Heartbeat

Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Jun 2014

Ceritera Kenduri Kahwin

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Cuti-cuti ni jimat duit makan kalau kena ngan gayanyer.. banyak sungguh jemputan kenduri..serba salah rasanya..antara saudara mara, sahabat handai atau orang sekampung, mana yang nak didulukan..Sebenarnya bukan soal makan yang diutamakan tapi ukhwah persaudaraan dan doa meraikan pengantin yang paling penting.. Dalam kenduri kendara seperti inilah juga sanak saudara atau sahabat handai yang dah bertahun malah berpuluh tahun tak jumpa boleh bertemu semula... berbagai cerita akan keluar..riak muka sentiasa ceria...

31 Mei yang lalu aku mendapat tidak kurang 6 jemputan..tentulah yang jauh hanya berkirim doa dan salam.. apahal pulak yang dekat tak dijenguk..apa2hal  sakit pening yang dekat dulu yang dipanggil..Kebetulan sepupu suami yang duduk sekampungpun buat kenduri kahwinkan anak juga..di Pekan, sahabat lama kami dari Kelantan, juga mengahwinkan anak lelakinya dengan orang Pekan.. Sahabat yang baik... dulu susah senang bersama..selalu saling ziarah-menziarahi sampai sekarang..terlanjur dekat sini dipertimbangkan juga nak pergi..seorang adik angkat sewaktu di sekolah juga mengadakan kenduri anaknya di Nenasi.. sangat baik sehingga kini hubungan  tak pernah terputus.. juga saling ziarah menziarahi suatu ketika dulu.. Bapa ssaudara sepupu di Chini juga mengadakan kenduri..Tidak jauh mana kalau nak pergi..bukan tamak nak pergi kenduri tetapi bukankah memenuhi undangan itu wajib?? entahlah...

Keputusan diambil..apa-apahal yang dekat didahulukan..dari 30 Mei petang aku dan berkampung di rumah sepupu suamiku menolong apa yang patut.. sebelah malam sehingga pagi suamiku pula yang pergi..begitulah kalau kenduri di kampung bukan sekadar pada hari kenduri tetapi kena pergi lebih awal untuk membantu..

Keesokannya kami ke Pekan pula bertemu sahabat lama.. kebetulan jalan yang sama tak perlu nak berpatah-patah balik semula.. Selesai kenduri lebih kurang pukul 2.30 petang..setelah bersalam-salam dan berpeluk-pelukan (maklum dah hampir setahun tak jumpa) kami minta diri untuk pulang..suami berhasrat untuk balik sahaja...  tapi setelah selesai solat di masjid Pekan, aku mencadangkan kami terus ke Nenasi..tak apalah lewatpun asalkan dapat menjengukkan muka..

Perjalanan kami diiringi hujan lebat.. jalan tak berapa nampak..kad tertinggal di rumah..Aku cuba mengingat..maklumlah dia dah pindah kat rumah baru bukan rumah tepi pantai yang pernah aku pergi.. Sampai satu simpang ada bunga manggar..aku terus masuk simpang...mencari rumah yang dituju aku bertanya pada 2 orang kanak-kanak yang sedang bermain basikal dalam hujan..Mereka mengiakan bahawa tuan rumahnya bernama Zaharah iaitu nama adik angkatku..Dalam hujan kami turun dari kereta menuju ke khemah yang sedang dikemaskan..aku bertanya nama tuan rumah kepada seseorang namun dia tidak tahu kemudian dia menunjukkan seseorang di bawah bangsal iaitu tuan rumah lelaki..aku tidak mengenali suami adik angkatku itu.. Apabila ditanya rupa-rupanya ini bukan rumah adik angkatku..dengan peramah dia mengajak makan tetapi kami menolak dengan baik..Dia menggambarkan kepada kami, rumah adik angkatku.. Kami meneruskan perjalanan.. sampai ke rumah yang digambarkan, kami 'parking' di tepi bangsal yang juga sudah berkemas. Aku menelefon adik angkat, tetapi dia tak nampak kereta kami. Suamiku mengira bahawa kami tersalah rumah lagi..Sambil mengundur kereta sekali lagi aku menelefon adik angkatku,,barulah dia perassan keretaku..betullah ini rumahnya.. aduiii penat ada,,, malupun ada.. macamanapun aku berpuashati kerana telah dapat menunaikan 3 jemputan pada hari itu.. Kepada yang lain-lain termasuk ayah sepupuku maaf jua kuhulurkan kerana aku tidak berkesempatan..

Hari ini 7 Jun..suami ajak tengok final FA di Shah Alam..Pahang tu yang ke Final.. aku menolak..emak mengajak aku ke rumah ibu saudara sepupuku yang akan mengadakan kenduri..sebenarnya kecik ati kat suami sebab mengajak saat akhir..mulanya memang dia tak nak bawa aku tapi sebab partner bolanya tak dapat ikut barulah diajaknya aku..huhu..malasss layannn

Sebelum ke rumah ibu saudara sepupuku, emak mengajak aku ke rumah kenduri saudaranya yang juga bapa saudara sepupu suamiku..Dia mengeluh mengatakan sampai hati suamiku lebih utamakan bola daripada kenduri saudara sendiri.. takpelah janji ada wakil..kataku memujuk emak..Pukul 11 emak dah suruh bersiap,..tanpa membantah aku bersiap je  dah maklum sangat dengan perangai emak.. namun sampai pukul 12.10 baru adikku sampai..emak dah merungut.. kami teruskan perjalanan.. masuk kampung..tak nampak macam ada orang kenduri..emak suruh tanya orang kat tepi jalan tapi kami buat tak tahu jer.. sampaikan kereta kami ke hujung kampung...namun tak ada rumah orang kenduri..kampungnya dah betul....
keputusan balik rumah..tengok semula kad...Allahu Akbar rupanya kendurinya minggu depan... nasib baiklah tak tanya tadi...mujur juga tak marah2 kat suami sebab lebih utamakan bola ...huuhuuu .. kalau tidakkkkkk...

Esok, lusa, tulat, minggu depan kenduri lagi...sampailah habis cuti.....Amacam tamak tak akuuuu

Rabu, 9 April 2014

Lamanya aku terlena

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Ya Allah..rupa-rupanya hampir setahun x meng'update' blog kesayangan saya ini...dah berhabuk bersawang..panik sampai alamat email sendiripun dah lupa dah..

macam2 rasa nak mula bicara..banyak nya nak cerita...

janji yang dulupun belum terlaksana....update gambar2 kenangan percutian...entahlah bila..

asyik sibuk memanjang...apabila bertangguh inilah jadinya....

Ya Allah..berikan aku masa untuk bercerita, walau tiada yang menyapa cukup sebagai tempat hati meluah rasa..sebagai kenangan sampai bila-bila...

jumpa lagi nanti........in sha Allah





Jumaat, 19 Julai 2013

Akhirnya mak pergi jua

Assalamu'alaikum....
Dah lama x bercerita...bermula dengan line internet yang amat teruk, mood yang tidak menentu, kesebokan tugas dan seribu satu macam masalah (helah hehe ) maka lamalah blog ini terabai begitu sahaja..walaupun sesekali rindu menggamit dan idea mencurah-curah...tetapi hanya tinggal dalam minda tanpa mampu dikeluarkan...

