Heartbeat

Khamis, 20 Oktober 2011

macam x caya....aku juga BERANI!!!!

Pada 7 April 2011 - menerima satu tempahan kek drp sepupuku Eda untuk anak saudaranya Thaqif @ Pian Junior ... tengah membakar, tiba2, aku dapati lampu oven tu terpadam...xpelah, maybe lampu je yang rosak.. tunggu beberapa minit, rupa2nya bahang panas makin berkurang, so tahulah aku oven aku mula meragam...senang cerita - rosak kot... tapi apahal pulak dengan tempahan ni... Aduiiii, telefon Eda bgtau oven rosak..tgklah kalau boleh dibaiki...Kesiannya Thaqif, ptg ni nk sambut birthday dia...sempat x ibu beli yang lain....sedih je suara ibu dia menjawab telefon...

Yang kat dlm oven ni pulak, xkan nak buang aje...nak x nak aku kena cari jalan camana nak buat, manalah tahu kot2 boleh diselamatkan....Kebetulan masa tu tengah merajuk ngn hubby..hehe...langsung aku x bgtau dia.....

Aku cuba tengok plug dan soket...Oooo ,,, baru aku tahu, ni mesti fius terbakar sbb ada kesan hitam pada plug...hurmmm dah tau punca,,, mana nak cari alat ganti...aduiiii, kalau lambat plak karang ada peluang kek aku x naik gebu...pandang kiri, pandang kanan, aku nampaklah satu 'extension'...hehe...habislah ko jadi mangsa...

Tanpa membuang masa, aku buka potong kepala plug yang rosak tu...buka pulak plug pada extension tu...masa tu hafallah, wayar ni sambung mana, wayar tu sambung mana. Lepas tu bermulalah aktiviti menyambung wayar drp plug yg rosak kpd kepala plug yg baru...hehe....ce acu cuba try tengok.....buka suiz.... YESSSSS,,, aku berjaya....hehehe...Dan yang lebih best, kek aku x pulak meragam walau dah separuh jalan...elok je naiknya..Rezeki akulah tuuuu . Telefon semula kat Eda kot2 dia nak lagi...Alhamdulillah katanya....memang dia x merancang nak beli lain,,, maklum jelah kedai terdekat kat Kuantan...Nunnnn lebih kurang 60KM dr sini.... Jom tengok hasil kek tu..hehe,,, nak cepatkan...so deco simple jelah buat si 'awok' Thaqif....

Dan yang penting: koi boleh buat sendiri....hihihi

3 ulasan:

myxa berkata...

comelnye kek ni... :)

Cik SHiNJU berkata...

Dah terdesok,ape pon boleh..
Bukan Thaqif yg makan pun..
Ibu dia yg lebihnye..tgk badan dah tau...

Robinda05 berkata...

Poh jadi minoh gyver dia yak....