Suatu hari Cu datang ke rumah. Hajatnya nk menjemput anak saudaranya ini datang kenduri kahwin anak dara bongsunya..Beberapa ketika berada di rumah, Cu minta diri untuk pulang. Pada ketika ini suamiku baru pulang dari kebun.. (hehe hobi orang kampung..berkebun dgn trade marknya kaki seluar rengkat sebeloh) Nampak sahaja Cu, suamiku mempelawa..tapi cara pelawanya menggelikan hatiku. "Pisang niha..Tak mboh pisang?".. hahaha...serba saloh orang nak menjawabnya.. Kalau nak bagi,, bagi jelah kan,, xpayahlah tanya... Kalau tanya nak,,xpelah juga ni tanya tak mboh.. seolah-olah memang mengharapkan orang tak mboh...
Puas ditegur, puas ditanya akan caranya mempelawa,,dia hanya senyum jek.. ( ini lg satu trade mark dia.) Mula2 dulu memang kecik ati sangat2. macam nak tak nak jek mempelawa.. Koi orang Pekan juga, xdelah macam gitu..Berlarutan beberapa lama,, memerhati beberapa perkara,, banyak juga persamaan yang dijumpai... contohnya,, kalau sedang makan,,ada ahli keluarga yang masih belum makan, akan ditanya "xnak makan ke?" Apabila difikir2 soalan itu tidak bermaksud tidak membenarkan orang tu makan sama sekali, ajak makan sebenarnya tapi dengan perasaan pelik mengapa x makan lagi..
Bercerita dengan seorang rakan akan hal ini...inilah rumusan perbincangan kami: Sebenarnya dia memang ikhlas nak memberi, tetapi bimbang andainya x diterima kerana merasakan apa yang diberi itu xseberapa.. Bayangkan kalau terus memberi, sekali orang x terima,, malulah pulak,, tapi kalau tanya xmboh,, kalau orang nak terima , itu satu bonus tapi kalau memang orang tak nak, taklah malu sangat....hehe contoh rakan ni lagi hebat: katalah ada orang bertanya," Awak nak kat saya?"..sekiranya memang orang yang ditanya tu nak, bonuslah kan.. tapi kalau tak nak???.. Tapi kalau ditanya," Awak tak nak kat saya kan?" Xlah malu sangat kalau orang tu memang x nak kan??? betul x???
Wallahu'alam..lain padang, lain belalang,lain orang lain pulak cara dan pegangannya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan