Heartbeat

Isnin, 7 Mei 2012

kursus dan cuti

Pada 1 - 4 Mei 2012, aku diarahkan ke IAB Genting kerana menghadiri kursus PrOD. Mula bertolak dr rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi dihantar oleh hubby dan 2 orang anak bujangku. Kebetulan 1 Mei hari buruh semuanya x bekerja. Dalam perjalanan kami singgah di Kuala Gandah melihat pusat Latihan Gajah..Ermmm entah betul x nama pusat tu...ah,, xkisahlah. Berada di situ dalam 1 jam setengah, kami meneruskan perjalanan.. Kami sampai dan aku melapor diri lebih kurang pukul 3 petang.
Aku berkursus di sana selama 3 hari.. Suasana kursus amat menyenangkan.. berkenal-kenalan dengan lebih kurang 30 orang peserta lain drp pelbagai sekolah terpilih dalam negeri Pahang. Namun paling memeranjatkan adalah tentang makanan yang disediakan. Aku bukanlah jenis yang cerewet...tapi kalau hari2 makan sayur kacang panjang dan kubis goreng,,wah,,ini sudah lebih beb.. Paling ketara kuih-muihnya...hahaha..kuih koci dan donatnya keras kematu...lagi liat..cecah airpun liat lagi.. Aku kira kocinya bukan drp tepung pulut tp tepung beras...kesian rakan-rakan yang bergigi palsu...hihi.. Itu bab makan..bab turun naik tanggapun best juga. mereka yang memandu sendiri xde masalah.. tapi aku yang dihantar dan dijemput ni masalah sikit..kena naik dan turun 115 mata anak tangga 4 kali sehari. Itu x termasuk anak-anak tangga yang xsempat aku bilang untuk ke bilik kuliah di tingkat 2.. Wah semput juga awalnya..ingatkan bolehlah kurus kot...tapi jangan harap...xberpeluh langsung...maklumlah tempat sejuk... dahlah cuaca asyik hujan ribut aja 2 hari tu.
4 Mei habis kursus pukul 12.15 tengah hari. Namun aku x terus balik,,terpaksa tunggu hubby dan anak-anak jemput. Lebih kurang jam 5.00 petang berulah mereka muncul.. Kami terus ke stesen kereta kabel untuk ke puncak genting. Malangnya kereta kabel x beroperasi kerana cuaca buruk.. Kami terus pulang memandangkan along ada tugasan keesokan harinya...
Dalam perjalanan pulang si bongsu menangis x puas hati. Tambah pulak di buli abang-abangnya..Bagi memujuknya kami sepakat naik ke Bukit Tinggi. Saja jalan2. Nak bermalampun x boleh,,yalah along ada tugas pulak...
Jom layan gambar2 kenangan kami.....



melihat gajah di Kuala Gandah


si sulong dan si bongsu




angah & adik

Hubby yg pemalu





Tiada ulasan: