Heartbeat

Selasa, 14 Jun 2011

adakah aku pentingkan diri???

           Batuk yang melampau, membuatkan aku kehilangan suara.. bukan setakat serak,, langsung x terkeluar..Ahad 12/6,,demam dah sembuh walaupun berjalan agak melayang-layang kesan makan ubat agaknya..Menyedari aku kehilangan suara dan tubuh yang belum kuat untuk berjalan, aku mendapat cuti sakit dan xperlu ke sekolah esoknya..walaupun aku tahu satu lawatan kerja drp Bahagian Sekolah Kluster KPM akan datang melawat sekolahku pada 13/6... Kalau aku hadirkan diri sekadar melayan diri sendiri tanpa dapat menjawab apa2, baik x payah... Dalam hal ini , bukan niatku untuk mementingkan diri..memang aku x sihat...selama nipun aku hadapi apa sahaja walaupun aku pernah keseorangan di bahagian pentadbiran menerima lawatan drp mana2 jabatan ...Aku pernah menerima lawatan dpd PPD Raub dan rombongan drp SK Betau sedangkan pada masa itu, GB dan GPK 1 terpaksa membentangkan pelaksanaan K9 kpd Menteri2 Pelajaran ASEAN di Genting Highlands, manakala GPK Koku pula menjadi JU  Pend. Sivik di PPD Pekan..Alhamdulillah dengan kesepakatan kesemua anak2buah SKB2, aku berjaya menyempurnakan misi tersebut..pernah juga menerima lawatan mengejut drp beberapa orang pegawai JPNP ketika Guru Besar dan rakan2 pentadbir yang lain bertugas di luar.. .itu semasa aku sihat.. sekarang aku betul2 x sihat, walaupun aku terkilan sebenarnya tidak dapat bersama rakan-rakan menyempurnakan tugasan ini.. apa nak kata...Aku hanya mampu mohon maaf drp Tuan Guru Besar SKB2 atas ketidakhadiranku ini...harapanku semoga segalanya berjalan lancar dan mereka yang lain memahami keadaanku...

Tiada ulasan: