Heartbeat

Selasa, 7 Jun 2011

aku , angah & customer

             Seorang customer telah memesan sebiji kek coklat moist untuk harijadi suaminya. Beratnya lebih kurang 1 1/2 kg. Biasanya aku jual sebiji yang beratnya sekilo dalam RM25 tanpa deco cuma disiram ganache dan ditambah badam cincang. Yup, memang murah...sebab ramai kawan-kawan menjual kek yang sama dengan harga RM30.00..xpelah..untuk kawan-kawan... Tapi kali ini agak berlainan, bukan sahaja beratnya agak bertambah tetapi customer tadi mahukan sedikit decorasi dan sedikit tulisan. hahaha... semenjak angah duk kat rumah menunggu keputusan SPMnya ni, dialah pembantu setiaku. Lagipun dia adalah peminat CMCni. Dulu masa dia duk di SDAR, setiap kali aku datang melawat, CMC pesanan utamanya. dan kini dialah juga yang menjadi tukang letak harga pada kek-kek tempahan pelanggan maknya ini... Dan kali ini angah telah meletakkan harga RM30++.. xpelah..aku ikut aje...
            Petangnya customer tadi datang ke rumah untuk mengambil kek tempahannya...Lama juga kami berborak dari satu topik ke satu topik, sampailah masa untuk dia pulang dan bertanyakan harga..Entah mengapa lajuje mulutku menjawab RM20.00. Hahaha... lebih rendah drp biasa lagi tuuuuuuu...
            Pulangje customer, angah geleng kepala..." mak memang macam tu, kalau macam biasa xpe gak, ni lagi rendah. balik modal ke mak?". "xpelah angah, campur-campur sedekah jelah... lagipun kalau sedap, nanti dia order lagi.." Angah senyum sumbing, terasa aku diperli, cepat aku cari akal nak kenakan dia semula... " angah lagi teruk tau x?". "Ngapa pulak?" "hehe,,angah lagi teruk sebab bagi resepi kat orang, lepas tu, orang tu x order ngan kita dah, tapi dia pulak siap jadi pesaing kita jual benda yang sama sekarang ni...hahaha"....
hahaha anak ngan mak 2x5.... ( utk perhatian: harga CMC dalam cerita ni adalah harga lama.....hehe)

1 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

berat kek 11/2 kg? saspen jek..
1 1/2 kg baru x saspen...
terbayang2 sedapnye cmc ter weh..
dah la pose arini...kalau dapat se'selice' pun jadi la...