Heartbeat

Selasa, 31 Mei 2011

Halia 2 ekor????

Dah lama aku jadi guru,, setahu aku cikgu aku dulu ajar penjodoh bilangan bagi halia, inci atau kaki.. mengapa??? x percaya??? x tahulah pulak takut cikgu aku tu xdan ajar sampai habis..macam kata arwah P. Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok..

Cerita ni dah lama berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu. Ketika itu kami dalam perjalanan pulang drp melawat Cik Nie yang bersalinkan Alisya Najwa di Hospital Muar. Kami pergi 2 kereta..Ayah, Cik Tik,2org anak Cik Tik, aku, Hubby, ayah, Cik La dan 3 orang anak-anakku ikut sama. Emak, kami tinggalkan di sana bagi menjaga Cik Nie. Sampai di simpang Segamat, kami berhenti untuk makan malam.. Memang dah agak jauh malam,, patutlah perut masing-masing berkeroncong..dan ada anak-anak yang dah tertidur dalam kereta..

Kami duduk satu meja panjang. Pelayan kedai mengambil order. Macam-macam yang keluar drp mulut masing-masing. Tiba-tiba ayahku berkata: "order sekali je, jangan macam-macam, kang lambat sampai pulok. Dah malam sangat dah ni.."  Ayahku memulakan order dengam memesan nasi putih, tomyam campur, puyuh goreng halia, telur dadar dan hubbyku memesan sayur campur. Suara ayahku yang agak kuat tengah-tengah malam macam tu nampak macam marah, tapi kami yang dah biasa lebih tahu keadaan sebenar. Namun bagi pelayan tadi dah jadi agak panik..Dia membacakan semula menu yang ditulisnya. Kami mengiakan saja.. tiba-tiba dia bertanya : "Nak halia berapa ekor???"."Haaa" serentak kami bertanya. Sedar dengan kesilapannya sambil tersipu-sipu dia bertanya semula:" Nak puyuh goreng halia berapa ekor?"..hahaha..Hilang mengantuk kami dibuatnya....Dan yang lebih menggemparkan ada orang tu xsedar anak dia dah ' kerang' menangis dalam kereta kerana asyik membaham halia 2 ekor....'

1 ulasan:

CIK NIE berkata...

PATUTLAH X TAU CERITE WEH...