Alkisahnya hari ini, 19 Julai...tetiba aje teringat kat aruah mak mertua... bukanlah selama ini x ingat, tapi hari ini lebih-lebih lagi rasanya setelah berpeluang mengintai-intai n3 lama yang sesekali ada bercerita tentang dia..

Mak dan lebih 6 bulan pergi menemui Yang Maha Esa..pergi dalam keadaan amat tenang..namun sesekali terasa rindu yang amat dalam...maklumlah selama ini hari-hari nampak muka tiba-tiba hilang begitu..

Betullah mak memang dah sakit..sakit asma...tapi cuma sesekali datang menyerang lebih-lebih lagi kalau x dijaga makannya.. Selebihnya mak kelihatan sihat, masih kuat berjalan, menjaga dan mengasuh cucu yang tinggal bersamanya, menguruskan rumah tangga..memasak mengemas dan sebagainya...Masih memasak sehingga hari terakhirnya dipinjamkan nafas..

Dalam usia 79 tahun, dia tidak pernah penat melakukan segalanya...malah pada sebelah paginya sempat lagi , dia ke klinik mengambil ubat dengan dihantar oleh angah...membelanja angah makan, pergi ke pasar dan membeli belah..

Pulangnya sempat lagi memasak tengah hari untuk keluarganya... itulah emak....

Perginya keseorangan...tanpa pesan, tanpa tanda...namun menurut kata ayah mertua, beberapa malam sebelumnya dia ada bermimpi, mak tiba-tiba hilang semasa mereka berdua sedang berjalan...masing-masing juga sempat memohon maaf antara satu sama lain...mungkin mak tahu umurnya xpanjang lagi...agaknyalah...

Banyak kenangan bersama mak... lebih-lebih lagi anaknya iaitu pasangan hidupku...masakan mak keutamaannya...setiap hari mak akan menyimpan makanan untuknya..Hari-hari juga, dia akan makan di rumah mak..kalau tak tengah hari, pada waktu malam..aku akur dengan tabiat suamiku yang satu ini...memang tak dinafikan masakan mak memang sedap...mungkin dimasak dengan penuh kasih-sayang untuk orang tersayang.

Kini tiada lagi masakan air tangan mak....banyak yang belum ku kutip ilmu masakannya...tapi selalunya kalau kami berkunjung, dia akan memberi kebebasan untuk aku memasak... xpernah diperkecilkan...hanya tersenyum sahaja...walau entah bagaimana rasanya..

Kesian suamiku...hilang nikmat menikmati masakan mak lagi...Tapi begitulah hidup ini... yang hidup pasti mati, entah bila, bagaimana dan dimana tetap menjadi rahsia...hargailah semasa masa ada..

Untuk mak...damailah di sana...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mak di sana...semoga roh mak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...aminn..Al Fatihah..


Selasa, 27 November 2012

happy birthday angah


Hari ini 27 November.....19 tahun yang lalu sekali lagi aku disorong ke bilik pembedahan untuk melahirkan seorang lagi bakal khalifah di bumi ini...begitulah harapan dalam kesakitan...kelahiran kali ini agak awal daripada jangkaan tarikh bersalinku yang sepatutnya 4 Januari 1994...tersangat awal...

Sebenarnya aku megalami kelainan di hujung kehamilan kali ini... dah seminggu aku diganggu kesakitan seperti saat-saat nak melahirkan...tetapi peliknya ia hanya bermula pada waktu maghrib dan berakhir menjelang waktu subuh...sebelah siangnya langsung x mengalami kesakitan malah boleh pula berjalan-jalan , beriadah dan sebagainya...entah...langsung x terfikir nak rujuk kepada doktor pakar...hanya rujuk kepada klinik di kampung...xde apa-apa kelainan katanya...anak normal, kedudukan xde masalah...ermmmm...

Namun masuk malam ke-7 aku dah mula rasa nak marah...ngapa jadi macam ni???..mujurlah masa tu aku dan hubby sedang bercuti...balik ke rumah mak.. Mak ngn ayah (semoga arwah ayah dicucuri rahmat Allah dlm persemadiannya) pun x tau nak buat apa dah.. Lastly panggil bidan kerajaan di klinik kampung kami...apabila dibuat pemeriksaan, jalan dah terbuka 3cm...apalagi aku terus di hantar ke HTAA dengan ikhsan bapa saudaraku (Allahyarham Abdul Hamid bin Ismail - semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..)

Sampai di hospital aku diperiksa lagi..wah, dah buka jalan 7 cm...Aku dihantar suami ke bilik bersalin..malangnya jalan kembali tertutup menjadi 3 cm...sakit semakin menggila dan x berhenti-henti..akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan...

Maka jam 8.00 pagi 27 November 1993, lahirkan si angah yang dinamakan Mohammad Faruq oleh ayahandanya yang membawa maksud "pemisah antara yang haq dan batil"... begitulah...angah di tahan di wad dalam inkubator selama seminggu...Alhamdulillah angah x mengalami sesuatu yang merungsingkan walaupun dilahirkan awal...

Sebulan selepas itu, aku dipinjamkankan sebuah buku oleh seorang rakan...artikel di dalamnya ada menyebut tentang 'sakit main-main' sebelum bersalin ( dah x ingat nama istilah dan nama bukunya tu..)...Rupa-rupanya kejadian yang berlaku kepadaku bukanlah kejadian baru dan luar biasa seperti yang aku fikirkan...Yalah mungkin dah takdir aku terpaksa melahirkan anak secara pembedahan buat kali ke-2...dan itulah akibatnya susah sangat nak jumpa dan merujuk kepada doktor...fobia dengan hospital membawa padah kan,kan,kan....

Sekarang angah dah besar, dah 19 tahun hari ni...sekarang menuntut di UMS dalam bidang boiteknologi..syukur. alhamdulillah.. selalu mengeluh...susahlah,,payahlah & macam-macam .. sempena hari jadi angah hari ni  mak buat sarapan special...walaupun angah x dapatpun nak merasa.hehe.. dan diiringi dengan kata-kata ini:

"semua akan jadi susah jika kita fikirkan susah...sesusah manapun hadapi dengan tabah kerana Allah sentiasa bersama..Kita sendiripun dijadikan Allah...lalu mengapa kita selalu lupaknNya. IngatiNya, DekatiNya, syukuri nikmatNya, berdoa dan bermohon kepadaNya dikala susah lebih-lebih lagi dikala senang..Dia tidak sekali-kali meninggalkan kamu melainkan kamulah yang sentiasa lalai bersujud kepadaNya...Dia akan memudahkan kamu jika kamu bermohon kepadaNya kerana tiada yang mustahil bagiNya.Allah maha pengasih dan maha penyayang... Good Luck & Happy Birthday my son...we miss & really love you forever..." 




mimpi

Hari ini menonton siaran Halaqah TV9...tajuknya "tidur & mimpi"...sapa yang x pernah mimpi??? bohong betullah kalau kata ada yang xpernah mimpi kan...sayapun selalu mimpi....macam-macam mimpi...ada gembira, sedih, serampun ada...pernah juga mimpi yang orang kata menjadi petanda kepada sesuatu kejadian..seperti mimpi tercabut gigi... 2 kali mimpi macam tu,, dan 2 kali juga kehilangan orang-orang tersayang tidak lama selepas itu...percaya dengan mimpi?? tak tahulah..mungkin ia satu kebetulan..hanya Allah yang maha mengetahui...

teringat satu mimpi ni... amat meyeramkan...aku berada dalam sebuah rumah...nak tidur...tiba-tiba terdengar bunyi seperti dengusan yang kuat dan berterusan...berpaling ke kanan...terlihat seekor lembaga seperti orang utan..berbulu lebat...nak menjerit tapi tak keluar suara...cuba bangun untuk melarikan diri...alhamdulillah boleh bangun dan terus berlari dalam rumah tu...tapi terus diekori...tak nampak wajah tetapi bunyi semakin kuat dan dekat sekali...

Terus berlari...ambil apa sahaja dan baling ke arah bunyi tersebut...tetap terasa diekori kerana bunyi terasa amat hampir... tiba-tiba ternampak sebuah radio...apalagi, terus angkat radio tu dan baling ke arah bunyi tersebut... kali ni nampak wajahnya... wow!!!!...tepat mengenai sasaran...lembaga itu tergolek jatuh..aku terus melarikan diri.....tetapi bunyi masih tetap dekat dan hampir sekali...eh, tadi dah nampak jatuh tergolek apa...ngapa masih mengekori dengan bunyi dengusan yang amat kuat dan hampir sekali...pelik betullah...tiba-tiba terasa nak menjerit...tapi masih tak keluar suara...ah, pelik betul... usaha lagi, lagi dan lagi...aduh parahni...suara itu masih ada,,masih kuat dan hampir sekali...

Entah macam mana dalam keadaan berpeluh-peluh tiba-tiba aku terjaga...Astagfirullah al'azim..mimpi rupanya tapi macamana suara tu masih ada.. menoleh ke kanan.....MasyaAllah rupa-rupanya dengkuran suamiku yang tidur di sebelah...Allahuakbar...mengurut dada..ambil bantal,, tutup telinga...ha...alhamdulillah dah jauh sikit dah bunyi tu....hahaha...'orang utan jadian' rupanya....

esoknya cerita kat dia...dia kata " eleh, awakpun kalau tidur berdengkur juga"  hahaha...helah bela dirilah tuuuu....xde maknenye.

Isnin, 12 November 2012

Cerita hubby & durian Part 3

cerita hubby dan durian kesukaannya muncul lagi...yalah kan dah musim durian sekarang ni..setiap musim ada sahaja ceritanya yang mencuit hati...

Suatu hari seorang sahabat telah memberikan 2 biji durian..fulamakkk bestnya...dan hasrat nak buat durian crepe akan tercapai hari ini...dah lama mengidam nak makan ni...almaklumlah trend terbaru makan durian crepe di mana-mana...merata-rata diiklankan oleh pengusaha-pengusaha durian crepe...pusat-pusat mengajar memasak juga mengiklankan menu belajar masakan terbaru iaitu durian crepe...tengok gambarpun dah meleleh...Aku belum berkesempatan belajar tapi amat bertuah kerana mendapat resepinya daripada seorang kakak yang baik hati..tq kak Ros..love you..hahaha.....

Maka akupun pulanglah dengan membawa 2 biji durian tersebut dalam sebuah beg plastik... sampai di rumah, hubby masih belum pulang..memandangkan jam sudah pukul 2 melewati waktu zohor, aku hanya meletakkan beg plastik tersebut di atas meja makan lalu terus mengambil wuduk... sewaktu mula menyarung telekung, terdengar bunyi motorsikal suamiku pulang...alamakkk kalau x sorok dah dapat agak apa yang berlaku...hihi.. namun aku biarkan sahaja memandangkan waktu zohor dah lewat...Baru sahaja membaca Al Fatihah...terdengar bunyi beg plastik di buka..biarkan lagi...terdengar pula bunyi parang diambil...ahh sudah!!!! daripada tak kusyuk ( memang dari awal tak kusyuk..hehe), lebih baik aku menghalang!!!! ah! zalimkah aku??? kalau x dihalang, alamat kempunanlah orang mengidam...

Berlari aku ke dapur, cuba menghalang..aku ceritakan hasrat hati...kesiannya dia...dengan perlahan menjawab, "nak rasa seulas je"..."Tak apa"..jawabku.."tinggalkan sebiji, cukuplah" izinku..

Aku meneruskan sembahyangku... setelah itu akupun mulakan projek membuat crepe ku itu..ketika itu aku x melihat kelibat suamiku.. agak petang juga baru siap.. rumit jugalah kerjanya tambahpula dalam masa yang sama terpaksa membancuh dan membakar 2 biji kek tempahan rakan...

Sedang leka menggulung crepe, terdengar pintu dapur diketuk.. rupa-rupanya suamiku..apa ditangannya??? sebiji durian!!!   "ambil kat mana??" tanyaku.."ambik kat kebun mak".."banyakke??tanyaku lagi.."ini ajelah yang dapat, habis makan dek kera...nipun x tau elok ke x"... alahai kesihannya...

Tulah semenjak my mil dan fil pindah berdekatan rumah kami, kebun tinggal begitu sahaja..maklumlah mereka dah x larat nak menengoknyapun apa lagi nak menjaganya..lagipun dah diagihkan kepada anaknya yang lain...agak terbiar jugalah...

Akupun menghidangkan durian crepe yang aku buat..daripada 10 ketul hanya 4 yang nampak cantik, maklumlah xpernah belajar..3 daripadanya disimpan untuk kawanku esok..selera sungguh nampak suamiku menjamahnya..Alhamdulillah...lepaslah hajat 'orang mengidam'...hehe

jom tengok gambar ek...


nyum,nyum..yummy




jom makan!!!

Ahad, 9 September 2012

Alhamdulillah..

Dah tiga hari,  pinggangku yang sakit masih lagi sengal-sengal... Namun gagahkan diri mengemas rumah...membasuh, mencuci,mengelap, menyapu, mengemop dan membersih longkang.. ironinya tiba-tiba kulihat dari kejauhan 'teman serumahku' sedang menyapu anjung hadapan rumah di belakang rumahku... huhu..

Namun tidak terdetikpun perasaan cemburu apatah lagi marah... malah jauh di sudut hati terselit rasa bangga.. yalah...tanggungjawab isteri berbakti kepada suaminya,,dan tanggungjawab suami berbakti kepada orang tuanya selagi mereka masih hidup...Syukur alhamdulillah...semoga menjadi contoh kepada anak-anak kami... dan aku berdoa semoga suamiku mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah SWT atas kebaktiannya terhadap  orang tuanya...dan aku juga berdoa agar diriku dan anak-anak juga mendapat rahmat Allah dan dilimpahi kebahagiaan kerana terpilih hidup bersamanya.. amiinn..

Tapi.....










1 jam kemudian,







Hati tiba-tiba menjadi sedih dan sayu...apabila melihat.......






ruang yang talah kukemas telah bersepah-sepah dengan helaian-helaian kertas latihan anak-anak muridnya...


baju yang tadi dipakainya tersangkut di sofa....


kain baju yang di dalam bakul kerana xsempat kulipat terpunggah keluar .....dan berlonggok di atas karpet...


kain baju dalam bakul yang dah berlipat tapi belum sempat disimpan dalam almari pun juga terpunggah keluar dan berlonggok sama di atas karpet.... aduhlah...nak kena lipat semula  satu kerja pulak....


2,3 pasang selipar dan kasut yang telah kususun diraknya...bersepah-sepah di hadapan tangga....


Aduhai sabar ajalah Anna...... dalam sedih dan sayu tetap mengucap syukur..Alhamdulillah... bukankah itu dugaan Allah untukku... dan dia adalah sebahagian daripada apa yang telah Allah takdirkan dalam hidupku... mengapa aku perlu merungut perkara yang sedikit sedangkan masih terlalu banyak kebaikan yang dilakukannya  untukku , anak-anak malah kepada kedua ibubapaku dan adik-adikku.... Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah atas segala nikmatMu...dan sesungguhnya memang tidak ada satupun nikmatMu yang dapat aku dustakan....






Rabu, 15 Ogos 2012

ceritera bubur jagung

Salam Ramadhan.. semoga semua sihat sejahtera dan dalam kebahagiaan menjalani ibadah puasa..

2 hari lepas seorang kawan sekerja telah memberikan beberapa tongkol jagung..Niat hati nak buat bubur pada hari yang sama, tapi x berkesempatan...semalam pula terlupa langsung tentang kewujudan jagung tersebut..lebih-lebih lagi ia masih dalam plastik dan sedikit tersorok...

Hari ini selepas pulang dari sekolah lebih kurang pukul 3.30 petang terus ke dapur mencari jagung tersebut. Alhamdulillah masih dalam keadaan segar lagi. dapatlah menunaikan hajat tekak nak makan bubur jagung..maka bermulalah kerja-kerja menghiris jagung...

Sambil menghiris jagung,, ingatan mengimbau sayu pada mak di kampung.. mak memang selalu buat bubur jagung pada musimnya... kadang-kadang mak beli jagung-jagung manis tu, kadang-kadang mak dapat percuma...mungkin atas rasa terima kasih seseorang kepada mak, setiap kali bertanam jagung, selalu ada bahagian mak...




Dan sesekali buat bubur, pasti mak buat banyak,,kemudian, mak akan telefon anak cucunya kat sini atau berpesan pada orang,..selalunya mak kata " kalau nak makan bubur jagung, baliklah"..Biasanya mak akan masak pada hujung minggu kerana tahu kami selalunya akan balik menjenguk mak walaupun sekejap.. Tapi kadang-kadang atas kesibukan agenda kami sendiri, kami xdapat balik.. dan apabila berpeluang balik hari berikutnya mak akan kata " semalam buat bubur jagung banyak, ingatkan orang balik" aduh mak...selalunya kami rasa bersalah atas ingatan dan susah payah mak kepada anak cucu (menantulah sekali) Kadang-kadang tu kalau adik-adik yang lain balik, tapi kami sekeluarga x balik, mak tetap akan kirimkan sebekas untuk kami..

Dan hari ini aku berpeluang masak bubur jagung,, kalau selalu mak kirim untuk kami, hari ini memang terasa nak hantar pulak kat mak... tapi apakan daya.. nak hantar sendiri, banyak lagi kerja-kerja memasak yang belum selesai untuk berbuka nanti...nak suruh angah, nampaknya keletihan baru balik dari Kuantan menguruskan sesuatu lagipun dah 2-3 hari dia demam, masih belum sihat sangat lagi, nak suruh hubby rasa xpatut pulak...maklumlah mak kita... xkena pulak nak arah-arahkan orang,, kalau dia nak pg xpelah,, buatnya dia xnak pg, lglah sedih,,,so xpasal- pasal pulak teresak-esak nanti... pasrah ajalah... kalau x dapat bagi kt mak sendiri,, bagi kat mak mertua kat sebelahpun jadilah...yelah kalau nak dikira itu semua macam satu alasan pulakkan?

Tapi sesungguhnya Allah maha mendengar, pengasih lagi penyayang... setelah bubur jagung masak dan aku bersedia nak masak makanan lain, tiba-tiba  hubby masuk ke dapur...katanya nak ke rumah mak, nak hantar daun kelapa ,, nanti senang mak nak buat ketupat... Subhanallah... Allah telah menggerakkan hati hubby untuk menyampaikan hajatku...walaupun aku xpernah memberitahunya... bukankah itu petanda Allah maha penyayang??? Lalu nikmat yang manakah lagi yang dapat aku dustai????? sesungguhnya aku rasa kerdil sangat,,, Allah sentiasa baik walau aku selalu leka....Subhanallah..



Dan untuk mak terimalah kiriman ini..walau tahu ia x sesedap yang mak buat...maklumlah mak guna santan segar kita guna santan kotak, mak letak gula melaka lebih, kita letak kurang, sbb tu warnanya pucat...tapi percayalah mak,,, sepanjang kita buat bubur jagung ni, ingatan kita xpernah lekang drp mengingati mak..rindu sangat sampai terasa sebak,,apabila mengingatkan,, mak selalu kirim untuk kita, tapi kita xberpeluang nak buat macam tu..Tapi alhamdulillah hajat kita kesampaian juga...Salam kasih sayang untuk mak ...dekat tapi jauh....





Jumaat, 10 Ogos 2012

Ramadhan ke-20

Salam Ramadhan...semalam bertekad nak balik awal...hurmmmm...rupa-rupanya angan-angan tinggal angan-angan... hari ni balik pukul 3.00 lagi..terpaksa siapkan satu permohonan ke KPM...apa permohonannya???   "rahsia"..yang nyata bukan agenda peribadi tetapi semata-mata untuk kesejahteraan  semua warga SKB2 yang tercinta. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH hendaknya..terima kasih kepada mereka yang prihatin kepada masalah yang telah lama kuperjuangkan...yeaahh...

Telefon hubby beritahu balik lambat lagi..dan minta dia membeli sahaja juadah hari ini kerana pada pukul 5 petang aku terpaksa menghadiri satu majlis ilmu sempena bulan Ramadhan ini anjuran PPD Pekan dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama YB ADUN Pulau Manis dan Para pegawai dari PPD Pekan..

hehe...esoklah pulak agaknya boleh buat bubur som-som ek...


sebelum berbuaka, sempatah posing sikit..kihkihkih





Isnin, 4 Jun 2012

cerita hari guru 2012

16 Mei 2012 sambut hari guru lagiii..tapi hari ini sekadar acara permainan dan mendengar perutusan secara langsung drp YB Menteri Pendidikan...sebabnya...gb xde kt sekolah so x bestlah kan...
24 Mei sambut sekali lg..kali ini boss dh ada... bermula dgn acara sukaneka diikuti dgn acara pentas. Semua guru mengambil bahagian... meriahnya usah cerita...dn aku spt biasa menitiskan air mata saat bersama2 yg lain menyanyikan lagu ' Kami Guru Malaysia', 'Biarku menjadi lilin' dan 'Wajah'...jangan tanya mengapa??? ia terjadi secara spontan saat menghayati liriknya terutamanya dalam lagu biarku menjadi lilin...biarlah kalau org lain enggan mengerti...tapi bagi aku itulah sebenarnya guru...menjadi lilin setiap saat diperlukan...walau sering diragui...
 Lebih mengharukan,, aku telah sekali lagi dipilih menjuarai undian 'guru paling tegas' selama 4 tahun berturut2 dan merampas kembali gelaran 'guru paling popular' yang terlepas sejak 2 tahun lepas... ermmmm tak tau nk kata apa...mungkin popular sbb tegaslah kot... terima kasihlah kepada semua anak didik yg telah memberi undian kepadaku...x lupa juga atas pemberian hadiah dan kad2 ucapan... sesungguhnya bukan hadiah material yang diharapkan...apa yang lebih bermakna adalah kejayaan setiap anak didik bukan sahaja dr segi akademik tetapi yang lebih penting sahsiah yang baik yang menjadi keutamaan... sahsiah yang baik akan dengan sendirinya akan membentuk kejayaan akademik yg cemerlang...juga hadiah mistri sebuah streka pink bagi menambahkan koleksi streka pink kt rumahku...terima kasih kepada orang yang memberi... oklah layan gambar sikitlah ya...

 antara kek tempahan untuk hari guru... 7 biji CMC, 3 biji RV sebiji Black forest, 3 biji kek pelangi dan 2 biji cheese cake with fruit coktail
                                       menerima hadiah mistri



                                           koleksi streka pink...

Penghujung kata Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru dan bekas-bekas guru walau dimana jua anda berada...Tabahkan hati menjadi guru hari ini... jasa kalian dalam ingatan...

Jumaat, 20 April 2012

haru biru blues

Nak crite gak ari ni....minggu ni adalah minggu kek pelangi...banyak dapat tempahan kek pelangi....ari ni satu lagi tempahan kek pelangi ni...customer nak esok...so, dlm pukul 6.30 petang aku mula turun ke dapur dan mula menimbang2 bahan... tetiba terdengar bunyi motorsikal singgah depan rumah. Along yang baru balik kerja, menjenguk...rupa2nya bekas cikgu dia...yang dahsyatnya... cikgu dia datang nak tempah kek birthday...nak bila??? pukul 8.00 malam ni.... HAA???.. mana sempat!!! nak deco lagi...  namun cikgu dia ni tetap memujuk... sian anak-anak dia yang dibawa bersama naik 1 motorsikal.( 4 orang naik 1 motorsikal tuuuu)...hurmmmm...I trylah ek!!!  I pun terpaksa tinggalkan dulu kek pelangi sbb nak buat kek dia ni... nak buat kek paling simple jelah...yang resepi campak2 tu...tapi kenalah timbang gak...

tengak sibuk menimbang2 datanglah pulak tok si along ke rumah...xkan x layan...mak mertua tuuu!!!! aku ajak dia ke dapur...mana boleh tangguh-tangguh dah ni... sambil menyediakan bahan mulut becok menyembang... layan je lah... macam2 yang mak mertua aku cerita termasuklah kepakaran dia masa muda2 dulu..kiranya teror jugalah mak mertua aku ni buat kek ek....hehe...aku buka buku catatan resepiku untuk menyemak bahan..mulut beliaupun bercerita tentang buku resepinya yang dah hilang... siannya... hilanglah khazanah resepi lama dia...kalau x, boleh juga menantu dia ni "menerai" ek..

aku mengadun bahan...eh??? apasal lambat gebu ni...biasa kalau buat kek ni dalam 10 minit diadun dah nampak kegebuannya...alamak...sembang punya sembang rupa2nya..aku masukkan sukatan air yang salah,,air yang dah aku sukat aku tak masukkan.. aku masukkan air lebihan sukatan aku tu... agak banyaklah pulak...Adusssss!!!! tengok aku mula gelabah mak mertua aku angkat kaki...huhu..sian dia....baliklah dianya senyap2.... xpe...serahkan kepada Allah yang maha esa... kalau ada rezeki cikgu tu..adalah....

akhirnya, adunan aku gebu jugalah.....terus aku mula membakar dengan harapan menjadilah hendaknya. sambil tu aku teruskan proses membuat kek pelangi...dalam hatiku berkata,,kalaulah kek tadi x menjadi,,alamatnya kek pelangi ni akan jadi gantinya...

sedar x sedar,,, hari dah gelap...alamak aku belum solat maghrib lagi ni... so, solat dululah biarkan oven kesayanganku meneruskan peranannya.. 

alamak!!! dah pukul 8.00...xlama selepas tu,,terdengar bunyi motorsikal ...wah,, dia dah datang...kek dalam oven lagi... xpe...jangan gelabah ,... mintak tangguh dlm setengah jam lagi.... Akhirnya...alhamdulillah...kek ku menjadi juga... yahoooo... tanpa berlengah aku keluarkan kek..mahu disejukkan secepat mungkin sebelum dideco.... 10 minit kemudian, kek sejuk, akupun mula mendeco...kalau ikutkan guruku,, kek mesti disejukkan sekurang2nya semalaman sebelum dideco,,barulah ummmppphhh... tapi nak buat camana...mujur juga masih ada lebihan krim semalam yang memang ku buat banyak...kalau x!!!....10 minit siap...dan hasilnya...Syukur YaAllah


Syukur YaAllah..mungkin inilah hasilnya sebab hati ini memang x mudah untuk menghampakan orang... semoga cikgu sekeluarga gembira menikmatinya...tapi lain kali jangan buat lagi ya!!!

Selasa, 3 Januari 2012

kehilangan yang tiba-tiba

apa yang nak dikata...hari ini kehilangan seorang sahabat, rakan sekerja juga saudara kerana beliau telah kembali kerahmatullah setelah menderita kanser paru2... sebagai sahabat beliau seorang yang sangat baik hati, rakan sekerja...selalunya hubungan kami sentiasa panas dingin..maklumlah sering juga x sependapat tapi tetap boleh seiringan ,,menghadapi suka duka perjuangan, menghadapi pelbagai kerenah anak buah, semangat tetap kental walau sesekali hampir rebah.. namun setelah pemergiannya ,, terasa amat kehilangan.... hanya doa yang dapat kami iringkan..semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Alfatihah...

Khamis, 1 Disember 2011

Kita hanya mampu merancang...

Setahun merancang dan berangan nak bercuti di Sabah bersama keluarga. Kata sepakat diambil dan telah ditetapkan tarikhnya iaitu pada 1 hingga 4 Desember 2011 ini. 2 minggu sebelum bertolak, aku menerima surat dr JPN mengarahkan aku menghadiri kursus di Kuala Terengganu bermula 30/11 hingga 3/12..sedangkan 30/11 aku harus bertolak ke Sepang menginap di rumah adikku kerana pagi 1/12 kami kena berlepas ke KK seawal jam 7.00 pagi. Serbasalah betul... apataknya segala tiket pergi balik sekeluarga telah ditempah..penginapan di sana juga telah diberi deposit.. malah kenderaan untuk digunakan di sana juga telah dicari pengusahanya..cuma belum di'confirm'kan aje lagi...

Aku mengambil keputusan untuk menelefon pegawai di JPN untuk dibenarkan menghantar pengganti..mulanya tidak dibenarkan tetapi setelah aku merayu aku dibenarkan menghantar pengganti dengan syarat disertakan surat tunjuk sebab terlebih dahulu...aku akur dengan syarat tersebut dan mula mencari pengganti...mujurlah Penyelaras Menengah sekolahku memahami dan bersedia untuk menggantikan tempatku...Alhamdulillah...terima kasih dik...hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budimu...

Minggu pertama bercuti,, aku bertugas di sekolah..seboleh2nya aku mahu menyelesaikan banyak kerja sebelum aku bercuti..

25/11..mertuaku diserang semput lalu di bawa ke klinik Padang Rumbia... setelah mendapatkan rawatan, dia sihat kembali...alhamdulillah..

