Heartbeat

Selasa, 14 Jun 2011

hargai nikmat sihat

    Alhamdulillah,, hari ni dah beransur sihat dan dah mula rindu untuk menulis dan bercerita..hehe. Yalah dah seminggu nikmat sihat yang ALLAH anugerahkan kepaduku diujinya...Seminggu demam walaupun tidaklah sampai terlantar teruk, tetapi batuknya berterusan sampai mengganggu tidur malamku... Entah mengapa,, demamnya agak kuat sebelah malam,, begitu juga dengan batuk,, sampaikan nak berbaringpun xboleh.. Ada ketikanya aku terlelap seminit dua sambil duduk dengan menyandarkan bantal ke dinding. Kesian anak-anak yang sedang bercuti... Hilang nikmat cuti mereka nengok mak diaorang macam ni... terganggu juga lena diaorang... tulah... nak buat macamana...Lagi parah akhirnya aku kehilangan suara... Langsung x terkeluar... SUBHANALLAH...inilah ujian ALLAH untukku...memberiku pengertian bagaimana rasanya menjadi bisu..hanya bahasa isyarat menjadi perantara.... lucu ada, sedihpun ada... besarnya nikmat ALLAH yang kuterima selama ini...dan yang lebih besar hikmahnya hahaha anak-anak tentu suka maknya ni dah tak boleh berleter kalau rumah bersepah, adik dah x takut mak marah kalau lambat basuh pinggan, long dah tak takut mak terjerit2 kalau tidur semula selepas subuh... huhu......

Tiada ulasan: