Heartbeat

Rabu, 15 Ogos 2012

Ramadhan ke-26

Salam Ramadhan... semoga dalam limpahan rahmat Allah semuanya dan ceria menjalani ibadah puasa

Dah baca ceritera bubur jagung??? ha itu sebahagian menu hari ini..
bubur jagungpun dah selamat hantar kat mak..harap mak suka dan terima kasih Allah kerana menyampaikan hajat ini...

Setelah selesai masak bubur jagung, kitapun mulalah masak menu berikutnya... hari ni masak daging goreng black pepper + asparagus, asam pedas ikan kerisi + terung, dan ikan masin goreng... Ikan masin ni lain sikit,, x macam ikan...ianya isi ikan yang dihiris halus-halus...sedap,,

Ermmm dalam pada tu terpandang pulak sebungkus roti yang dah beberapa hari dibeli tapi belum berusik...alamak,,jangan-jangan dah habis tarikh luput... tengok2 alhamdulillah besok tarikh luputnya... nak x nak kena makan juga hari ni...aduhai, takkan nak makan macam tu je kan?

 so, xperlu fikir lama-lama, sekarang ni dah pukul 6.30... capai kentang...kupas dan potong dadu..ambik bawang kisar, cili kisar ( xsempat dah nk guna bawang segar dadu-dadu bbbagai, guna aje mana yang ada) lepas tu ambik rempah kari gaulkan, letak garam...nasib baik isi  ayam yang dah potong kecik-kecik masih ada lagi.. apalagi cincang kasi halus sikit  ( selalu isi ayam potong dadu sebesar seruas jari dan simpan, boleh guna bila-bila masa nak buat nasi/mee goreng ke mee sup ke atau apa-apa ajelah... praktikal, mudah dan cepat lebih-lebih lagi bila nak guna time sahur, xpayah sebok2 nk potong2 lg time tu..) pastu potong sikit daun bawang & daun sup..

Ok tumis segala bawang yg dah gaul ngn rempah kari tadi sampai garing,, masukkan isi ayam, agak kering air masukkan kentang dadu,,masukkan sedikit air agar kentang cepat empuk..
sementara tunggu kentang empuk, gelek roti , pecahkan sebiji telur, kacau dan masukkan lada sulah...sediakan bread crumb kalau ada..

ha..kentang dah empuk dan kering,taruk daun bawang dan daun sup..angkat...tanpa tunggu sejuk, terus sudukan ke atas roti..lipat roti  .. gamkan tepi kelilingnya dengan telur...panaskan minyak....celup roti dalam telur...golek dalam bread crumb...dan goreng... angkat apabila nampak keperangan...hurmmm dah siap... belum pukul 700 dan siap hidang... 

jom layan gambar...

roti goreng kehabisan bread crumb
daging black pepper + asparagus
asam pedas kerisi + terung
ikan masin goreng
betik

Tiada ulasan: