Heartbeat

Khamis, 26 Julai 2012

resepi biasa untuk orang biasa-biassa

Semalam hari ke 5 puasa...bersamaan dengan hari gaji...huhu...maknanya x masaklah...sambil2 nengok along kt polisas kitapun meronda2lah kt bazar Ramadhan...wah,wah,wah...rambang mata beb... itu nak, ini nak...itu nampak sedap,, ini nampak sedap....sabo jelah...tapi oleh kerana tahun ni berazam x nak membazir, makanya belilah sikit2 je & berbuka ramai-ramai kat rumah kakak ipar... sekali tengok...hehe penuh meja beb...

Itu cerita semalam,, ini cerita hari ni hari ke-6 puasa... hubby kata x payah masak sebab dia nak gi Chini..nanti dia beli... memang kena ikut nasihat dia ni... sebab... dia ni pantang jumpa bazar Ramadhan...walaupun kita masak kat rumah, dia tetap nak membeli juga... so jangan membazir.. tunggu jerk apa yang dia bawa balik...

Tapi yelah dah niat nak masak juga,, kali ni masak puding roti karamel jelah... sedap nih...beli kat mana-mana x jumpa sedap cam gini walaupun rupa agak-agak sama.(.hehe yelah tu.)... ini juga kegemaran hubby...
ce tengok...bawah:

di belakangnya jus tembikai segar... srpppp.. erkkk tapi yang ni karamelnya agak kurang..so x nampak meleleh...


resepi puding roti karamel

utk karamel
4 sudu makan gula pasir
1/2 cwn air

Cairkan gula dalam pan..apabila gula cair dan keperangan, masukkan air. kacau sehingga gula yang berketul cair semula dan agak pekat.. tuangkan ke dalam loyang atau bekas tahan kukus lah...sejukkan
Ada juga orang yang just cairkan gula tanpa masukkan air... itupun boleh juga..gula cair terus masukkan ke dalam loyang... cubalah mana-mana dan rasakan perbezaannya sendiri ya....

ok sekarang bahan untuk pudingnya ye...
400 ml santan
6 keping roti putih
2 sudu makan gula.. 
secubit garam 
1 camb tepung jagung...( boleh juga masukkan sebiji telur dan tambah 1 sudu essen vanila tapi saya x suka telur)

Blend semua bahan sehingga halus. masukkan ke dalam loyang yang telah dimasukkan karamel..Kukus sehingga masak... Lebih kurang 15 minit . Biarkan sejuk.
Terbalikkan loyang ke dalam pinggan. dan makan bersama buah-buahan koktel ketika sejuk...

sedapppp!!!!!.... cubalah..

2 ulasan:

Robinda05 berkata...

Ngah nanti next week buat lagi yeh menda ni.. Plisss plisss plisssssssssss

Anna Daud berkata...

mende ni xleh makan kerap sangat...nnt tahap gula & kolestrol tinggi..hehe