Heartbeat

Ahad, 7 Ogos 2011

tertipu di bulan Ramadhan

Hari ni aku menghantar anak bongsu ke SHAH..jalan2... akhirnya  aku masuk ke sebuah kedai ubatan herba..memang kedai ni selalu aku kunjungi...hari ini aku membeli 2 produk ST dan satu produk NG...aku tanyakan harga...apa yang aku dengar RM 118.. aku hulurkan RM150... dia lantas mengambil tetapi berpaling semula kepadaku dengan berkata 182... aku terkejut tapi terus menghulurkan lagi RM 50... Dia menyambut lalu menghulurkan baki RM 18... dalam tertanya2, aku bergerak keluar kedai....
kesibukan melayan kerenah anak aku terlupa kemusykilan ku tadi...sehinggalah sampai di rumah, apabila teringat aku mengira semula harga barang2 tersebut... nyata harganya cuma RM 82... hangus duitku RM100 begitu sahaja...
Silapnya, aku x peka dengan harga produk walaupun setiap bulan membelinya cuma kali ni aku rasakan harganya terlalu tinggi.Kedua, aku betul2 x perasan yang aku tak diberikan resit seperti selalu... sehinggalah aku kembali ke rumah dan melihat harga produk tertulis besar2 pada botol dan kotak produk tersebut...
Alahai...x sangka betul,,jurujual beragama islam, bertudung litup sanggup berbuat demikian atas kealpaan pelanggan...dalam bulan Ramadhan pulak tu...Aku x rasa dia x sengaja..kerana jelas dia mengira menggunakan kalkulator tapi malangnya aku xnampak harga yang tertera pada kalkulator tersebut (aku seorang yang rabun)...keduanya, aku dah bayar lebih dengan 3 keping not 50,,,xkan x perasan ianya dah terlebih,,malah apabila aku menghulur lagi sekeping not 50 dia terus mengambilnya....

inilah dia produk yg aku beli...dah terpampang harganya kat situ....

1 ulasan:

na berkata...

jahat sungguh dia!!!