Heartbeat

Selasa, 14 Ogos 2012

Ramadhan ke-24

Salam Ramadhan..
Hari ni dahpun masuk Ramadhan ke-24..Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut 1 Syawal..InsyaALLAH..jika masih diberi kesempatan. Kesibukan membataskan diri membuat persediaan,, cukup ala kadar sahaja..

Yang penting pengisiannya, pengertian yang mendalam dalam diri meraikan kemenangan melawan hawa nafsu..semoga Ramadhan kali ini lebih 'bermakna' drp tahun-tahun sudah...
Ramadhan dan Syawal kali ini merupakan tahun yang ke-6 kami menyambutnya tanpa ayahanda yang tercinta.Semoga rohnya damai di alam sana dan ditempatkan bersama mereka yang soleh...

Hari yang ke-24 ini, menunya agak simple iaitu nasi putih, ayam goreng berempah, sardin goreng pedas, hati lembu goreng + kacang panjang dan jejari ikan rangup...aduhlah semua goreng2...alah bantai jelah.. ayam & sardin atas permintaan 'Si Muntat' lah.. Bukannya mau makan sayur...sardin & ayam tulah kegemarannya... Layan jelah... x lama lagi dah nak merantau jauh..entah bila pulak boleh melayan makan minumnya lagi..hari ni pun jejari ikan tupun macam dia sorang je yang mengadapnya... huhu...manisannya puding kiwi

jomlah tengok gambar...


Tiada ulasan: