Heartbeat

Selasa, 4 Disember 2012

Subhanallah...perancangan Allah tiada tandingan



Assalamu'alaikum semua sahabat...moga dalam rahmat Allah sentiasa...

Aku pernah menulis satu n3 yang bertajuk..'.kita hanya mampu merancang' kira-kira setahun yang lalu...masyaAllah rasanya baru sahaja n3 itu di tulis..sinopsisnya...perancangan kami untuk melancong ke Sabah waktu itu terpaksa dibatalkan kerana kondisi kesihatan ibu mertuaku ketika itu tidak menentu...kalau nak tau kisah selanjutnya bolehlah mencarinya di bawah label ceritaku ya...

Alhamdulillah perancangan yang tertangguh tersebut dapat diteruskan pada cuti persekolahan bulan Mei 2012...Alhamdulillah juga tiket yang mulanya sudah terbatal itu dapat lagi digunakan pada bulan Mei dengan ikhsan boss adikku yang bekerja di Air Asia.Terima kasih semua..hanya wang pendahuluan untuk tempahan-tempahan penginapan dan kenderaan yang x boleh nak ditunda dan dibatalkan begitu sahaja..

Namun hikmah yang kami dapat lebih banyak daripada itu..kalau diikutkan tarikh asal iaitu november 2011, anakku angah x dapat ikut sekali kerana belum bercuti ketika itu..tetapi apabila ditangguhkan ke bulan Mei seisi keluargaku dapat pergi termasuk emak dan adik-adikku yang lain...kecuali keluarga Cik Nie sahaja yang tinggal...kan best...family trip lagi....

Banyak tempat menarik yang kami kunjungi...seronok sangat terutama ketika berada di kaki Gunung Kinabalu iaitu di Kundasang..pemandangan yang sangat memukau...tak terungkap dengan kata-kata...menaiki jambatan gantung di taman negara, bermanja dengan ikan-ikan kelah di tagal, melihat keunikan rumah terbalik dan juga melawat 3 pulau terindah di Sabah iaitu Pulau Sibu, Manukan dan Mamutik...Subhanallah..terlalu cantik...

Kami juga melawat ke UMS...tak tau macamana teringin nak ke sana....

Rupa-rupanya...Allahu akbar...Allah telah merancang.. akhirnya angah berjaya melanjutkan pelajarannya ke UMS...makanya kunjungan kami buat pertama kali itu adalah sebagai penunjuk jalan untuk kami ke sana lagi buat kali ke dua pada bulan September kerana menghantar angah..Subhanallah..kami batalkan sekali,,tapi Allah bagi kami peluang dua kali untuk ke sana malah mungkin lebih lagi nanti agaknya..Insyaallah...maka tanyalah pada diri...nikmat Allah yang manakah yang dapat kita dustakan??? jawabannya demi Allah...TIADA satupun nikmat yang dapat didustakan... malah nikmat ini tidak terungkap dengan kata-kata bagi orang-orang yang berpendapatan biasa-biasa sahaja macam kami ni..amat memadai malah bersyukur sekali...

Sebenarnya banyak cerita-cerita menarik dan cerita-cerita kebetulan ( sebenarnya memang perancangan Allah) yang telah berlaku di sana... InsyaAllah kalau ada masa nanti akan ku ceritakan satu persatu dalam n3 yang lain..


Untuk kali ini jom kita intai sebahagian gambar-gambar  kenangan kami di kaki Gunung Kinabalu hari pertama..
bersama beberapa orang anak tempatan yang berjaya menangkap burung hanya dengan tangan

pukul 7.00 malam di Kiram Village, Kundasang seakan pukul 10.00 malam rasanya



kiram village ..6.00pagi

bersama bonda tersayang



puncak kinabalu dari kiram village

keriangan anak-anak


kiram village 5.30 pagi...dah cerahkan???


berlatarbelakangkan puncak kinabalu


adik dan anak-anak


masing-masing masih berbaju tidur mengejar gunung takut di telan kabus


panjang umur, menyusul gambar-gambar kenangan seterusnya...insyaallah...

Tiada ulasan: