Heartbeat

Memaparkan catatan dengan label Sembang2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang2. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Jun 2014

Dan inilah sudahnya

Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakuh...

Tak sampai sebulan... imbas kembali kejadian penjaga memarahi kami kerana kesalahan anaknya merokok pada 26 April 2014..siap mencabar kami menunjukkan bukti. ...Allahu Akbar... Allah Maha Besar,Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Bijaksana...

Pada 22 Mei 2014..guru disiplin sekolah kami telah menangkap 2 orang murid lagi telah merokok di dalam tandas.. bukti sangat jelas..'sedang merokok' dan sekotak rokok tersimpan di dalam poket salah seorang daripada mereka... siasatan juga dibuat dan pengakuan diambil... sungguhlah budak zaman sekarang sangat setia kepada rakan...tidak mahu membocorkan rahsia rakan yang lain..( sesetengahnya takut memberitahu perkara sebenar setelah diugut oleh rakan mereka yang sama terlibat..) Inilah dia dikatakan 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut' Sungguh setia yang tidak bertempat dan sia-sia..

Spot check dibuat..Sedih... tapi itulah yang Allah nak tunjukkan...sekotak rokok dijumpai di dalam beg pelajar yang mana ayahnya mahukan bukti tadi.. siasat lagi..pengakuan diterima selepas bukti ditunjukkan walaupun sebelum itu nampak macam nak melawan aje...

 Diserahkan kepada kaunselor dan rekod lampau dirujuk...banyak kesalahan telah direkod...mencuri, melawan guru...dan rekod pecah masuk rumahpun ada...Kes dibawa kepada Guru Besar...mesyuarat dipanggil...keputusan gantung sekolah.. ibu bapa lalu dipanggil untuk diberi penerangan keadaan sebenar.
Kasihan penjaga..

Namun...penjaga yang mahukan bukti tidak hadir..hanya mewakilkan adiknya..saya sambut dengan baik..tanya, "ayahnya bekerja ke?" dijawab dengan kasar, "kerjalah..kalau tak kerja nak makan apa?"..
aduiiii hadap sajalah...

Dalam hati sudah ada satu kesimpulan..inilah jadinya apabila ayah menangkan anak...tengok..anak masih tak serik-serik malah seolah mencabar cikgu..Tak hairan kalau anak bercakap kasar kalau dalam kalangan keluarga juga begitu.. tugas cikgu lagi nak mendidik beradab dan berbudi bahasa.. kalau tak, ada pulak suara-suara sumbang bertanya, "apa yang kau belajar kat sekolah,, perangai biadab macam ni?"...apalah agaknya tugas sebenar ibu bapa...Sibuk laki bini cari makan?? sampai tak sempat nak didik anak-anak.. anak-anak biadabpun salah guru.. macamlah guru-guru tak ada anak-anak sendiri..tepuk dada tanya selera

ANAK-ANAK CIKGUPUN KEKADANG ADA JUGA YANG BUAT ONAR!!! KENA TANYA CIKGU PULAK...BERKATKAH GAJI CIKGU KALAU BUAT SAMBIL LEWA...LALU TAK MUSTAHIL KALAU ANAK-ANAK KITA' TIDAK MENJADI' WALLAHU 'ALAM....Peringatan Untuk Diri Sendiri

Jumaat, 2 Mei 2014

Inilah guru.....

assalamu'alaikum....


26 April 2014 (Jumaat)
mengendalikan satu kes salah laku di sekolah.. Seorang pelajar telah dibawa kepada saya dengan beberapa tuduhan.. Antaranya:

1. merokok dan menjual rokok kepada rakan
2. menyakat pelajar perempuan pada malam sebelumnya dengan memakai telekung putih
3. menangkap ikan dalam kolam sekolah dan membakarnya bersama rakan-rakan
4. membawa telefon bimbit ke asrama

Saya meneliti rekod lama pelajar ini dimana pengakuan yang terdahulu beliau mengaku membawa rokok dan menghisap rokok di hadapan bapanya dan juga guru besar jika dia mengulangi perlakuan ini sekali lagi dia rela dibuang sekolah. Kesalahan ini adalah kesalahan yang keempat dilakukan setelah diberi amaran, dibawa kepada guru kaunseling dan digantung asrama. Saya memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan. Akhirnya murid ini telah menurunkan pengakuan bertulis tanpa ada sebarang paksaan. Pengakuan saksi membuatkan dia tidak dapat mengelak walaupun pada mulanya dia menafikan sekeras-kerasnya dan siap menengking saya dan guru disiplin lagi..Pengakuan juga diambil daripada dua orang lagi murid yang mengaku membeli dan merokok bersamanya.

Saya merujuk perkara ini kepada guru besar. Guru besar mengarahkan saya memanggil ibu bapa pelajar yang terlibat. Saya menelefon ibu bapa pelajar yang terlibat.. Malangnya guru besar terpaksa meninggalkan sekolah lebih awal kerana terpaksa menghadiri mesyuarat.  Saya dan guru disiplin terpaksa berhadapan dengan ibu bapa mereka.. Amaran secara lisan kepada mereka bagi kesalahan kali pertama di hadapan ibu bapa mereka.

 Bagi kes berulang itu pula saya meminta penjaganya datang sekali lagi pada hari Isnin 28 April 2014 atas pesanan guru besar. Di hadapan saya , guru disiplin dan bapanya, murid ini teresak2 menangis dan mengakui kesalahannya. Oleh kerana minggu itu adalah minggu pelajar asrama pulang ke rumah saya menyuruh penjaganya membawa anaknya pulang terlebih dahulu..Ayahnya telah mengeluarkan maki hamun kepada anaknya dan menyuruh kami mengeluarkan surat buang sekolah untuk anaknya. Saya nyatakan bahawa saya tidak dapat buat keputusan kerana guru besar ingin berjumpa penjaga terlebih dahulu..Di hadapan kami beliau menghalau anaknya dan saya terpaksa menyabarkan..

28 April 2014 (Isnin)
Saya tidak hadir ke sekolah kerana disahkan tidak sihat oleh doktor akibat mendapat bengkak di mata. Saya mendapat sijil sakit sehingga 1 Mei 2014.

2 Mei 2014 ( Jumaat)
Saya telah didatangi oleh guru disiplin yang mengatakan bapa pelajar tersebut telah datang semula ke sekolah dan menemui guru besar pada hari Isnin 28 April 2014. Apa yang mengejutkan, bapanya menuduh kami memaksa anaknya membuat pengakuan. Anaknya tidak merokok..Anaknya tidak menyakat budak perempuan,,anaknya tidak mencuri ikan di kolam. Cuma yang tak disebut anaknya membawa telefon bimbit ke asrama kerana itu jelas apabila ditunjukkan bukti adanya telefon tersebut. Katanya anaknya memancing di sungai belakang rumah dan membawa ikan tersebut ke sekolah... Allahuakbar!!! guru besar yang belum menerima laporan secara jelas tergamam dan berjanji akan menyiasat.. Jaga sekolah dipanggil sebagai saksi.. Rekod2 lama anaknya dikeluarkan..Malangnya dia tetap menuduh pihak sekolah mengada-adakan cerita dan mahukan bukti..

Menurut jaga bukan sahaja ikan yang diambil dan dibakar malah kura-kura di dalam kolam juga menjadi mangsa..beliau mahu menunjukkan tempat dimana masih ada cengkerang kura-kura tersebut ditinggalkan tetapi penjaga tidak mahu dan tetap mengatakan ikan dibawa dari rumah.

Guru besar tidak mahu memanjangkan cerita dan berjanji akan menyiasat..
Jika ikut logik: tidak mungkin bapa menyuruh anaknya membawa ikan mentah ke asrama untuk di bakar setakat 2 ekor..lebih baik membekalkan ikan yang telah siap dimasak. kejadian pula berlaku pada waktu malam bukan pada hari Ahad atau Isnin.. berlaku pada malam Khamis . bagaimana ikan yang dibawa boleh tahan sampai malam Khamis????

rekod2 lama murid tersebut selain merokok, membawa mesen membuat tatu buatan tangan ke asrama. meminum arak di siling asrama.. Jika ikut jumlah merit memang layak murid ini dibuang asrama terlebih awal lagi... malang jika mempunyai pentadbir yang tidak bertegas. Apa yang saya diberi tahu untuk mengelakkan bapa murid ini mengamuk sakan menyalahkan guru, guru besar mengakui mengatakan murid ini adalah murid yang baik...So???? kami para guru disiplinlah yang tak baik????..Apa jadi jika kami langsung membiarkan pelajar ini???? setuju??? dan berapa ramai pula pelajar lain yang menjadi pengikutnya pada masa akan datang???? SEDIH kerana menjaga NAMA sendiri kami yang menjadi mangsa tanpa pembela...  MAKA bersoraklah penjaga tadi kerana telah berjaya mempertikaikan kerja kami, berjaya mengugut kami.....

Jumaat, 20 April 2012

macam2

dulu pernah aku bercerita tentang kerenah para pelangganku... kali ni nak cerita sikit lagi pasal tu... sajalahkan...nak gelakpun ada...serba salahpun ada...

pernah dulu sorang kawan ni menempah kek hari jadi anaknya... apa dia kata: "akak, saya nak kek yang 'keras x keras, lembut x lembut' hahaha gone gayenyer tu ek??? garu kepala yang x gatal jugalah aku hari tu...balik rumah kena pulak fikir,,gone nak buat ni...tapi alhamdulillah...setelah dibuat hasilnya memuaskan hati beliau...dan sampai sekarang beliau menjadi pelanggan tetapku,,walaupun beliau kini telah sama-sama pergi ke kelas belajar buat kek...tapi kata-kata itu sentiasa mengiringi tempahannya hingga kini.

kawan yang sorang ni lain pulak ceritanya..diapun pelanggan tetap jugaklah kiranya... tapi yang kelakarnya suatu hari dia menempah kek berserta pesanan: 'kak ana, saya nak tempah kek pelangi untuk esok...saya nak telor lebih ya!' hahaha...ingat makan nasi bungkus ke??? boleh minta lauk lebih!! ish, ish, ish.... masak kek bukan macam masak lauk dik oiii...setiap resepi ada sukatannya ...kalau x ikut sukatan yang betul, jangan harap nak dapat yang terbaik... boleh jugalah bagi yang dah pakar kan?? tapi risikonya 2 je... menjadi atau buang ke tong sampah!!! kalau belum pakar jangan cuba2lah...

lagi sorang ni lagi buat aku xtentu arah... datang order pukul 6.40,,nak ambil pukul 8.00..kek apa2 x kesah, tapi nak deco... huhu... cik abang,,, tengok ni...lebih kurang masa yang diambil untuk buat kek yang paling mudah : sukat dan sediakan bahan ambil masa 10 minit,, membancuh dan mengadun 15 - 20 minit.. membakar antara 45 - 50 minit paling kurang..nak sejukkan lagi... mana boleh keluar oven terus deco,,cairlah krimnya cik abang oiii...nak sejukkan paling kurang 15 minit bawah kipas ...pas tu nak bagi sedap dan cantik nak buat dalam 2 or 3 layer kena pula potong, sapu krim dan taruk  filling 10 minit lagi...pastu baru deco..paling simple deco 10 minitlah...tupun kalau krim dah ada,,kalau tak,, nak sukat dan nak putar krim lagi...mau 10 ke 20 minit tu.....paling leceh ayak mengayak tepung atau gula...nak jadi krim yang cantik mau 3 kali ayak gula isingnya...ha kiralah sendiri masanya...lainlah kedai kek atau bakery yang memang dah standby kek...tinggal deco aja,,,xpun ada yang dah sedia deco tinggal pilih je... I xde kedai bang!!! 

hehe tulah critenyer.... macam2kan???

Selasa, 3 Januari 2012

husband, love your wife!!!

Love her … when she sips on your coffee or tea.  She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her… when she "pushes" you to pray.  She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her… when she asks you to play with the kids.  She did not "make" them on her own.
...
Love her... when she is jealous.  Out of all the men she can have, she chose you
Love her… when she has annoying little habits that drives you nuts.  You have them too.
Love her… when her cooking is bad.  She tries.
Love her… when she looks dishevelled in the morning.  She always grooms herself up again.
Love her… when she asks to help with the kids homework.  She only wants you to be part of the home.
Love her... when she asks if she looks fat.  Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her… when she looks beautiful.  She's yours so appreciate her.
Love her... when she spends hours to get ready.  She only wants to look her best for you.
Love her… when she buys you gifts you don't like.  Smile and tell her it's what you've always wanted.
Love her… when she has developed a bad habit.  You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her…when she cries for absolutely nothing.  Don't ask, tell her its going to be okay
Love her… when she suffers from PMS.  Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her… when whatever you do is not pleasing.  It happens and will pass
Love her… when she stains your clothes.  You needed a new shirt anyway
Love her… when she tells you how to drive.  She only wants you to be safe.
Love her… when she argues.  She only wants to make things right for both
Love her… she is yours.  You don't need any other special reason!!!!

(ehsan: iloveALLAH)

Ahad, 9 Oktober 2011

patut2lah kan....

Tertarik 'mendengar' satu program di astro oasis..mendengar??? bukan menonton??? ya, lebih banyak mendengar dan sesekali mengangkat muka menonton. sebab??? mata, tangan dan otak ditumpukan kpd kerja2 SYMT yg masih belum selesai.hehe..x ingat nama program...sbb x tumpulah pada awalnya...

Temubual atau lebih tepat bual bicara antara Prof Dr Muhaya dengan YB Tan Sri Rafidah Aziz.. Fokus tentang pendidikan anak2 antara dulu dan sekarang..

YB TanSri menceritakan kaedah pendidikan ibu dan ayah beliau dan cara beliau sendiri mendidik anak-anak...Intipati yang boleh aku serap drp rancangan tersebut ialah peranan ibu bapa amat penting...diulangi SANGAT PENTING...semasa beliau sedang belajar, ibubapa beliau sentiasa menemani dan menanyakan keperluan...ini memberikan semangat dan motivasi kepada beliau walaupun ketika itu keluarga dalam kekurangan... manakala cara beliau sendiri pula,, tidak memanjakan anak-anak walaupun mampu berbuat demikian...Contohnya beliau memastikan semua anak baik lelaki maupun perempuan berdikari semenjak kecil tanpa mengharapkan bantuan orang lain...waima mengemas bilik tidur dan bilik air sendiri...dan cara penyampaian beliau amat menarik..macam cakap ngn kengkawan je....best.

And the best part is.... "pendidikan seks tidak wajar diserahkan kepada guru utk diajar secara formal...ia adalah tanggungjawab ibubapa dan dididik secara tidak formal di rumah....So???? hisssh...patut2lah kalau nak suh cikgu buat pun kan???

Sabtu, 8 Oktober 2011

apa nak jadi????

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Source: Harian Metro
 
apa yang kurang dia ni???? kurang ajar? kurang ilmu? kurang agama??? kurang akal??? atau kesemuanya sekali??? 
 
akal letak kat kepala lutut....inike lelaki yang ada 9 akal????
 
hissssss.... lelaki camgini patut dibenarkan kawin lain...tapi masalahnya lelaki camgini rasanya hanya mampu dari sudut nafsunye je,tapi dari sudut lain...hampehhhh ni..
 
bawa2 bertaubat dan kembali kepada agama....kerana agama Islam sahaja yang ada penyelesaian untuk setiap masalah...antaranya yang paling asas selain hikmah2 lainnya: solat: menghindarkan kita menghampiri dosa, alquran: menenangkan hati , puasa: dapat mengekang nafsu....so, apa lagi???

Sabtu, 9 Julai 2011

kes-kes yang menyusahkan orang.. Kes 1

Adalah satu lembaga ni..bangga sgtlah dpt anugerah inovasi perdana menteri..kononnn...tapi buat kerja menyusahkan orang.... ingat semua org duk bandar yang segala macam ada kemudahan apa???? camane org yg dihantar bertugas kt tempat jin bertendang ni??? nak dapat internetpun tenat!!!

Mula2 semua urusan mesti guna online.. maka beraraklah mereka2 yg duk kt tempat jin bertendang ni ke bandar nk g siber cafe... harap suratpun sebulan sekali baru sampai. Nipun satu hal... macam hantar surat naik basikal... yang lg haru, surat x hntr rumah tapi hntar kedai.... oh, memang makan gaji tak cukup berkatlah tu....mati x hengat...


Maka buat jugalah urusan online tu.. dah guna online, camane nk hntar segala bukti... tup2 3 bulan lepas tu dapat surat, kata apa yg kita bagi x diterima kerana x disertakan dngn bukti.. lengkap ngn taksiran dia sendiri pulak... tu xpelah lagi.. masalahnya hntar melalui surat,, tadi dh kata, surat lambat sampai, apabila surat sampai, tempoh rayuan dh hampir tamat... suh bayar dulu... heh..yg geramnya tiap2 bulan pandai potong gaji org tnpa kebenaran, bila hantar surat taksir,, x ambik kira pulak yg dah potong bulan2 tu... nk kira kemudian pulak.... macamanapun suh juga bayar dulu... aduiiii... kalau dah payah sgt ambil kira,, janganlah potong2 dulu... kan menyusahkan ,, bukan menyenangkan.... berapa banyak nak bayar niiii????? buat kerja 2,3 kali... x sistematik langsung.... macam kita berhutang ngn along pulak kiranya... ssssuuuussssaaaaahhhhh betul kerja ngn org niiiiiiii

Ahad, 26 Jun 2011

beginikah sudahnya????buat baik tanpa mengharapkan balasan...part 3

                  (10 tahun dulu )  ada seorang sahabat,, selalu minta nasihat dan pertolonganku... yalah akukan senior... memang kami akrab pada awalnya..pernah meminjam 6 unit koleksi peribadiku.. kali pertama pinjam,,, dipulangkan... kali kedua senyap begitu sahaja... selambe jek dia.... sedangkan aku pernah katakan aku amat sayangkan koleksiku itu... Nak buat macamana,, walau apapun xkan aku nak putus sahabat kerana harta dunia....

                   Kami sama-sama menduduki peperiksaan.. apabila mendapat keputusan,, aku lulus cemerlang... alhamdulillah.. mengingati sahabat, aku menelefonnya bertanya khabar,,, tidak berjawab. aku hantar pula msg dua kali,, juga x berbalas....Ahhh...mungkin salah aku,,,sebok tanya hal orang..mentang2 aku lulus cemerlang...yalah.. kalau dia x cemerlangpun,,bukan aku nak mengejeknyapun...cuma aku rasa sangat teruja nak berkongsi cerita.... Selama nipun suka duka selalu juga diadukan kepadaku.... siapa sangka semenjak hari itu hubungan kami terputus.... aku tidak lagi menemuinya apalagi mendengar berita drp mulutnya... hanya mendengar cerita melalui kawan2 lain yg mengenali...sementelah pula aku berpindah ke tempat kerja baru. Mula2 berpindah dulu, kami masih lagi berhubung , dia masih juga meminta pandangan dan nasihat drpku..sampaikan dia pernah berkata menganggap aku seperti emaknya....huhu...beza umur kami hanya 9 tahun... mana mungkin aku bersalinkan dia dalam usiaku 9 tahun... hahaha...geliiiii.... tapi aku terima jek, x marahpunnnnn....hehe..
                 Tiba2 pada suatu hari setelah 5 tahun hubungan kami terputus,, aku mendapat missedcal  drpnya.. teruja aku..mungkinkah persahabatan kami terjalin kembali???? tanpa membuang masa aku menghubunginya semula.. Rupa2nya dia mahukan pertolonganku...ermmm. hati berbelah bagi...akhirnya aku setuju walaupun berat rasa dihati memenuhi permintaannya. yalah hutang yang dulupun belum langsai lagi....
Dua hari sebelum hari yang dijanjikan untuk menemuinya, aku tiba2 diserang demam dan batuk2 yang teruk.. aku hntr msg memberitahu hal yang sebenar...dan memberitahunya aku x dapat menolongnya pada hari itu....... msg yang dikirim x berbalas.... haaa,, dia buat lagi.... 
xpelah,, dia diam,, aku diam.. memang aku x larat betul... dia merajuk ke???
hinggalah pada suatu hari, seorang sahabat memberitahu, dia kecil hati denganku kerana xmahu menolongnya... haaa....  Eh, bukanke selama ini aku dh banyak menolongnya???? sampai hutang lamapun aku sanggup halalkan... ada dia minta maaf x dpt bayar hutang??? xde,,,memang dia buat mcm xde apa2pun...
sekali aku xdpt tolong,,cam itu dijajanya cerita aku.... aduiiii dunia,dunia....

buat baik tanpa mengharapkan balasan.....part 2

seorang lagi rakan sekerjaku...seorang yang sebok,,selalu ke sana kemari.. kalau dia sebok, selalunya aku mengambil peranan menghantar anaknya balik ke rumah yang terletak lebih kurang 3km dari tmpat kerja kami..Aku menghantarnya dahulu, kemudian berpatah balik ke rumahku.. aku tak pernah lupa tugas rutin tu...walaupun tanpa disuruh...Mana tidaknya,, kalau ibunya xde,, waktu pulang, memang dia dah menunggu di tepi keretaku....sungguh ikhlas tanpa bayaran...

Tapi ikhlaskah lagi...apabila pada suatu hari sekali lagi, keretaku meragam...kali ini aku memang x minta tolong kepada sesiapa...kami 4 beranak berjalan kaki di bawah panas terik.... xde payung.. yalah mana nak tahu, hari ni kereta beragam lagi waktu nak pulang.... Tiba2 hon kereta nyaring berbunyi disebelahku....apa katanya..."xpayah hantarlah yek,,, dekat je tu"... aku senyum jek... kali ni terguris juga tapi x separah dulu...kerana aku dah bersedia menerimanya..... anda bagaimana????

buat baik tanpa mengharapkan balasan.....part 1

Semua orang boleh bercakap, jika berbuat baik janganlh mengharapkan balasan.... Memangpun, akupun sama.. rasanya xsedarpun bila masa tolong orang, dan masa tolong tu langsung x mengharapkan apa2.. betul2 ikhlas atas rasa tanggungjawab atau atas rasa kasih sayang dalam ikatan persahabatan... Tapi macamana jika anda melalui situasi ini???

Rumahku terletak lebih kurang 500 meter dr tempat kerjaku. Tapi letihlah juga kalau nak jalan kaki ke tempat kerja dengan membawa pelbagai benda, beglah, buku2lah, handbaglah, hehe...lebih2 lagi rumahku terletak atas bukit. kena mendakilah pulak...sebelum tu kena melalui jalan besar dan jambatan...biasanya aku dan 3 orang anakku naik kereta ke tempat kerjaku dan sekolah anak-anakku... Waktu my hubby belum dapat bertukar ke tempat kerja yang lebih dekat... Kami ambil keputusan membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaannya... Kereta baru dia guna, maklumlah berulang jauh.. kalau bawa kereta buruk kami, apa2 berlaku di jalanan susah juga... aku xpe, dekat je...

Ada seorang sahabat ni selalu juga minta tolong aku hantarkan dia balik ke rumah kalau kenderaanya rosak atau kalau nak kemana-mana.. Aku x kesah sangat.. Rumahnya pula lebih kurang 7km dari sekolah..Selalu juga dia minta aku hantarkannya ke bandar utk membeli keperluan. Kalau xde kerja dan mendapat keizinan hubby, aku temankan aja..Kalau dia terdengar aku nak ke bandarpun, selalunya dia nak ikut, dan macam2 lagilah yang termampu aku tolong (xmungkin semuanya dapat disebutkn di sini )..Masa tu betul2 aku niat nak tolong...Demi Allah xde langsung terlintas dalam hati mengharapkan apa2 balasan drpnya...

Sehinggalah pada suatu hari, keretaku meragam.. Petang aku ada kerja tambahan, anak-anak ada kelas fardhu ain.. aku perlu balik segera untuk persiapan anak-anak ke sekolah sebelah petang.. yalah nak masak lagi.. nanti lapar pulak anak2ku x makan...

Memang aku boleh berjalan kaki 4 beranak.. yalah bukan jauh sangatkan.. Tapi memandangkan panas terik, anak2pun nampak letih, dengan beg yang berat lagi.. aku x sampai hati...Buat pertama kali aku minta tolong kawanku tadi. Belum habis aku nyatakan pertolongan yang macamana yang aku harapkan, dia terus menjawab...Dan jawapan yang aku terima amat mengguris hatiku...

"Macamana kawan nak nganto aok??? xmuat naik 4 orang... xkan nak 'berangkut' pulok"  merujuk pada motorsikalnya... Aku tahulah x muat naik 4 orang... tapi kalau betul nak tolong, apa salahnya 'berangkut'..paling tidakpun 2 kali je...Sebab aku nak pinjam motor dia jek.. biar aku yang angkut anak2ku.. kalau dia hantarpun trip yang ke-3 tu jek.. Aku nak pinjampun bukan percuma, aku bayarlah duit minyaknya...

Tapi gitulah..kuatkan semangat, kami berjalan kaki jek...masa nilh aku terkenangkan segala yang telah aku lakukan untuknya.. sungguh bukan niat utk mengungkit,, tetapi tergurisnya hati ini membuatkan segalanya terimbau kembali... dan saat ini aku mengaku,,,bahawa hatiku belum cukup baik apabila segala kebaikan yang aku lakukan selama ini aku kenangkan kembali setelah ianya di balas sebegitu rupa, ya jika anda tidak terguris,,memang benarlah anda seorang yang cukup baik. Tapi yalah bekerja dalam satu tempat, tidak memungkinkan aku  melupakan dia sebagai seorang rakan... aku buat macam biasa... dan ini aku mengaku, dalam bab ini pula, aku masih lagi seorang yang baik kerana aku 'bukan pendendam'  , memaafkannya dalam diam (walaupun dia xpernah minta maaf....yalah orang x bersalahkan) dan masih mampu beramah mesra dengannya...


Jumaat, 11 Februari 2011

1st Entry

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...ini adalah n3 pertama aku di blog
baru ini...Segalanya di sini...segala pengalaman
suka duka..di sini juga perkongsian hobiku akan
kuabadikan...