjah enam.. Masa tu emak saudara sepupu aku sakit..Biasalah kalau kt kampung aku, seorang saudara sakit, saudara mara lain akan berkampung di rumahnya menolong apa yang patut. Masa tu kalau sakit jarang sangat yg mahu ke hospital. Pakat berubatlah cara kampung... Biasanya sebelah siang, lepas sekolah, aku balik ke rumah dgn adik2. Sebelah malam tidur kt rumah mak saudara sepupu aku tu sbb emak dan ayah aku memang kira dh berkampung kat situ. balik sekali-sekala sahaja. Kalau cuti pulak emak aku suruh aku ajak saudara2 sepupu aku yg lain balik sama ke rumahku...


Suatu hari tu, aku balik ke rumah di ikuti oleh dua orang adik sepupu aku.. Sebagai kakak yang tua, aku kena masak utk dia orang... Jangan x tau dalam usia 12 tahun aku dah pandai masak tau... alah masak nasi dengan goreng ikan, goreng telur,,sambal tumis bilis,, mana ada hal...guna dapur minyak tanah lg..( Lgpun mak aku pernah sakit lama masa aku djh 5, jadi aku dh mula kerja masak-memasak ni sebelum ni dah...). Sorang adik sepupu aku si A ni muda setahun drp aku... hobinya asyik membaca aje...pantang jumpa buku...ala akupun sama..tapi xkan sampai x makan....sorang lagi ni si B muda 3 tahun drp aku,, agak rapat dengan aku drp kakaknya si A.. Time masak tu si B nilah yg rajin menolong,, sedang si A x nmpak muka... hahaha... time ni lah timbul niat jahat kita orang...


Tiba time makan, kami ajaklah si A ni makan.. ha jahatnya kami, kami hidangkan nasi semalam kepada si A, manakala kami makan nasi panas-panas... hahaha padan muka... Yang lebih haru lagi ( sebenarnya aku dgn si Bpun x tahu - sbb kami x hidupun )... rupanya nasi tu dah basi.. huhu...kesiannya dia.. Macamanapun bila dia bgtau kami nasi tu basi kamipun terkejut dan rasa bersalah... ajaklah juga dia makan nasi panas tu..hehe...jahatnya akuuuuu....hahaha.... tapi aku pandai masak kannnn????

2 ulasan:

ROBINDA05 berkata...

jahatnya kamu.... tak penoh dengor citer ni pon secara live?

Anna Daud berkata...

masa ni kamu xde lagi...