Heartbeat

Jumaat, 19 Julai 2013

cerita roti silap

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..

Cuti-cuti sekolah ni, kerja nak makan aje...tambah pulak anak-anak ada kat rumah dan cuaca yang kejap-kejap hujan, membuatkan perut memang cepat lapar... macam-macam menu dah buat...ada yang berulang-ulang...memenuhi permintaan anak-anak...yang maknya pulak, bukan makin kurus melayan kerenah anak, makin mengembang adalah...sikit-sikit mengunyah...sekejap-sekejap mengunyah...

Dalam sebok-sebok memikirkan menu, suatu hari hubby tunjukkan satu kepakarannya iaitu membuat 'roti silap' ...hahaha...jangan salah faham...bukan adunan roti tu yang silap, tapi memang nama roti tu, roti silap..

Roti ni memang terkenal kt kampung kami zaman dulu-dulu..tak taulah camana roti ni dapat nama..mungkin betul, dulu tok nak buat roti, tapi adunannya silap...atau mungkin juga kerana tekstur roti ni apabila dah masak akan berlapis-lapis.. daripada tepung, diuli2, dimasak, jadi berlapis-lapis...magic kan? itulah 'silap mata' namanya..

Sebenarnya roti ni ala-ala roti canai. cuma bahannya yang x sebanyak roti canai yang gunakan telur dan minyak.. bahannya simple je..cuma perlukan tepung gandum, garam, air biasa dan minyak..(hubby tambah sedikit marjerin). Rasanya juga x jauh beza ngn roti canai cuma, apabila digoreng, ia agak garing berbanding roti canai yang agak lembut dan sedikit lemak.

Semua bahan dicampur, diuli sehingga sebati, dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dibulat-bulatkan sebesar bola tenis..Lepas tu biarkan adunan semalaman.

Pagi esoknya, ambil satu , dan ditebar seperti roti canai, kalau x pandai tebar, ambil dulang bulat atau pinggan besar dan tarik adunan ke tepi shingga nipis...dah tu, lipat-lipatkan atau., pusing-pusingkan..lenyek sedikit sebelum digoreng..


doh roti yang telah diuli

doh dibahagikan kepada beberapa ketulan seberat lebih kurang 70 gm

doh yang kononya dah ditebar..kihkihih..dh macam roti kirai...kerana kepakaran menebarlah tuuu

doh yang dah ditebar dilipat panjang dan dilingkarkan....boleh paham ke dok bahasanya ni...hihihi
doh yang dah dilingkarkan tu,,ditekan-tekan..jadikan bentuk macam ni...tekstur dia masa ni jadi berlapis-lapis.



doh sedang di goreng...macam goreng roti canailahh ni. guna sedikit minyak aje...

tadaaa!!! dah siap...nak lagi cun tepuk-tepuk dia sikit masa masih panas-panas..sebiji macam roti canai...

Sedap weh...cicah kuah opor pekan masakan mak...perghhhh... berebut!!!!

itulah dia ceritanya.....selamat mencuba....

( n3  ni dah lama siap sejak disember 12 lagi.. tapi tempat jin bertendang ni mengalami masalah line internet yang teruk...broadbandpun setakat bayar tp xleh guna..tulah pasal keluarnya dalam bulan puasa 2013 ni...huhu...rindunya nk menulis(bercerita) lagi....sabo jelahhh

Tiada ulasan: