Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Sri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kita semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, Membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN...
Percaya atau tidak sudah 26 tahun aku menyanyikan lagu ini bersama guru-guru lain seluruh negara pada tanggal 16 Mei setiap tahun... Dan selama itu jugalah nyanyian itu kuiringi dengan rasa sebak dan mampu menitiskan air mata... entah mengapa... mungkin kerana ia sudah lama sebati dalam diri... atau mungkin masih ada sesuatu yg belum mampu kulunaskan sepenuhnya selagi seluruh tenaga dan jiwa ini masih bergelar pendidik..Sungguh... saban waktu cabarannya bertambah seiring dengan peri pesatnya kemajuan dan perit getir kehidupan masa kini.. Andai hanya seorang yang ku didik dari dulu hingga kini,, aku percaya,, segalanya begitu mudah dan janji itu sudah lama mampu ku tunaikan... namun mereka yg kudidik silih berganti..generasi demi generasi.. mana ada yg serupa... semuanya berbeza dan memerlukan kaedah menangani yg berbeza...Namun selagi ada daya ,, janji itu akan tetap cuba kutunaikan...'Biarku menjadi lilin....
Masih segar dalam ingatan, minggu orieantasi di Maktab Perguruan Kuantan sesi 1982. Hari pertama mendaftar, aku bersama rakan seramai 13 orang telah ditempatkan di sebuah rumah sewa di belakang maktab. Rumah sewa kami merupakan tingkat atas sebuah rumah kedai yang mengandungi 4 bilik yang sederhana luas. 2-3 hari pertama rumah kami tiada bekalan air dan lekrik. Bayangkan. Lantai rumah yang kotor dan berdebu, kami alaskan dengan surat kabar lama sebagai alas tidur, mandi sekali sehari, itupun pada waktu subuh dengan mencuri-curi mandi di tandas maktab. ( Hari kedua baru kami berkongsi membeli tikar jerami dan ada yang membeli tilam bujang nipis) Malam pertama kami diminta menghafal lagu keramat ini kerana kami dikehendaki menyanyikannya pada keesokan harinya. Berbekalkan 2,3 batang lilin , kami meniarap di atas surat kabar lama menghafal lirik ini hingga kami terlena...Dan esoknya tanpa mempedulikan kesengsaraan kami pada malam sebelumnya , kami menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat, bergema, bersatu mengalun lantang memenuhi ruang langit bandar Kuantan waktu itu. Kami disemaikan semangat jati seorang guru, dan ianya kekal hingga kini.... Benarlah kepayahan itu rupanya yang paling manis utk dikenang....
catatan ini ingin kudedikasikan buat teman-teman serumah : Kak Shamzainah, (Gombak), Kak Noraini ( Perak), Kak Ros ( Rashidah Zambri - Kedah), Kak Noriah Mustafa ( Terengganu) Kak Ainul Jamil ( Pekan, Phg), Kak Asna ( Kajang), Kak Qanaah ( Kg Si Rusa Port Dickson, NS ), Kak Norhayati ( Temerloh ) Kak Wan Azizah ( WAWAS - Sg Ular , Kuantan, ), Kak Fatimah ( Terengganu ) , Mariam Arshad ( Masai, Johor ) dan seorang kakak - maaf dah x ingat nama kerana bertukar maktab ) Walau di mana kalian berada sekarang ini, memori itu tersemadi dan kejab di dasar hati... itulah kenangan, itulah pengalaman...segalanya masih tersimpan...intailah daku di sini andai aku masih di hati, doaku semoga apa yg kita beri memberi manfaat utk menerangi mereka di dunia dan kita di alam sana ... amiiinnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan