Assalamu'alaikum warahmatullah...
Cuti-cuti ni jimat duit makan kalau kena ngan gayanyer.. banyak sungguh jemputan kenduri..serba salah rasanya..antara saudara mara, sahabat handai atau orang sekampung, mana yang nak didulukan..Sebenarnya bukan soal makan yang diutamakan tapi ukhwah persaudaraan dan doa meraikan pengantin yang paling penting.. Dalam kenduri kendara seperti inilah juga sanak saudara atau sahabat handai yang dah bertahun malah berpuluh tahun tak jumpa boleh bertemu semula... berbagai cerita akan keluar..riak muka sentiasa ceria...
31 Mei yang lalu aku mendapat tidak kurang 6 jemputan..tentulah yang jauh hanya berkirim doa dan salam.. apahal pulak yang dekat tak dijenguk..apa2hal sakit pening yang dekat dulu yang dipanggil..Kebetulan sepupu suami yang duduk sekampungpun buat kenduri kahwinkan anak juga..di Pekan, sahabat lama kami dari Kelantan, juga mengahwinkan anak lelakinya dengan orang Pekan.. Sahabat yang baik... dulu susah senang bersama..selalu saling ziarah-menziarahi sampai sekarang..terlanjur dekat sini dipertimbangkan juga nak pergi..seorang adik angkat sewaktu di sekolah juga mengadakan kenduri anaknya di Nenasi.. sangat baik sehingga kini hubungan tak pernah terputus.. juga saling ziarah menziarahi suatu ketika dulu.. Bapa ssaudara sepupu di Chini juga mengadakan kenduri..Tidak jauh mana kalau nak pergi..bukan tamak nak pergi kenduri tetapi bukankah memenuhi undangan itu wajib?? entahlah...
Keputusan diambil..apa-apahal yang dekat didahulukan..dari 30 Mei petang aku dan berkampung di rumah sepupu suamiku menolong apa yang patut.. sebelah malam sehingga pagi suamiku pula yang pergi..begitulah kalau kenduri di kampung bukan sekadar pada hari kenduri tetapi kena pergi lebih awal untuk membantu..
Keesokannya kami ke Pekan pula bertemu sahabat lama.. kebetulan jalan yang sama tak perlu nak berpatah-patah balik semula.. Selesai kenduri lebih kurang pukul 2.30 petang..setelah bersalam-salam dan berpeluk-pelukan (maklum dah hampir setahun tak jumpa) kami minta diri untuk pulang..suami berhasrat untuk balik sahaja... tapi setelah selesai solat di masjid Pekan, aku mencadangkan kami terus ke Nenasi..tak apalah lewatpun asalkan dapat menjengukkan muka..
Perjalanan kami diiringi hujan lebat.. jalan tak berapa nampak..kad tertinggal di rumah..Aku cuba mengingat..maklumlah dia dah pindah kat rumah baru bukan rumah tepi pantai yang pernah aku pergi.. Sampai satu simpang ada bunga manggar..aku terus masuk simpang...mencari rumah yang dituju aku bertanya pada 2 orang kanak-kanak yang sedang bermain basikal dalam hujan..Mereka mengiakan bahawa tuan rumahnya bernama Zaharah iaitu nama adik angkatku..Dalam hujan kami turun dari kereta menuju ke khemah yang sedang dikemaskan..aku bertanya nama tuan rumah kepada seseorang namun dia tidak tahu kemudian dia menunjukkan seseorang di bawah bangsal iaitu tuan rumah lelaki..aku tidak mengenali suami adik angkatku itu.. Apabila ditanya rupa-rupanya ini bukan rumah adik angkatku..dengan peramah dia mengajak makan tetapi kami menolak dengan baik..Dia menggambarkan kepada kami, rumah adik angkatku.. Kami meneruskan perjalanan.. sampai ke rumah yang digambarkan, kami 'parking' di tepi bangsal yang juga sudah berkemas. Aku menelefon adik angkat, tetapi dia tak nampak kereta kami. Suamiku mengira bahawa kami tersalah rumah lagi..Sambil mengundur kereta sekali lagi aku menelefon adik angkatku,,barulah dia perassan keretaku..betullah ini rumahnya.. aduiii penat ada,,, malupun ada.. macamanapun aku berpuashati kerana telah dapat menunaikan 3 jemputan pada hari itu.. Kepada yang lain-lain termasuk ayah sepupuku maaf jua kuhulurkan kerana aku tidak berkesempatan..
Hari ini 7 Jun..suami ajak tengok final FA di Shah Alam..Pahang tu yang ke Final.. aku menolak..emak mengajak aku ke rumah ibu saudara sepupuku yang akan mengadakan kenduri..sebenarnya kecik ati kat suami sebab mengajak saat akhir..mulanya memang dia tak nak bawa aku tapi sebab partner bolanya tak dapat ikut barulah diajaknya aku..huhu..malasss layannn
Sebelum ke rumah ibu saudara sepupuku, emak mengajak aku ke rumah kenduri saudaranya yang juga bapa saudara sepupu suamiku..Dia mengeluh mengatakan sampai hati suamiku lebih utamakan bola daripada kenduri saudara sendiri.. takpelah janji ada wakil..kataku memujuk emak..Pukul 11 emak dah suruh bersiap,..tanpa membantah aku bersiap je dah maklum sangat dengan perangai emak.. namun sampai pukul 12.10 baru adikku sampai..emak dah merungut.. kami teruskan perjalanan.. masuk kampung..tak nampak macam ada orang kenduri..emak suruh tanya orang kat tepi jalan tapi kami buat tak tahu jer.. sampaikan kereta kami ke hujung kampung...namun tak ada rumah orang kenduri..kampungnya dah betul....
keputusan balik rumah..tengok semula kad...Allahu Akbar rupanya kendurinya minggu depan... nasib baiklah tak tanya tadi...mujur juga tak marah2 kat suami sebab lebih utamakan bola ...huuhuuu .. kalau tidakkkkkk...
Esok, lusa, tulat, minggu depan kenduri lagi...sampailah habis cuti.....Amacam tamak tak akuuuu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan