Heartbeat

Isnin, 2 Mei 2011

kek-kek, cupcakes dan tat tempahan pertama

Ini adalah kek tempahan pertama sebelum belajar deco. Tempahan En Khairusly untuk harijadi isteri kesayangannya. Permintaannya untuk ditulis ucapan di atas kek x dpt kutunaikan . belum ada keberanian. Bagaimanapun En. Khai tlh memberi 5 bintang utk kelazatan kek ini,,, yahooo,,, terima kasih rodong... kalau x salah kek ni pada Julai 2010.
Ini pulak dibuat sempena perpisahan dgn Cik Suriyani Hazizan -Fasilitator Schoolnet SKB2- Cubaan pertama mendeco slps belajar drp Cikgu Zati.. Komen cikgu--cantik, tapi boleh diperhalusi lagi..hahaha. TQ teacher -dibuat pada20.10.2010

Ini pula tempahan kek harijadi pertama drp Cikgu Rozena utk anaknya Intan.Terima kasih Rozen,, kaulah sahabat yang sering mempercayai hasil kerjaku dan sentiasa memberikan sokongan.dibuat pada 09.01.2011

Ini tempahan cupcakes pertama drp Pn Salia,, jiran depan rumah utk harijadi anaknya yg disambut di SKPH - dibuat pada 17.01.2011

Haa..ini tempahan hantaran pertunangan yang pertama kubuat.. Adui,,sebenarnya x berapa berani nk ambik, tapi Fida ni beria2 sgt. Itulah cabaran dan sokongan seorang rakan. - dibuat pada 04.02.2011- 5 bintang juga diberi hehe

Ini pula tempahan tat yang pertama oleh Ct Azalia untuk majlis pertunangan anak saudaranya. Ini belum siap packing dan deco lg ni. Dibuat pada 29.04.2011

Ohoo,, lupa nk upload gambar muffin pertama ditempah...lain kali yek


Tiada ulasan: