Ni nak cerita kisah habbit hubbyku yang nafsunya terhadap durian x pernah padam...heii,,maksud aku nafsu nak makan durianlah....kang ada yang salah faham pulak...
Masa ni,,kami dalam percutian di Kucing Sarawak..sekitar bulan November 2008 gitu...Kalau kt kg aku,, sekarang ni bukan musim durian, tapi musim banjir... tapi kat Kucing ada sesetengah tempat musim durian gugur..
Mulanya kami x tahupun ini musim durian,,sbb x nampak pulak sekitar bandar Kucing ni orang jual durian...tapi nak jadi rezeki kami nak makan durian Sarawak, pemandu pelancong kami yang membawa kami bersiar2 sekitar gunung Santubung dan beberapa tempat menarik lain,, pada hari terakhir kami berada di Kucing, telah membawa kami ke rumah bekas ibu mertuanya...( Lor,,bagus betul dia ni...dah berpisah dgn suaminyapun, masih berbaik dengan bekas mertuanya..tabik aku..)
Tiba di rumah bekas mertuanya, kami dijamu dengan durian...di luar rumah jelah..lagi best,,berangin sikit...Pada mulanya aku tengok jerk..aku nampak kulitnya dah kuning sangat..macam dah gugur beberapa hari..kecik2 jerk buahnya... tapi hubbyku ini tanpa menunggu lama terus jerk melahapnya... kalau kt kg aku...kulit dah kuning macam tu tentu isinya dah berair (lembik) dan dah boleh di buat tempoyak...aku mmg xleh gi makan buah yang lembik2 ni... tapi bila nampak adik dan anak2ku macam sedap jek makan...akupun mendekat,,,tapi aku tengok isinya masih segar ...cubalah rasa...ermhhh boleh tahan sedap... habis jugalah 4,5 ulas aku makan...(tulah tadi sombong)hehe...
Hubbyku terus je makan...aku pulak sambil makan, mata melilau memandang sekeliling... hahaha,, rupanya hubbyku betul2 duduk di bawah ampaian kain yang di atasnya ada jemuran seluar kecikkk...hehehe....hebat suamiku sampai x sedar duduk bawah bendaalah tu....
Mak aku pulak juga penggemar durian tegar macam menantunya nii.. tapi hari tu,, dia x berani nak makan sebab dalam mulutnya ada gula-gula hacks... kata mak, durian x leh makan dengan gula-gula hacks..dah ada org meninggal sebab makan kedua-duanya dalam masa yang xbegitu lama jaraknya... xpelah...kami tinggalkan 2 biji untuk mak...(lagipun mak yang bayar semuanya..hehe)
![]() |
makan mengadap seluar kecik di jemuran orang |
Selepas makan kami bertolak semula ke bandar Kucing..Kami berjalan2 sekali lagi sekitar Water Front sementara menanti waktu nak balik hotel... kami asyik melihat2 dan membeli serba sikit barang2 cenderahati yang dijual di situ... tapi kelibat hubbyku x kelihatan...Lama menunggu, kami keluar dari kedai..dan masa tulah baru ternampak kelibat hubbyku... Alamak mana bungkusan yang dipegangnya tadi?? apabila ditanya, rupa2nya,, dia menghilangkan diri tadi kerana mengerjakan bungkusan tulah.Dah langsai semuanya....aduiii..itulah bungkusan durian utk mak tadi....dah langsai dalam perut hubbyku!!!!!!Kesian mak..x merasalah nampaknya nak makan durian Sarawak....apatahlagi malam tu kami dah nak terbang balik ke semenanjung...terkilan juga aku...xpelah mak, ada rezeki, kita gi Kucing lagi lain kali..huhu...lagipun durian kita sebenarnya lebih sedappppp....
![]() |
tuan rumahpun makan sama. Mak & angah hanya tengok dr jauh...kesian..... |
1 ulasan:
Hahaha.. Dh 3 tahun berlalu..... Kenangan......
Catat Ulasan