Heartbeat

Khamis, 5 Mei 2011

Jangan kedekut keluar budget nk tambah ilmu. Pergilah berguru...

Setelah ramai kenalan, ahli keluarga dan sahabat handai mula meminta khidmatku,, aku rasa, aku perlu tambahkan ilmu dan koleksi resepi2 terbaru. Atas pujukan dan saranan seorang sahabat, aku mula mendaftar diri di Kelas Masakan Lin.. Inilah sifu keduaku secara formal.( Semoga ALLAH memberikan rahmat dan memberkati segala usaha sifu Lin dan mendapat pahala yang berpanjangn dengan ilmu-ilmu yg telah dimanfaatkan). Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat aku timba drp sifu Lin..Tapi selalunya aku hanya dapat meluangkan masa pada hari Ahad. Itupun jika jadualnya kena dgn silibus yg aku inginkan.. Selalunya hari Sabtu, aku sebok dgn program2 sekolah...itulah nak buat macamana..dh kerja kan... Selalu juga aku pelawa rakan-rakan lain mengikut, tapi itulah ,, mungkin x kena dgn masa masing-masing..Aku juga tidak pernah berkira jika ada rakan-rakan yg minta resepi.. bagi jek... Tapi sesuatu yg agak menyayat hati akhirnya berlaku juga...Pernah terdengar perbualan rakan-rakan mengatakan aku tidak ikhlas memberikan resepi,, sebab apabila mereka buat x menjadi.. sedih juga hatiku mendengarnya... Aku terangkan kepada mereka,,eloknya kalau nak belajar pergilah berguru kerana kita boleh belajar dan melihat sendiri guru kita mengajar, bagaimana adunannya dsbnya. Aku ceritakan kepada mereka pengalaman aku sendiri membancuh kek berpandukan cara pada kotak. Apabila buat x jadi,, aku salahkan penjual.. tapi apabila berguru, aku dapat lihat sendiri, teknik, teksture adunan dan sebagainya. dan apabila pulang aku praktikkan teknik yang dipelajari menggunakan resepi dan adunan yg sama drp kotak jenama yang sama..Alhamdulillah menjadi. Kesimpulannya,, dengan hanya mendengar penerangan tanpa melihat atau melalui bacaan kita mungkin faham, tetapi dengan melihat dan belajar dengan panduan guru insyaALLAH  hasilnya terbaik. Serik sebenarnya nk berikan resepi,, tapi mereka tidak pula serik nk meminta ... aduhai,, layan je lah....

4 ulasan:

ROBINDA05 berkata...

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA....

kelas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Linn & Izad berkata...

DENGAN CORETAN YG IKHLAS DARI KAK ANNA, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA KAK ANNA & DIMURAHKAN REZEKI KAK ANNA HINGGA MENEMUI JALAN KEJAYAAN..

Anna Daud berkata...

amin..terima kasih kerana menyuntik semangat..