hahaha... customer??? amboi kemain,.macam bagus....xdelah,.. jangan marah..semenjak 2 menjak ni dah bertambah kawan-kawan..yang dulu x kenal dah jadi kenal semata-mata kerana dunia baruku ini..haha nak kata guane???Bermacam-macam ragam dia orang. ada yang pagi2 order janji nak ambik pukul sebelas.. berpeluh-peluh menyiapkan,, tup-tup telefon " kak ana, nnt ai ambik pukul 5.00 yek.." huhu.oklah".eh, mana hubbyku tadi,,, alamak!!! merajuklah pulak,, balik rumah mak dia sbb isteri x masak tengah hari sebok nak siapkan kek tempahan..hehe...
yang ni ada juga: "k ana nak tempah kek, nnt ai ambik petang esok yek". Esoknya tengah2 sebok mengadun, tiba2 telefon berdering" helo kak ana, dah siap kek saya? terpaksa ambik sekarang sbb kami nak balik kampung. kalau x siap lagi xpelah, kira batal jelah. sori ye" Alamak, baru campur gula ngn butter ni mana dan siap, nak simpan dah adun ,,, aduhai...
Lagi haru>> orang lain yang tempah, orang lain yang ambil. Dengar suara jek x kenal sapa. Yang tempah kata, yang ambik, akan bayar, yang ambik kata, nnt yang tempah akan bayar,,, sudahnya....
Inipun ada: hantar bahan minta tolong buat, tapi bertenggek menunggu kita buatkan dan tengok sampai siap.. ah sudoh.. malulah pulok..ada yang x menjadi ni kang....
Itu belum masuk lagi yang mahukan diskaun,,nak beli 1 free 1pun ada.. hahaha macam-macam.. tapi aku tahu kadang-kadang mereka hanya mahu bergurau dan mengusik. aku memang x ambik kesah...
betul. aku memang x ambik ati... kerana mereka aku jadi ramai kawan.. mereka menyukai hasil tanganku sebab tu mereka order. ini juga merupakan sokongan bagiku walaupun mulanya rasa semacam.. Tapi lama-lama fikir inilah rencah kehidupanku. tanpa mereka siapalah aku.. sekurang-kurangnya ada juga orang tahu cikgu ana boleh buat kek dah weh,,,x yah pi beli kat bandar dah kalau nak celebrate birthday ahli keluarga "Uweekk" kata hubbyku.... ala dia ni memang x nak kasi can aku masuk bakul,,, jangankan nak tolong angkat, tolakpun x mau...hahaha..( eleh, kalau ada orang puji, hidung dia pulak x cukup pipi nk kembang ..hehe ) tapi mengapa aku tulis kat sini... aku kan suka menulis... aku suka menulis suka duka kehidupan ini dan bagiku ini antara rencah yang mewarnai kehidupan dunia baruku...Cayalah, aku sayang kamuuuu......walau siapapun kamu..kerana kamu menyokong aku...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan