Setahun merancang dan berangan nak bercuti di Sabah bersama keluarga.
Kata sepakat diambil dan telah ditetapkan tarikhnya iaitu pada 1 hingga
4 Desember 2011 ini. 2 minggu sebelum bertolak, aku menerima surat dr
JPN mengarahkan aku menghadiri kursus di Kuala Terengganu bermula 30/11
hingga 3/12..sedangkan 30/11 aku harus bertolak ke Sepang menginap di
rumah adikku kerana pagi 1/12 kami kena berlepas ke KK seawal jam 7.00
pagi. Serbasalah betul... apataknya segala tiket pergi balik sekeluarga
telah ditempah..penginapan di sana juga telah diberi deposit.. malah
kenderaan untuk digunakan di sana juga telah dicari pengusahanya..cuma
belum di'confirm'kan aje lagi...
Aku mengambil
keputusan untuk menelefon pegawai di JPN untuk dibenarkan menghantar
pengganti..mulanya tidak dibenarkan tetapi setelah aku merayu aku
dibenarkan menghantar pengganti dengan syarat disertakan surat tunjuk
sebab terlebih dahulu...aku akur dengan syarat tersebut dan mula mencari
pengganti...mujurlah Penyelaras Menengah sekolahku memahami dan
bersedia untuk menggantikan tempatku...Alhamdulillah...terima kasih
dik...hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budimu...
Minggu pertama bercuti,, aku bertugas di
sekolah..seboleh2nya aku mahu menyelesaikan banyak kerja sebelum aku
bercuti..
25/11..mertuaku diserang semput lalu di bawa
ke klinik Padang Rumbia... setelah mendapatkan rawatan, dia sihat
kembali...alhamdulillah..
28/11 8.00 malam, sekali lagi
mertuaku diserang semput..tapi suamiku telah membelikannya alat
pernafasan khas untuk pesakit lelah...setelah beberapa ketika,mertuaku
kelihatan lega dan dah boleh bercakap dan tersenyum.malah dah boleh
berjalan. namun kami bercadang untuk membawanya ke hospital untuk
membuat pemeriksaan lanjut. Suami dan kakak iparku, juga bapa mertuaku
telah membawanya ke HTAA... Entah pukul berapa suamiku balik, aku x
sedar...sedar2 jam 3.00 pagi, suamiku dan berdengkur di sebelah...
sebaliknya aku pula yang x dapat tidur selagi x mengetahui keadaan
mertuaku.. untuk mengejutkannya bertanya keadaan, timbul pula rasa
kesian...
29/11 pagi2 aku dah bertanya suami keadaan
mertuaku... katanya semalam lewat balik sebab buat pemeriksaan
menyeluruh atas kesihatan mertuaku.. katanya semuanya ok kecuali
penyakit lelahnya aja yang dikesan.. mertuaku dah kembali sihat...malah
dah sempat singgah kedai makan dalam perjalanan pulang...
alhamdulillah..
Selepas beberapa ketika, suamiku menjenguknya di
rumah... setelah pulang, dia mengadu yang mertuaku nampak macam diserang
semput lagi tetapi x terlalu serius... Aku menyatakan kebimbangan
dengan kesihatannya yang tidak menentu sedangkan esoknya kami akan
bertolak ke Sepang.. Suamiku yang dah biasa dengan keadaan ibunya,,
tetap juga menyuruh kami bersiap kerana katanya mak memang biasa macam
tu.. apabila dah kena ubatnya dia akan sihat seperti biasa... Memang
akupun nampak macam tu..malah dia dah mula membuat kerja2 dapur sebaik
sahaja sihat..
Namun aku masih x sedap hati dan masih
malas nak berkemas.. selepas zohor, aku ke rumahnya untuk melawat... aku
nampak dia sedang berehat di kerusi.. aku mencadangkan dia mencuba ubat
resdung yang diberikan oleh adikku iaitu serbuk herba yang perlu
diletakkan ke dalam air panas dan diwapkan ke muka..
suami dan
iparku bersetuju dengan cadanganku... setelah mencubanya, kelihatan
mertuaku semakin lega...dan sihat kembali... aku pulang ke rumah sebab
mertuaku dah sihat dan nak sembahyang katanya... manakala suamiku dan
anak sulongku bertolak ke Matriks Gambang untuk menghantar buku si angah
yang tertinggal di rumah...
namun x berapa lama selepas itu, aku
dipanggil oleh anak saudara suamiku yang tinggal bersama mertuaku
mengatakan toknya diserang lelah semula.. Cepat2 aku menelefon suamiku
menyuruhnya berpatah balik... Sementara itu, aku cuba untuk memasang alat
pernafasan yang dibeli oleh suami namun di tegah oleh kakak iparku..sebaliknya aku disuruhnya menelefon adik beradiknya dan sepupunya yang tinggal berdekatan...
Sampai
di rumah, suamiku memarahi kami kerana tidak menggunakan alat tersebut
untuk ibunya... Kami sepakat untuk membawa mertuaku ke klinik Padang
Rumbia untuk mendapatkan rawatan...along & suamiku membawa mertuaku
dengan satu kereta, manakala aku menyusul kemudian bersama kakak
iparku...Tidak lama kemudian, menyusul pula adik iparku dan bapa mertuaku..Setelah mendapatkan rawatan, mertuaku segar kembali dan mahu
pulang ke rumah... dalam masa yang sama aku menelefon adikku yang
menguruskan percutian kami untuk membatalkan percutian tersebut
memandangkan kesihatannya yang tidak menentu... Walaupun mertuaku
berkeras nak balik ke rumah kerana x semput lagi, namun kami berpakat
juga untuk menghantarnya ke hospital dan meminta jasabaik MA klinik
tersebut untuk memberikan surat agar mertuaku dapat di rawat beberapa
hari di hospital...Akhirnya, mertuaku di bawa ke Hospital Pekan manakala
aku pulang bersama along ke rumah... menjelang malam barulah suamiku
pulang dan aku memberitahunya telah membatalkan percutian kami... apalah
gunanya kami bercuti ., kalau hati x tenteram memikirkan keadaan ibu
mertuaku...aku redho, walaupun terpaksa mengorbankan kos yang telah kami
keluarkan..(adik, janji nak ganti...)
30/11 - hari yang sepatutnya kami
bertolak ke Sepang...kami habiskan melawat mertua di hospital dr tengah
hari menjelang malam...Aku dimaklumkan mertuakan akan dibenarkan keluar
hospital 2 hari kemudian... berbaloilah kami x bercuti memandangkan agak
lama dia berada di hospital... keadaan mertuaku nampak sihat, berbual
dan bercerita...makanpun berselera..habis semangkuk bubur yang
disediakan. Malamnya kami pulang ke rumah dan bercadang untuk melawat
keesokan harinya...
1/11 - pagi yang sepatutnya kami
berlepas jam 7.00 pagi...alahai berlalu begitu sahaja... 1 jam kemudian,
kakak iparku datang ke rumah memberitahu dia nak ke hospital kerana
ibumertuaku dibenarkan pulang pagi ini... aduh!!!, dah boleh keluar
hospital dia...aku x terkata...sekejapnya kat hospital???? hehe cuma
beza 1jam masa kami patut berlepas ke KK dengan masanya keluar dari
hospital... aduiiii...
Aku melawatnya agak petang
sedikit, maklumlah dia dah sihat...sampai aje ke rumah, kakak iparku
mengadu yang mertuaku dah mula buat kerja2 dapur... Dah sihat sungguh
rupanya dia.. x nampak macam orangan baru lepas
sakit...Alhamdullillah... Namun saat yang sama aku dapat bayangkan
kalaulah kali pertama dia di bawa ke hospital, dia terus di tahan di wad.
xdelah kos yang telah kami keluarkan untuk bercuti 'burn' begitu
sahaja.hehe.
4 ulasan:
Hehehe... Biase la gitu...
- jabatan perancangan, kejuruteraan....
uishhh siap taruk nama jabatan lg yerk...
Takdok aroh la wehhhhaaiiii..
Nok goner kan,hal sakit2 pening ni bukan dlm perancangan dan pengetahuan kita...Molek dah aok te...Bulan 5 sok pulok..boleh la angah ikut time tuu..
p/s - Angah solat hajat ni koi gamok..huhu
Catat Ulasan