Heartbeat

Jumaat, 3 Jun 2011

aku & customer Part 2

Suatu hari, aku terima panggilan telefon drp seorang kawan yang mengatakan kawannya nak order cmc ku hanya 1/2 kilo. Alamak, x berbaloilah nk membancuh dan membakar.. tapi memang sifatku x suka menghampakan orang.. aku buatkan juga. Hari tu hari Jumaat. Janjinya nak datang ambik kat sekolah.. tunggu punya tunggu,, x datang2. Aduhai,, balik sekolah ni aku nak kena ambik anak bongsuku kat SHAH pulak . mana dia ni???. Aku telefon kawan ku semula..aku kata aku tunggu kat simpang Bandar 2. tapi macamana aku nak kenal dia?? kawanku kata dia pakai kereta proton warna coklat tapi lupa plat number... Alamak.. x kan semua kereta proton coklat kereta dia.. hahaha... Akupun suruh dia berikan no telefon aku pada kawannya... aduh... namapun aku x tahu...huhu...

Setengah jam menunggu, si 'customer' nipun  telefon balik.." Akak nak pg Pekan kan?? Saya tunggu kat Simpang Pekan ye. Saya baru nak gerak ni''. "Oo. ok" Akupun bergegas gerak ke Pekan..X singgah rumahpun, tolehpun tidak,,mesti aku sampai dulu sebab dia baru gerak dari Chini...hehe ...

Sampai Kg Tanjung Medang Hilir, Si Costomer' telefon lagi.. " Akak, saya dah sampai simpang Pekan ni, akak kat mana?" Alamak!!! camana dia boleh sampai dulu??? aku dari simpang Bandar 2, dia dari Chini.. Lajunya dia...bila masa dia pintas kereta aku??? hahaha,, bermacam2 pertanyaan berlegar2 dlm kepala. "akak belum sampai, you tunggu depan masjid ye, kejap lagi akak sampai" . Akupun pecutlah..Fuhhh... harap2 xdelah pak polisi buat operasi kt Pulau Keladi hari ni...

Sampai depan masjid, x nampakpun proton coklat... aku telefon 'customer' tadi.."akak dah sampai, you kat mana? x nmpakpun" 
"Depan masjidlah akak"
"Ooo, kat pintu lagi satu ek?? akak kat pintu setentang ngn hospital"
"Hah!!! hospital??? mana ada hospital kak??? ada masjid jek.."
Ah sudoh,, kat mana sebenarnya budak ni???? Fikir punya fikir aku dapat agak,, rupa2nya dia tunggu kat simpang Paloh Hinai menghala ke Pekan, yang aku memang kat simpang di Bandar Pekan... huhuhu...(patutlah dah sampai dulu...)
"Camana ni kak? akak pusing balik boleh???" "Haaa!!! pusing balik lebih 50 KM dik oiiii!!! anakpun akak x ambik lagi"... hahaha... Dan CMC 1/2kilo tupun menjadi rezeki tetamu yang datang ke rumah pada petang tu..hehehe.....  Kepada 'customer' yang dimaksudkan,,( sampai sekarang masih x tau nama) kalau terbaca catatan akak ini janganlah marah ya... xde rezeki kita nk berkenalan dan xde rezeki anda nak makan CMC kak Ana.. Caiyokkk... selamat mengenali negeri Pahang Darul Makmur....
...


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akak linda nak ckp kt org tu jgn salah cakap simpang....simpang yg die mksdkan ialah simpang Paloh Hinai......Haiya.................

Anna Daud berkata...

xpe linda, jangan marah dia, dia orang baru, beri dia peluang mengenali tempat kita yang aman makmur ni.