Dah tiga hari, pinggangku yang sakit masih lagi sengal-sengal... Namun gagahkan diri mengemas rumah...membasuh, mencuci,mengelap, menyapu, mengemop dan membersih longkang.. ironinya tiba-tiba kulihat dari kejauhan 'teman serumahku' sedang menyapu anjung hadapan rumah di belakang rumahku... huhu..
Namun tidak terdetikpun perasaan cemburu apatah lagi marah... malah jauh di sudut hati terselit rasa bangga.. yalah...tanggungjawab isteri berbakti kepada suaminya,,dan tanggungjawab suami berbakti kepada orang tuanya selagi mereka masih hidup...Syukur alhamdulillah...semoga menjadi contoh kepada anak-anak kami... dan aku berdoa semoga suamiku mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah SWT atas kebaktiannya terhadap orang tuanya...dan aku juga berdoa agar diriku dan anak-anak juga mendapat rahmat Allah dan dilimpahi kebahagiaan kerana terpilih hidup bersamanya.. amiinn..
Tapi.....
1 jam kemudian,
Hati tiba-tiba menjadi sedih dan sayu...apabila melihat.......
ruang yang talah kukemas telah bersepah-sepah dengan helaian-helaian kertas latihan anak-anak muridnya...
baju yang tadi dipakainya tersangkut di sofa....
kain baju yang di dalam bakul kerana xsempat kulipat terpunggah keluar .....dan berlonggok di atas karpet...
kain baju dalam bakul yang dah berlipat tapi belum sempat disimpan dalam almari pun juga terpunggah keluar dan berlonggok sama di atas karpet.... aduhlah...nak kena lipat semula satu kerja pulak....
kain baju dalam bakul yang dah berlipat tapi belum sempat disimpan dalam almari pun juga terpunggah keluar dan berlonggok sama di atas karpet.... aduhlah...nak kena lipat semula satu kerja pulak....
2,3 pasang selipar dan kasut yang telah kususun diraknya...bersepah-sepah di hadapan tangga....
Aduhai sabar ajalah Anna...... dalam sedih dan sayu tetap mengucap syukur..Alhamdulillah... bukankah itu dugaan Allah untukku... dan dia adalah sebahagian daripada apa yang telah Allah takdirkan dalam hidupku... mengapa aku perlu merungut perkara yang sedikit sedangkan masih terlalu banyak kebaikan yang dilakukannya untukku , anak-anak malah kepada kedua ibubapaku dan adik-adikku.... Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan