Heartbeat

Jumaat, 1 Julai 2011

malangnya nasib dia...

            Assalamu'alaikum..hehe baiknya aku ari ni..ya lah hari Jumaat penghulu segala hari.. baru balik kerja... duk sorang2.. hubby g tgk angah kt matriks... fikiran melayang...teringat kisah2 lama... hurmmm...apa nak cerita yerk??

            Masih teringat kat SKCD.. maklumlah 10 tahun mencurah bakti kat sana...anak2 semua lahir masa aku berkhidmat kat sana... memang banyak kisah suka duka... tapi kat sini x mau cerita sedih2 nak cerita manis2 jek....

            Teringat satu kisah ...dah lupa tahun berapa... malam sebelum sukan tahunan sekolah... haaa,, sebut pasal sukan ni... kalau sekolah rendah, bukan bebudak je beria2, cikgu2pun lebih2 lagi. Apataknya...kalau sekolah menengah bolehlah mengharapkan idea dan tenaga bebudak tapi sekolah rendah ni semua dari idea dan tenaga cikgu2,, drp persiapan, latihan, persembahan, sambutan, acara ,pertandingan hiasan rumah,pertandingan perbarisan,, pendek kata guru2 rumah sukanlah yang lebih memerah otak dan bersemangat nak bertanding sama cam bebudak juga...

            Pada malam tu kebanyakan guru2 lelaki bertungkus lumus di padang, mendirikan dan menghias rumah sukan..(sekarang ni mudah sangat dah, khemah sukan guna kanopi jek, dulu siap cari buluh dan anak-anak kayu) sakan masing-masing tu..x sedar dah lewat malam... Guru perempuan pulak sebok membuat persiapan untuk acara perbarisan esok.. semua pasukan nak menang... bestnya..masing-masing antara rumah menyorok2 x mau pasukan lain tahu persediaan masing2... termasuklah aku ngn cikgu Sal ni.. Kami berkurung dalam satu kelas menyiapkan costum untuk perbarisan esok, termasuk untuk maskot sekali.. Dalam pukul 10.00 malam, segalanya siap, aku mengajak cikgu Sal pg tengok persiapan kat padang pulak. Masih terdengar lagi riuh rendah kat padang tu...

            Sal membimbit cerek berisi air minuman manakala aku membawa gelas-gelas plastik dalam satu bekas.. Nk turun ke padang, kami kena menuruni tangga dan melalui rumah guru.  Kawasan rumah guru pulak dikelilingi longkang besar.. Jadi, kami kena berhati-hati, tambahan pulak keadaan gelap sangat.. Nak turun tanggapun meraba-raba... Sambil berjalan, kami berbual-bual banyak perkara dan tentunya berkisar tentang sukan hari esok.. Tiba di tangga, aku turun dulu,, maklumlah aku dah biasa dengan jalan tu sbb dekat rumah aku.. Tiba2, terdengar bunyi macam cerek besi dan tutupnya terjatuh diikuti dengan jeritan kecil... Aku menoleh ke belakang... mana Sal ni??  Tiba2, aku terdengar suara mengaduh dalam longkang....aduhai... rupa2nya Sal tergelingcir ke dalam longkang... kesian dia.. nasib baik air longkang x dalam... Aku menarik tangan Sal memanjat longkang...mujur dia x cedera....

            Semangat Sal kuat betul..dia masih mahu ke padang lagi.. Aku ikut aje.. Kami melalui depan rumahku..Kat depan teranglah sikit...kemudian, kami menyusur ke belakang untuk ke padang...Agak jauh dari rumah..gelaplah pulak.. cuma lampu kat padang jadi panduan...Kami teruskan berbual...Tiba2, bunyi macam tadi kedengaran lagi..... Muahhahahaha .....kali ni aku x dapat menahan gelak...Sal jatuh longkang sekali lagi....hahahaaaa... Aku tarik tangan Sal...Dan kali ni dia mengalah... xmau ke padang lagi...Lagipun...huahhhh,, baunya....huhu....usah ceritalah...maklumlah longkang belakang.....huhuhu....

            Hahaha...entah kat mana Sal sekarang...kami dah terputus hubungan..Dengar kabar dia dah balik utara...Aduh..rindunya kak Ana kat kamu..... dan kenangan ini yang paling sukar untuk dilupakan.....Maaflah andainya kenangan ini manis bagi kak Ana tapi pahit bagimu...hehehe...

Tiada ulasan: