Heartbeat

Rabu, 25 Julai 2012

resepi biasa untuk orang biasa-biassa

Hari keempat: aduiii x sempat nak snap gambar...semalam berbuka dengan kurma, buah melaka warna-warni, nasi putih, ikan masak asam rebus terung telunjuk, udang goreng tepung dan ayam goreng kunyit + kacang panjang dan bunga kubis....

Resepi Ikan Masak Asam Rebus Terung Telunjuk ( semua resepi khas utk Shinju Lala, utk idea berbuka )

1 ekor ikan kerisi besar, bersihkan dan potong 2
2 biji terung telunjuk belah dua.. Boleh gantikan dengan kacang bendi, belah jangan putus
1 potong kunyit hidup
3 -5 biji cili api
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor ( asam keping le tu... cik shinju..)
1 batang serai (serai betul tau, bukan serai gajoh)
garam dan secubit "secukup rasa maggi"
1 mangkuk air

- tumbuk cili api, kunyit hidup dan bawang putih hingga lumat
- serai dititik
- masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali secukup rasa maggi masukkan setelah mendidih..dan masak ler.... Rasa lah asam garamnya secukup rasa.. 



Ayam Goreng Kunyit

1 mangkuk isi ayam yang telah dipotong dadu
1 potong kunyit hidup, serbuk kunyit pun boleh anggaran 1- 1 1/2 sdt
1/2 mangkuk bunga kubis yg telah dipotong kecil
2 batang kacang panjang (patah-patahkan anggaran 1 inci panjang)
1 inci halia muda dihiris
1 labu bawang besar potong bulat
3 ulas bawang putih dimayang
1 tangkai cili merah dipotong
minyak masak, garam dan lada sulah secukupnya..

kunyit ditumbuk bersama garam dan gaulkan pada ayam. Gaulkan juga dengan halia hiris dan perapkan sebentar.(sementara menunggu bahan-bahan lain siap disediakan...)
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh garing- kekuningan
keluarkan ayam dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama tumis bahan hiris hingga layu. masukkan sayur-sayuran.
masukkan semula ayam dan lada sulah..
siap utk dihidangkan...

2 ulasan:

Shinju Lals berkata...

Label tu yg x tahannye,..kahkahkah
'koi boleh mkn de kedei'

Anna Daud berkata...

Itu merajuk org lelaki. Ini merajuk org pompuan bila en suami balik cerita dia mkn kt luar ari ni ngn kwn2. X ajk isteripunnn