Lelahnya menjadi seorang guru ( Part 3)
oleh Anna Daud
pada pada 01hb Mei 2011 pukul 8.06 pagi
Kisah Benar: Setelah keputusan UPSR 2010
dikeluarkn: ramai ibubapa menelefon ke sekolah bertanya mengapa
keputusan pep menurun??? cikgu kurang buat kelas tambahan ni??? malah
ada yg minta pndapat nk tukarkn anak2 mereka ke sekolah yg lain: jawapan
saya: silakan.. Tahun 2011: dengan azam dan semangat baru, GPK 1 dn GPK
Hem sendiri ambil 1 kls murid thn 6 utk diajar (sebenarnya guru sedia
ada cukup komited utk mengajar, tetapi kerana kekurangan guru option
sains kami relakn beliau bertukar subjek, terima kasih cikgu) Ya,
seperti permintaan, kami adakan kelas tambahan awal-awal lagi: 2 hari
setiap petang dalam seminggu dan setiap hari Sabtu hujung minggu.
Jadual terus diedarkn kepada penjaga ( tanpa bayaran ) Walaupun kami
rasa P&P dlm kelas memadai & tugas2 hakiki GPK menuntut ruang
masa yg bukan sedikit : Apa yang berlaku??? hanya sebahagian kecil
daripada murid yang hadir,terutama pada hujung minggu, mengapa???? Kami
tnya kembali kepada penjaga: susahlah cikgu,, hujung minggu payah nk
hantar,, hujung minggu banyak kenduri,, hujung minggulah kami nk balik
kampung,,hujung minggulah kami nk keluar shopping & riadah bersama
anak & bla222... Cikgu buatlah hari sekolah,, malam ke,,... Jawapan
saya: Bukankah pada hari sekolah cikgu dah ambik 2 jam utk kelas
tambahan 2 kali seminggu, ada juga yg x hadir sbb pg fardu 'Ain dan
sambung pulak dengan akvt koko lg,, latihan permainan lagi.. nk sambung
malam pulak????? Nk suruh anak tidur kt sekolah ke apa??? Wahai para ibu
bapa yg budiman, saya sarankan isikanlah malam2 anda bersama anak anda:
ajak mereka jemaah Maghrib & Isyak,makan malam bersama, tanyakan
kerja2 sekolah mereka, ajar mereka mengaji ( lebih afdhal drp hntar ke
rumah orang, sekurang2nya rasa bagaimana jadi cikgu kpd ank2 sendiri)
tazkirah mereka dengan rasa kasih sayang... beri perhatian kepada
mereka..tanya masalah mereka.jadi rakan kepada mereka,, bercakaplah apa
sahaja...masa nilah: masing-masing dh releks,, InsayaALLAH jika anak2 dh
terbuka nk bercerita apa sahaja dgn ibu bapa, masalah sosial boleh di
atasi,, kerana mereka ada tmpt berkongsi masalah, jiwa mereka terisi di
rumah bersama ibu bapa yg mengambil berat ttg mereka dgn kasih sayang
KERANA cikgu juga sebenarnya ada keluarga yg menuntut perhatian yang
hanya boleh kami isikan untuk bersama mereka hanya pada waktu malam
kerana pada siangnya juga kami habiskan waktu2 kami untuk menjadikan
'anak orang' itu sebagai orang....
2 ulasan:
Cabaran guru begini...percayalah cabaran untuk pekerja disektor lain juga tidak kurang hebatnya....
Pendidik tugas mulia.
hehe...sekali sekala meluah rasa...(masa stresslah tu..) apabila dah terluah keadaan normal spt biasa,, segala masalah insyaallah boleh diserap begitu aja...adatlahkan..
Catat Ulasan