28/11 8.00 malam, sekali lagi mertuaku diserang semput..tapi suamiku telah membelikannya alat pernafasan khas untuk pesakit lelah...setelah beberapa ketika,mertuaku kelihatan lega dan dah boleh bercakap dan tersenyum.malah dah boleh berjalan. namun kami bercadang untuk membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. Suami dan kakak iparku, juga bapa mertuaku telah membawanya ke HTAA... Entah pukul berapa suamiku balik, aku x sedar...sedar2 jam 3.00 pagi, suamiku dan berdengkur di sebelah... sebaliknya aku pula yang x dapat tidur selagi x mengetahui keadaan mertuaku.. untuk mengejutkannya bertanya keadaan, timbul pula rasa kesian...

29/11 pagi2 aku dah bertanya suami keadaan mertuaku... katanya semalam lewat balik sebab buat pemeriksaan menyeluruh atas kesihatan mertuaku.. katanya semuanya ok kecuali penyakit lelahnya aja yang dikesan.. mertuaku dah kembali sihat...malah dah sempat singgah kedai makan dalam perjalanan pulang... alhamdulillah..
Selepas beberapa ketika, suamiku menjenguknya di rumah... setelah pulang, dia mengadu yang mertuaku nampak macam diserang semput lagi tetapi x terlalu serius... Aku menyatakan kebimbangan dengan kesihatannya yang tidak menentu sedangkan esoknya kami akan bertolak ke Sepang.. Suamiku yang dah biasa dengan keadaan ibunya,, tetap juga menyuruh kami bersiap kerana katanya mak memang biasa macam tu.. apabila dah kena ubatnya dia akan sihat seperti biasa... Memang akupun nampak macam tu..malah dia dah mula membuat kerja2 dapur sebaik sahaja sihat..

Namun aku masih x sedap hati dan masih malas nak berkemas.. selepas zohor, aku ke rumahnya untuk melawat... aku nampak dia sedang berehat di kerusi.. aku mencadangkan dia mencuba ubat resdung yang diberikan oleh adikku iaitu serbuk herba yang perlu diletakkan ke dalam air panas dan diwapkan ke muka..
suami dan iparku bersetuju dengan cadanganku... setelah mencubanya, kelihatan mertuaku semakin lega...dan sihat kembali... aku pulang ke rumah sebab mertuaku dah sihat dan nak sembahyang katanya... manakala suamiku dan anak sulongku bertolak ke Matriks Gambang untuk menghantar buku si angah yang tertinggal di rumah...
namun x berapa lama selepas itu, aku dipanggil oleh anak saudara suamiku yang tinggal bersama mertuaku mengatakan toknya diserang lelah semula.. Cepat2 aku menelefon suamiku menyuruhnya berpatah balik... Sementara itu, aku cuba untuk memasang alat pernafasan yang dibeli oleh suami namun di tegah oleh kakak iparku..sebaliknya aku disuruhnya menelefon adik beradiknya dan sepupunya yang tinggal berdekatan...

Sampai di rumah, suamiku memarahi kami kerana tidak menggunakan alat tersebut untuk ibunya... Kami sepakat untuk membawa mertuaku ke klinik Padang Rumbia untuk mendapatkan rawatan...along & suamiku membawa mertuaku dengan satu kereta, manakala aku menyusul kemudian bersama kakak iparku...Tidak lama kemudian, menyusul pula adik iparku dan bapa mertuaku..Setelah mendapatkan rawatan, mertuaku segar kembali dan mahu pulang ke rumah... dalam masa yang sama aku menelefon adikku yang menguruskan percutian kami untuk membatalkan percutian tersebut  memandangkan kesihatannya yang tidak menentu... Walaupun mertuaku berkeras nak balik ke rumah kerana x semput lagi, namun kami berpakat juga untuk menghantarnya ke hospital dan meminta jasabaik MA klinik tersebut untuk memberikan surat agar mertuaku dapat di rawat beberapa hari di hospital...Akhirnya, mertuaku di bawa ke Hospital Pekan manakala aku pulang bersama along ke rumah... menjelang malam barulah suamiku pulang dan aku memberitahunya telah membatalkan percutian kami... apalah gunanya kami bercuti ., kalau hati x tenteram memikirkan keadaan ibu mertuaku...aku redho, walaupun terpaksa mengorbankan kos yang telah kami keluarkan..(adik, janji nak ganti...)

30/11 - hari yang sepatutnya kami bertolak ke Sepang...kami habiskan melawat mertua di hospital dr tengah hari menjelang malam...Aku dimaklumkan mertuakan akan dibenarkan keluar hospital 2 hari kemudian... berbaloilah kami x bercuti memandangkan agak lama dia berada di hospital... keadaan mertuaku nampak sihat, berbual dan bercerita...makanpun berselera..habis semangkuk bubur yang disediakan. Malamnya kami pulang ke rumah dan bercadang untuk melawat keesokan harinya...

1/11 - pagi yang sepatutnya kami berlepas jam 7.00 pagi...alahai berlalu begitu sahaja... 1 jam kemudian, kakak iparku datang ke rumah memberitahu dia nak ke hospital kerana ibumertuaku dibenarkan pulang pagi ini... aduh!!!, dah boleh keluar hospital dia...aku x terkata...sekejapnya kat hospital???? hehe cuma beza 1jam masa kami patut berlepas ke KK dengan masanya keluar dari hospital... aduiiii...

Aku melawatnya agak petang sedikit, maklumlah dia dah sihat...sampai aje ke rumah, kakak iparku mengadu yang mertuaku dah mula buat kerja2 dapur... Dah sihat sungguh rupanya dia.. x nampak macam orangan baru lepas sakit...Alhamdullillah... Namun saat yang sama aku dapat bayangkan kalaulah kali pertama dia di bawa ke hospital, dia terus di tahan di wad. xdelah kos yang telah kami keluarkan untuk bercuti 'burn' begitu sahaja.hehe.

Namun sesungguhnya aku redho dan sedikitpun x ralat membatalkan percutian ini...sbb kalau apa2 berlaku semasa ketiadaan kami, tentu kami akan menyesal x sudah kerana tahu dari awal kesihatannya yang x menentu... bak kata suamiku xkan nak suruh kapalterbang tu patah balik..hehe...bercuti boleh bila2...tapi kasih sayang keluarga lebih utama dan ibu xkan ada duanya....Alhamdulillah...betullah kata orang. kita hanya mampu merancang,,,walau sebaik dan seteliti mana perancangan kita...perancangan Allah adalah terbaik dan tentu ada hikmahnya....

Ahad, 9 Oktober 2011

Dulu dn sekarang...masihkah ada cinta???

dulu:

Suatu petang kelihatan sebuah kereta proton saga memasuki laluan ke sebuah kampung.....agak perlahan,,sampaikan beberapa buah basikal kanak-kanak boleh lagi memotong kereta tersebut..Kelihatan di dalamnya sepasang kekasih sedang berbual-bual dengan mesra:
P:    kenapa bawa kete slow ngat ni??? bila nak sampainye??
L:    Alah..biarlah lambat sikit,,I x puas lg nak borak2 dgn U..Nanti sampai kat umah U bukan ada can dh    
       nak borak2 camni...mesti I kena layan ayah U pulak.

sedang enak bersembang2 tiba2 seekor lembu melintas jalan..oleh sebab kereta dipandu perlahan sempatlah juga dibrek kete tu..tapi si lelaki ni gelabah amat.tanya si gadis mana sakit, nak hantar klinik x, takut apa2 hal kena jawab dgn bapa si gadis...Padahal si gadis lukapun tidak....Sambil2 tu mulutnya x habis2 mengutuk sang lembu yang xde akal dan pemilik lembu yang x tau jaga lembu...siap nak saman2 lagi....lagi haru dikatanya tuan lembu = macam lembu....ish  ish  ish....

