Heartbeat

Ahad, 19 Jun 2011

sekelumit kenangan bersamanya....

              Esok  Hari Bapa; Berapa kali  pernah sambut hari bapa semasa arwah ayah ada??? Eh, ayah tahu ke ada hari untuk bapa??? Ermmm gitulah...... Banyak sangat kenangan pahit manis bersama arwah ayah... salah satunya...haaa... nilah nak citer.....
              Pernah satu ketika, aku kehilangan dompet duitku.. hei,, nama jek dompet duit, segala macam mak nenek ada dalam tu... termasuklah dokumen penting aku iaitu kad pengenalan dan lesen memaandu....Susah ooo kalau xde dokumen penting ni. nak gerak ke mana-manapun macam 'pati' jek..hehe...
              Apabila ayah dapat tahu cepat jek dia ajak aku buat laporan polis... aku ikut jelah. Ayahpun hantarlah aku ke Balai Polis P. Ermmm... ayah aku ni bukan calang-calang orang juga... ramailah pegawai polis yang dikenalinya termasuk pegawai tinggi kat situ... Wow,kelas gitu!... Sampai kat balai, ramailah para pegawai yang menegur ayahku... Kami masuk ke sebuah bilik. Kat situ ada 2 orang pegawai yang entahlah aku dah x ingat pulak pangkat mereka... seorang dah berumur dan seorang lagi muda belia. Ayahku asyik benar berborak dengan pegawai yang dh agak berumur ni. Antara butir bicara yang aku dengar ialah tentang kehilangan dompetku itulah. Aku pulak duduk berhadapan dengan pegawai muda tadi. Di hadapan dia ni pulak adalah sebuah mesen taip. Ala panggil ajelah si x hehe.. Entah macamana tetiba ayah ku dengan kawannya tadi keluar. Alamak gi manalah pulak...Si X ni tadi tanyalah nama aku, no ic aku, dan beberapa maklumat lagi sambil mencatat pada sehelai kertas.
              Tidak lama kemudian, ayahkupun masuk dan berkata: "Jom, kita kena g Kuantan pulak, g JPJ. kena buat lesen baru". Akupun terus bangun dan mengikut ayahku....
              Sampai JPJ, kamipun masuk pejabat dan berjumpa dengan seseorang.. juga kenalan ayah.. Ayahpun pun ceritalah apa yang berlaku dan tujuan kedatangan kami.. hehe... Pegawai tupun mintalah laporan polis yang telah dibuat tentang kehilangan lesen tu tadi... Ayahkupun pandang aku sambil berkata,"mana laporan polis tadi?' "tak ada", jawabku.."Dah tadi duduk depan polis tu tadi buat apa?, bukan buat report?"
"Dia x bagi apa2pun" kataku... Ayahkupun menepuk dahi sambil mengucap (adik2, korang bayangkanle wajah ayah kita maase ni yerk.... koi maleh ngabonye...hehe) Lor,,, mana aku tahu camane buat laporan,,, orang tanya, koi kabo je... ingat ayah yang buat laporan,, sebab diapun rancak jek cerita pasal aku hilang segala dokumen tu dengan pegawai tu tadi... Yang Si X pun satu, dah tanya macam2 tu buat jelah report...bagi kat aku... huuuu dah aku kena marah!!!!!
              Tapi xpe...kerana kasih seorang ayah, ayah sanggup patah balik ke Bandar P untuk buat semula laporan.. hehe.. malunya jumpa semula dengan si X... Selamber jek dia bagi laporan yang dah siap bersama secebis nota ( adik2, nota rahsia hanya untuk ku,,hehe) Dan harunya sekali lagi kami berpatah balik ke Kuantan...hehe.... dan sekali lagi ke JPJ...Dalam perjalanan ermmmm tahan telinga jelah... Ahaks walaupun kena marah...entah mengapa,, hatiku berbunga-bunga..dan aku masih mampu senyum memanjang....hehe... Ayah,, walau apapun kenangan bersamamu tetap yang terindah dalam memori hidupku....kaulah pelita hidupku...semoga rohmu damai di sana ..AL-FATIHAH...

1 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

hhehehe...i can imagine his face at that time..miahahaha...

wowowo...ape isi nota si X tu?
x aci ar kitorg tak tau...chet!

Al-fatihah...
Arwah tetap hidup dlm hati kita semua..