Aku mendapatkan rawatan di klinik buat kali kedua akibat batukku yang masih x mau hilang sedangkan ubat yang dibekalkan dah habisku telan...hanya demam yang sembuh tapi batuk jangankan nak berhenti malah suara pulak yang hilang...huhu...
Setelah diperiksa dan diberikan cuti sakit, aku diberikan ubat dan dikenakan bayaran RM43.00. Xpelah.. kali ni aku cuba di klinik swasta.. sebelumni pergi klinik kerajaan.. Mahal sikit xpe kot, asalkan cepat sembuh...aku hulurkan not 50. Bakinya di hulurkan RM 7.
Sebelum gerak pulang, hubby yang menghantarku hendak membeli barang di bandar. Aku hanya menunggu dalam kereta. Adui,, x larat lagi nak jalan...nak beli barangpun, orang x faham aku cakap apa..
Tiba-tiba tetefon berdering... ah sudoh.... guane nak jawab ni??? Aku tekan juga butang hijau dan kata "helo". pemanggilpun berulang2 kata "helo"... sudoh dah...aku tekan butang merah... bunyi lagi... no yang sama...aku tekan butang hijau dan dengar suara pemanggil..."helo",helo" 2,3 kali. "ahhhhhhh cakap jelah , saya dengar ni, saya x leh cakap je, tapi saya dengar" aku menjerit,, tapi jeritan sekadar dikerongkong... hehehe....yang di sana pulak boleh bercakap tapi xleh dengar suara aku...hermmmm... camane yerkkk... adui lambatnyalah hubby aku ni.... 2,3 kali lagi no yang sama memanggil... hai, nak buat macamana nasib ko lah.. Akhirnya aku tulis msg dan send kt no tu mengatakan yang aku x leh jawab sebab aku xde suara....walaupun sebenarnya aku tahu itu bukan no hp tapi no rumah atau pejabat... manalah taukan kalau-kalau diaorang guna telepon rumah atau pejabat yang boleh send dan terima msg..
Malamtu adik datang rumah. Aku tunjukkan no org yg memanggil aku tadi. dengan isyarat, aku menyuruh adik aku dail semula no tu. manalah tau kalau2 hal penting sangat... sampai 2,3 kali tepon. Adik akupun mendail semula no tersebut. Rupa2nya... itu adalah panggilan dr klinik yang aku pergi tadi.. hahaha sebenarnya diaorang nak bagitau yang dia orang silap kira. Aku hanya dikenakan bayaran RM34 bukan RM43. Mereka menelefon suruh aku datang ambil baki duit aku tadi... Oh..gitu rupanya... Alaaa.. bukannya diaorang x tau aku xleh cakap,, patutnya, bila dia dengar aku on tefon tadi cakapjelah... atau tinggalkan pesanan selepas bunyi tuttttttt..hehehe....eh, orang bisu ada hp x??? (maaf bukan niat apa2... tapi bersyukurlah dengan nikmat ALLAH yang kita ada melebihi orang lain...jangan menghina mereka yang kekurangan..mereka hanya kurang upaya tetapi memiliki kelebihan lain yang kita tidak ada....dan kita pula mempunyai kekurangan yang mungkin kelebihannya ada pada mereka....ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA ADIL,ALLAH MAHA MENGETAHUI)
1 ulasan:
angkat tepon, dgr bunyi angin jer kak....
hihihiiii
Catat Ulasan