Sekarang: 

kedua2nya dah lama kawin..anak dah besar2..dan salah seorangnya tinggal di sekolah berasrama di bandar. Suatu hari semasa pulang dr melawat anak di bandar, mereka melalui jalan yang sama dan di tempat yang sama berlaku lagi insiden yang sama...hehe... cuma yang x samanya mungkin lembu tu, kereta tu dan pakaian yang mereka pakai...maklumlah dah 20 tahun berlalu...baju memasing dah pasti sendat..alahaiii dulu si gadis bagai jari kelingking , sekarang dah jadi ibu jari...hehe...ermhhh dah boleh agak apa yang berlaku kan?? si isterilah pulak yang kena marah... bukan lagi si lembu ngn tuannya....katanya:

S:     yang awak x pakai tali pinggang keledar tu kenapa????
I:      yang awak pulak bawa kete laju2 tu ngape??? dah brek mengejut!!!

S:     Kalau bawa slow bila nak sampainye???
I:      Sakit kepala orang terhantuk kat cermin tu....
S:     sikit je tu...dah salah awak,,x pakai tali pinggang tu..balik kang sapu je ngn minyak gamatttt habis  
        crite...kalau pecah cerminn kete saya tadi ...lagi terukkkk, mana nk cari duit  nak ganti...

Haa kan.....manalah silapnya tu yer????

Sabtu, 8 Oktober 2011

apakah ini tanda-tanda aku sakit jantung???

Hatiku masih berdebar-debar...dari tadi lagi...degupan jantung terasa amat laju...badan terasa lemah,, tangan rasa terketar2....fikiran rasa bercelaru...pelbagai rasa ada,,ada sedikit geram berbaur dengan kasihan.....

Petang ni aku keseorangan lagi,,,memang selalu begitu...hubby??? entah...ke sekolah agaknya...pergi tanpa pesan...Selalunya kalau aku tinggal keseorangan begini, pintu dan grill aku kuncikn walaupun siang hari...tapi hari ini, malas pula rasanya...kesemua pintu dan tingkap ternganga luas...

Langit agak gelap, angin bertiup agak kencang menandakan hujan kan turun sebentar lagi..sayup2 guruh kedengaran di dada langit...keseorangan dalam keadaan begini agak menakutkan...tapi, ah...biarlah...banyak kerja yang perlu kubereskan...

Aku kusyuk menyiapkan tugasan SYMT..menanda kertas-kertas peperiksaan murid..masih banyak lagi,,sedangkan hari nak menghantarnya semakin hampir...boring jga..namun sesekali aku melayan FB..jadi xlah stress sangat...
Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang x kena di luar tingkap di sisiku.. jarak kedudukanku dengan tingkap hanya dalam sekaki...Segera ku toleh,,"Allahu akbar!!! subhanallah,, masyaAllah..." Aku x dapat menahan kejutan yang amat sangat...Bukan x biasa melihat dia...hari2...tapi kali ini...YaAllah...dengan jarak yang begitu, tanpa sebarang bunyi...tiba-tiba je terjengul.....Adui!!!! maafkan aku "kakak"...aku tahu kau kurang upaya..tapi kau selalu mengejutkan aku...dan kali ini adalah kejutan yang paling dahsyat....Melihat aku terkejut dia ketawa mengilai.....Aduiiii

Tanpa menghiraukannya aku terus mengurut dada..sesak nafas seketika,, berpapah ke dapur mencari air...langsung tidak menegurnya...menyedari aku tidak menghiraukannya, dia terus berlalu...kasihan dia...tapi apakan daya...aku betul2 terkejut...sampai saat ini degupan jantungku masih x stabil....

Adik2ku..kutau korang mengenali dia...tau keadaannya...cubalah korang bayangkan...tapi jangan salahkan dia..dia x minta dilahirkan begitu....Allahuakbar....

Jumaat, 7 Oktober 2011

kalau dah rabun.....

masih perit rasanya mata ni...entah macamana nak malang sungguh petang tadi..Biasanya setiap hari aku akan menyegarkan mata dengan menyembur penyegar mata spt eyemo.. biasalah mata sentiasa letih dan kelabu apabila banyak menghadap kerja macam aku ni...lebih2 lagi apabila sering mengadap laptop.. Entah macamana petang tadi tangan tiba-tiba tercapai 'spectacles lens cleaner" dan terus menyembur ke mata..3 semburan mata kanan, 3 semburan sebelah kiri.. seperti selalu aku buat. mujurlah tiba-tiba terperasan akan baunya. cepat2 berkejar ke bilik air membersihkan mata...mujurlah cepat sedar... kalau tidak....alahaiiii ...itulah kalau dah rabun..main capai jer...apalg saiz dan bentuk botolnya yang lebih kurang sama

inilah botolnye weh...

Khamis, 6 Oktober 2011

lelahnya menjadi seorang guru (part 3)

Lelahnya menjadi seorang guru ( Part 3)

oleh Anna Daud pada pada 01hb Mei 2011 pukul 8.06 pagi
Kisah Benar: Setelah keputusan UPSR 2010 dikeluarkn: ramai ibubapa menelefon ke sekolah bertanya mengapa keputusan pep menurun??? cikgu kurang buat kelas tambahan ni??? malah ada yg minta pndapat nk tukarkn anak2 mereka ke sekolah yg lain: jawapan saya: silakan.. Tahun 2011: dengan azam dan semangat baru, GPK 1 dn GPK Hem sendiri ambil 1 kls murid thn 6 utk diajar (sebenarnya guru sedia ada cukup komited utk mengajar, tetapi kerana kekurangan guru option sains kami relakn beliau bertukar subjek, terima kasih cikgu) Ya, seperti permintaan, kami adakan kelas tambahan awal-awal lagi: 2 hari setiap petang dalam seminggu dan setiap hari Sabtu hujung minggu. Jadual  terus diedarkn kepada penjaga ( tanpa bayaran ) Walaupun kami rasa P&P dlm kelas memadai & tugas2 hakiki GPK menuntut ruang masa yg bukan sedikit : Apa yang berlaku??? hanya sebahagian kecil daripada murid yang hadir,terutama pada hujung minggu, mengapa???? Kami tnya kembali kepada penjaga: susahlah cikgu,, hujung minggu payah nk hantar,, hujung minggu banyak kenduri,, hujung minggulah kami nk balik kampung,,hujung minggulah kami nk keluar shopping & riadah bersama anak & bla222... Cikgu buatlah hari sekolah,, malam ke,,... Jawapan saya: Bukankah pada hari sekolah cikgu dah ambik 2 jam utk kelas tambahan 2 kali seminggu, ada juga yg x hadir sbb pg fardu 'Ain dan sambung pulak dengan akvt koko lg,, latihan permainan lagi.. nk sambung malam pulak????? Nk suruh anak tidur kt sekolah ke apa??? Wahai para ibu bapa yg budiman, saya sarankan isikanlah malam2 anda bersama anak anda: ajak mereka jemaah Maghrib & Isyak,makan malam bersama, tanyakan kerja2 sekolah mereka, ajar mereka mengaji ( lebih afdhal drp hntar ke rumah orang, sekurang2nya rasa bagaimana jadi cikgu kpd ank2 sendiri) tazkirah mereka dengan rasa kasih sayang... beri perhatian kepada mereka..tanya masalah mereka.jadi rakan kepada mereka,, bercakaplah apa sahaja...masa nilah: masing-masing dh releks,, InsayaALLAH jika anak2 dh terbuka nk bercerita apa sahaja dgn ibu bapa, masalah sosial boleh di atasi,, kerana mereka ada  tmpt berkongsi masalah, jiwa mereka terisi di rumah bersama ibu bapa yg mengambil berat ttg mereka dgn kasih sayang KERANA cikgu juga sebenarnya ada keluarga yg menuntut perhatian yang hanya boleh kami isikan untuk bersama mereka hanya pada waktu malam kerana pada siangnya juga kami habiskan waktu2 kami untuk menjadikan 'anak orang' itu sebagai orang....

lelahnya menjadi seorang guru (part 2)

lelahnya menjadi seorang guru:

oleh Anna Daud pada pada 30hb April 2011 pukul 4.30 ptg...n3 ni aku ambil drp nota lama yg kubuat dlm facebook...saja masuk kt sini pulak utk renungan bersama...
Petiakan akhbar: Kami (polis) menasihatkan guru2 sklh spya mmainkn peranan dlm mberikan didikan mngenai perkara ini (gejala sosial), malah setiap 'sklh brmasalah' kami juga turun padang.... namun ibu bapa ' juga' seharusnya mberi pndidikn agama yg secukupnya.... pertanyaan saya adakah guru yg perlu memainkn peranan utama, bukan ibu bapa.. malah melabelkn sklh yg bermasalah bukan keluarga brmasalah... ibu bapa hanya "juga" sahaja... Dalam keluarga hanya ada seorg dua anak mereka bermasalah dlm satu sekolah ?????  zaman sekarang bukan mudah mendidik 'anak orang' utk menjadikan mereka orang,, guru x leh garang, guru xleh rotan, guru xleh ckp lps, guru xleh mntk yuran & byrn buku2 tmbhn, guru xleh denda murid jika x buat kerja sklh,,,, tapi kalau ' anak orang' x pandai cikgu x ajar, ckgu x buat klas tmbhn & bla22222,, duit ank hlg kt sklh, guru kena ambik tndkn, murid sakit guru hntr klinik (walaupun dh demam kt rmh) ,,, duit gaji guru itulh utk prblnjaan keluarga, byr rumah, kereta, beli buku2 tmbhn,, waima duit minyak hntar murid sakit k klinik... ada dpt ot mcm org lain walau kerja sampai 2 - 3 pagi ??? XADA... so x hairanlah skrg ni mcm2 berlaku..... ank2 yg dimanjakan di rumah dh hilang hormat kt guru, ibu bapa lebih membela tndkn anak2 drp membela anak2 mereka dngn sahsiah yg baik.. tugas ibubapa totaly diserahkan kpd guru2 waima nk jaga pemakanan mereka sekalipun supaya x obes... bila sesekali guru berbunyi....akan keluarlah kata-kata guru usah berkira,, guru mesti ikhlas,, & bla2222.... mana suara2 yg nk ringankn beban guru,,, bertambah adalah.... Wahai mereka di luar sana, kalaupun anda tidak dpt menghargai, usahlah pula anda mengeji... ikhlaslah kami andai anda ikhlas menghantar ank2 anda untuk menuntut ilmu... bkn menyelesaikan 1001 satu mcm masalah anda.....

lelahnya menjadi seorang guru

Lagi Kisah Benar: Suatu petang bulan Disember 2010: sewaktu berjoging melintasi sekumpulan ibu-ibu yang sedang berkumpul di tangga sebuah rumah:
Ibu 1  : Hai, cikgu! X balik kg ke cuti ni??
Cikgu : x, ada kerja sikit nk buat, utk persediaan tahun depan...Lagipun kena bertugas minggu ni...
Ibu  2 : Bestlah cikgu ya.. cuti panjang ni... kerja cikgu ni, banyak betul cutinya yek...
Ibu 1  : Haahlah cikgu, bila sekolah nak buka ni.. adui, x daya dh ngan anak2 di rumah cuti2 ni. asyik makan tido, 
             makan tido,, lepas tu dok menyepahkan rumah... Kalau hari sekolah tenang sikit rasa....
Cikgu : ( hanya mampu senyum... dalam hati, MASYAALLAH..... gini ke perasaan ibu bapa terhadap anak2 
             mereka?????)

Ahad, 25 September 2011

tetamu pagi

Alhamdulillah...semalam satu program  sekolah telah selamat dijalankan dengan jayanya. 2 hari 1 malam anak-anak muridku berkampung di dataran sekolah, berkhemah sempena kursus kepimpinan pelajar. Banyak aktiviti yang dijalankan utk membentuk jatidiri pemimpin2 kecil sekolah kami..Ada sesi motivasi, sesi burung hantu dimana mereka dikejutkan seawal jam 2.30 pagi untuk menjalani aktiviti ini.. ada yang menangis ketakutan tetapi akhirnya aku percaya mereka semakin mempunyai daya ketahanan diri untuk mengharungi cabaran sebagai pemimpin.
Juga diadakan aktiviti meredah hutan dimana sepanjang perjalanan mereka terpaksa meredah halangan dan rintangan yang disediakan..seperti meredah paya, meniti titian kecil menyeberangi paya, memanjat dan menuruni tangga, menaiki buaian tali dan berbagai-bagai lagi. Aku juga turut serta mengiringi anak-anak muridku. Penat tapi mengujakan..Majlis berakhir dengan perasmian penutup oleh wakil Pengarah Penjara Penor...Terimakasih yang tidak terhingga kuucapkan kepada semua yang terlibat lebih2 lagi team yang 2 hari sebelumnya bertungkus lumus menyediakan trek meredah hutan yang amat menyeronokkan itu..Begitu juga dengan yang lain2nya yang sama2 telah menjayakan program ini..terima kasih daun keladi...
pagi ini selepas subuh,,,kubuka tingkap dan pintu hadapan tanpa membuka grillnya.. mataku agak berat..hehe...agaknya kepenatan semalam belum hilang... akhirnya aku terlena di hadapan tv. Terjaga 9.30, bergegas mandi...haha.. baru segar sikit rasanya...baru saja keluar dari bilik mandi aku dikejutkan dengan ucapan salam di luar pintu..ambil kunci dan buka gril pintu... hubbyku rupa2nya juga tertidur di bilik si along...alamak kantoiii...kami bangun tengah hari, hari ni...
Lebi haru lagi tetamu terus ke dapur membuka tudung saji..."Haaa...x masak lagi???" buka pulak peti ais, "amboi banyaknya telur???"..Adui...maluunya..dekat tamu yang sorang lagi..walau x masuk ke dapur, aku tahu dia perasan apa yang berlaku...huhu...Apalah malang nasib aku hari ni...sekali nak rehat2 bermalas-malas sikit dah kantoiiii.. macam selalu buat pulak dikatanya... tapi xpe..bukan aku x tahu,,,dia siapa..kalau nak banding dengan aku, dia lagi kuat tidur,,x kira siang ke malam...rajin sangat ke dia masak??? eleh aku taulah,,kalau bukan mak yang masak,,siapa lagi??? tapi apahal pagi2 redah rumah orang tengok segala itu ini???huh xpaham aku...