Heartbeat

Isnin, 12 November 2012

kalaulah saya boleh kurangkan kos....

italian rainbow cake.... kalaulah saya boleh kurangkan kos, tentu saya boleh bagi harga murah...xkan ada orang yang terkilan nak makan...dan bulat mata apabila mendengar harganya...hehe..

bahan-bahannya mudah sahaja tapi penyediaannya rumit dan 'memakan' banyak masa...perlu dibuat 6 lapis ..so guna 6 loyang saiz 9 @ 10 inci...kalau oven besar bolehlah bakar sekali gus....tapi yang jenis homemade macam saya ni manalah ada oven besar..boleh muatpun 2 loyang sekali bakar...kalau sekali bakar ambil masa 30 minit, mcm oven saya, makanya untuk habis membakar 6 loyang dah ambil masa 1 jam setengah.. bayangkan kalau oven yang hanya boleh muat 1 loyang sekali bakar.bukan sahaja masa yang diambil kira, kos elektriknya lagi???..itu belum masuk masa menimbang, membancuh dan mewarna...membancuh atau mengadun menggunakan mixer juga guna tenaga elektrik...kalau guna manual,,huhu... x taulah banyak mana masa lagi yang nak di ambil...


untuk krimnya pulak.... mula2 buat maringue...bayangkan berapa lama.. then buat air gula... tuangkan ke dalam maringue panas-panas dan putar sehingga sejuk...ambil masa lagi...then masukkan pula butter yang masih sejuk...dan diputar sampai sebati...mau 30 minit atau lebih proses ni kalau nak dapatkn hasil yang baik...so, kos elektrik lagi...

Dah masak tunggu sejuk baru boleh melapis dan seterunya proses mendeko... haha...amacam...nak kata saya sengaja letak harga lagi ke??? oklah...x marahpun saja nak ceritakan keadaan sebenar....

tak apalah jom layan gambar...Ini contoh irc yang ditempah oleh bekas anak murid saya..Arifah Hanim..TQ dear...
























Tiada ulasan: