Heartbeat

Ahad, 14 Ogos 2011

kisah solat terawih

              Kisah ni berlaku setahun lepas...waktu tu ada majlis berbuka puasa kat sekolah...selesai berbuka puasa,,masih ramai yg belum pulang kerana mengemas peralatan...semua jemputan dah pulang...2,3 orang rakan juga dah pulang kerana nak solat terawih kat masjid....
Beberapa orang yang tinggal bercadang nak bersolat Isyak dah Terawih kat surau je....sebenarnya ini x termasuk dalam program. tetapi memandangkan masih ramai yang masih tinggal dan waktu Isyakpun dah tiba,,kami ambil keputusan begitu.... kalau tadi jemaah wanita bersolat di bilik j Qaf...kini semuanya berkumpul sekali di surau... tabirpun dilabuhkan....
               Aku mengambil tempat di barisan hadapan sekali dalam ruangan jemaah wanita..... kami mula bersolat Isyak dengan ustaz Hasmadi sebagai imamnya.. Selesai Isyak, kami teruskan dengan solat terawih...tapi kali ni,, 2,3 orang anak murid yang ikut solat Isyak, dah x mahu solat  sunat Terawih..mereka berbual2 di bahagian belakang jemaah lelaki.... Keadaan dalam ruangan jemaah wanita agak panas,, aku memutar mood kipas dengan kadar maksimum manakala seorang rakanku meletakkan 1 kipas berdiri di penjuru kanan kami.. Wwah!!! !!!!nyaman dan sejuk dengan putaran yang maksimum....Kain tabir berkibar dengan kuat, kami tindihkan dengan beberapa keping sejadah agar tak tersingkap tinggi...
                Solat terawih diteruskan..... sujud pertama, aku rasakan tabir berkibar2 atas kepala...mungkin sejadah penindih dah tertolak ke depan,,, bangun duduk antara sujud, kain tabir tersangkut atas bahuku dan seorang teman di sebelah....Sah!!! kepala kami berdua terjengul dalam kawasan jemaah lelaki...Anak murid yang x berterawih tadi terjerit sebab terkejut, kemudian ketawa terkekeh-kekeh... maunya tak terkejut...tiba2 terjengul dua biji kepala berselubung putih berhampiran mereka berbual!!!! ha...padan muka...aku menggigit bibir menahan ketawa... sujud kedua....seorang rakan menolak semula tabir tersebut ke hadapan melepasi kepalaku....sampai habis rakaat tersebut,,, hatiku bergelodak nak ketawa..namun kutahankan jua....entahlah...rasanya...pahala utk rakaat itu 0...kerana aku langsung x kusyuk... Usai memberi salam,, kami ketawa beramai-ramai melepaskan gelodak yang disimpan dari tadi.... Aduiiiii malunya.... mesti jadi cerita satu sekolah esok ni... Rakaat seterusnya,, kami berundur jauh ke belakang lagi dengan memperlahankan sedikit kelajuan kipas....
              Dan esoknya...sah... jadi bahan cerita satu sekolah....yang tak datangpun tumpang gelak sekaki....dan yang paling syahdu...cerita dr anak muridku..."GPK HEM jadi hantu semalam" hahaha... hantu punya budak... nak marahpun x guna.... ketawa sekalilahhhhhh....

Tiada ulasan: