Heartbeat

Ahad, 29 Julai 2012

resepi biasa untuk orang biasa-biasa

hihi...ada juga yang nak resepi...alahai resepi biasa jerk... orang lainpun boleh buat...malah lebih sedap lagi..tapi xpelah...kita kongsi-kongsi ye...tak sedap jangan marah....

resepi ayam panggang percik ..stail saya



1 ekor ayam belah 4 -bersihkan lumurkan dengan garam kunyit dan halia yang ditumbuk lumat
3 mangkuk santan pekat
3 sudu cili kisar
4 sudu besar bawang merah/besar kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu jintan manis + sedikit jintan putih
1 sudu ketumbar biji
3 batang serai di hiris.
1 potong kunyit hidup
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya.

semua rempah dikisar bersama serai, kunyit dan sedikit santan.
masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak hingga pekat.
sementara itu panggang ayam dengan api sederhana..
percikkan dengan kuah yang telah pekat tadi.
balik-balikkan ayam sehingga masak.. 


Terung Mini Goreng Berlada

10 - 15 biji terung bulat mini dibelah 4 
segenggam bilis
1 biji cili api + 2 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji telur...dikacau
garam secukupnya
sedikit minyak

tumbuk cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih dan bilis...pecah-pecahkan sahaja...x perlu lumat..
panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi..
apabila agak garing, masukkan terung dan sedikit air ( untuk lembutkan terung)...dan garam
apabila  agak kering masukkan telur 
kalau shingga  sebati dan kering sedikit... sedia untuk dihidangkan


Roti Gulung Sardin & Sosej



8 keping roti digelek nipis
3 ekor sardin dihancurkan
1 sudu teh perahan limau nipis/kasturi
1/2 labu bawang  besar potong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili merah dicincang
2 biji telur dikacau
2 batang sosej digoreng, dipotong 2 dan dihiris memanjang ( jika suka )
1 inci lobak merah diracik halus memanjang
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris
garam, lada sulah dan serbuk roti ( bread crumb) secukupnya
minyak untuk menggoreng dan menumis

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah dengan sedikit minyak hingga naik bau.
masukkan sardin,
masukkan garam, lada sulah dan perahan limau..sebatikan
masukkan lobak merah, daun bawang dan daun sup..tutup api
ambil sekeping roti, susun sosej di atasnya..
letakkan inti sardin  dan susun lagi sosej di atasnya
gulung roti..rapikan dan gamkan dengan sedikit telur..
ulangi hingga semua roti habis
panaskan minyak
celup keseluruhan roti ke dalam telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
goreng roti hingga kekuningan..
makan dengan sos cili
 


 




Tiada ulasan: