Akhir2 ni tekak ni nak makan puding jek kerjanya...teringat dah lama x buat puding triffle..( betul ke ejaan aku ni..hehe). biasanya orang buat puding ni guna base kek gulung tu.( ala orang putih kata swiss roll ).aku ni lain skit,, kek spanpun boleh...
Baru-baru ni adalah aku mendapat tempahan kek span.. untuk mendapatkan dekorasi yang cantik, biasalah kita potong tepi2nya tu..potong atas, bawah untuk dapat saiz dan bentuk yang dikehendaki... Lebihan2 tu aku simpan dalam peti ais dengan niat nak buat puding tulah...( x berani dah nak eja..hehe)
Cerita pasal hubbyku ni pulak,,, jenis yang x suka puji-puji apa yang aku buat, apa yang aku masak..kutuk lagi adalah...x sedaplah,, x cantiklah..kekadang terasa jauh hati juga sebenarnya....Nak buat macam mana , bak kata bapa saudaraku,, "dah memang aok dapat undi kawin ngn dia"....hehe...kalau betul undi, mesti aku fight nak cabut undi lain...huhu...Tapi aku tahu sebenarnya dia bangga juga dengan wife dia ni..hehe... buktinya: apa yang aku buat habis jek dia makan..kekadang tanpa pengetahuanku dia tapau bawa g tempat kerja... kalau hantar kt rumah mak dia, jangan kiralah, siap pesan suh buat lebih, nak hantar rumah mak..dan kalau pg bandar, siap tanya," ada lagi nak beli barang buat kueh"..hahaha kan......
Dan petang tadi, selepas solat aku turun dapur, ingat nak teruskan niat buat puding triffle tu... guna lebihan kek span tulah.... cari, cari, cari,, rasa2 letak dlm chiller mlm tadi.. mana ek????.. tanya along kalau2 dia nampak.... hurm....jawapannya "ayah dah makan......" hahaha............... kutuk sangat..... sisa kekpun habis dibedal..... hubby,hubby...itulah dia hubbyku.....sabo jelah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan