Kami mempunyai seorang bapa saudara sepupu iaitu sepupu arwah ayah..Kami panggil dia Ayah Amat.juga sudah arwah sekarang ( Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas kedua-duanya ) Setelah kematian isteri, Ayah Amat tinggal seorang diri. Sesekali anak-anak dan cucu pulang ke rumahnya dan sesekali juga dia akan ke rumah mereka pula. Suatu hari, Ayah Amat nk pergi ke rumah anaknya dengan menumpang kereta ayah kami. Semasa menunggu ayah bersiap, Ayah Amat siap berpesan kepadaku: " Na, kang ( karang ) bawa adik-adik kait buah jambu..tengah masak tu.. Ayah Amat nk ke Paloh Hinai 2,3 hari ni, kalau x kang, abih, bahan dak kera..." Belumpun jauh kereta ayah bergerak meninggalkan rumah, akupun apa lagi, ambil kunci motor ayah terus je mengajak adik-adik pergi mengait buah jambu kat rumah Ayah Amat. X muat naik motor, seorang adikku mengayuh basikal ( poh palih, selok betul,, kata orang Pekan )
Isnin, 16 Mei 2011
Kami pencuri????? Oh, malunyeeeee!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
hahaha... ingat2....
Catat Ulasan