Heartbeat

Ahad, 5 Jun 2011

aku, kak tipah dan kek span

               Suatu petang, lebih kurang pukul 5.00, aku baru saja sampai ke rumah..Biasalah hari2pun balik lambat sejak bertukar ke SKB2 ni. Aku bergegas menunaikan solat Asar. Baru aje selesai solat, telekongpun belum sempat tanggal lagi, 2 buah motorsikal berhenti di laman rumahku. hahaha,,, 3 orang jiranku datang rupanya.. "Apalah hajat diaorang ni ye??" tanyaku dalam hati.. Yalah biasanya petang-petang hari bekerja macam ni, jarang aku ada tetamu....hehe..

Aku menjemput mereka masuk..salah seorang drp mereka memang aku kenal dan biasa.. Anak2nya pun pernah aku ajar semasa di SKPH dulu.."Kami datang nak tengok kek.. kata ada buat kek?.. jual kek ke? Ada gambo?, nak tengok" Aikk!!! bertalu-talu soalan Kak Tipah ni...
"Xdelah kak, mana ada jual.. saja je buat untuk kawan-kawan.."ujarku..
"Kata aok jual kek, tangoklah gambo.."
Akupun menunjukkan gambar-gambar setakat yang sempat ku rakam dalam handset.
"Kek span berapa sebiji aok jual?" tanya Kak Tipah.
"tengok berat dia lah kak, pastu tengok design nak macamana?"
"Design?, kek span aok buat design? boleh yek?"
"Boleh je kak, kita guna butter cream, salut kat luar, buat bunga ke"
"Kek Span, kak jual Rm18.00 sebiji.. x design2."kata Kak Tipah..2 orang rakannya asyik tengok gambar, hanya sesekali menyampuk dan bertanya...
" O00 ye ke? kak buat kek span perisa apa?" tanyaku.
" Haahh,, boleh buat perisa2ke? kak buat perisa biasa je..." kata Kak Tipah.
" Bolehlah kak. boleh buat perisa pandan, strawberry, blueberry, oren, macam2lah... kakak buat perisa biasa tu perisa vanilalah ye???"
"Dok aihhh... eh, boleh ke bubuh perisa,, pelik aok ni??" kata Kak Tipah.
"Boleh, saya biasa buat, boleh taruk filling lagi.. nak buat 2 layer, 3 layer, tengah dia taruklah apa2 filling" kataku..
"mengarut je kak rasa.. xpelah ye.. kak balik dulu.. saja nak tanya je tadi.. takut kak jual harga mahal sangat Rm18.00. takut aok jual lagi muroh. Baru lagi kak jual kat polis tu Rm 18.00"
"oklah kak, nanti senang2 datanglah lagi". Kamipun bersalam-salaman sebelum mereka beredar pulang... Aku nampak kak Tipah pulang dengan perasaan yang pelik.. Akupu pelik juga,, mengapa dia pelik apabila aku kata kek span boleh taruk perisa???Mengapa dia kata mengarut...
                Sampai ke malam aku berfikir, Buntu mencari jawapan, aku bercerita dengan hubby.. Hermmm biasalah dia ni... no komen.. senyumjelah taunya...
                Tiba2 aku teringat masa aku kecik2 dulu.. Orang kampung aku, kalau sebut kek span maknanya kek gula hangus tu...atau ada orang panggil kek sarang semut... Oooo patutlah x taruk perisa apa2 (ada juga orang taruk perisa vanila).. Nak taruk perisa strawberry ??? Buat 2,3 layer taruk filling keladi??? eiii cuba bayangkan??? Patutlah kak Tipah pelik.. Rupa-rupanya kek span kami namanya aje sama tapi rupa, rasa, bahan dan cara membuatnya amat berbeza...hahaha... Alahai Kak Tipah....berbaloilah Rm 18.00 hahaha.. Up sikitlah kak Tipah harga gula dah naik ni...hehe...sayannng Kak Tipah...

Tiada ulasan: