Heartbeat

Rabu, 24 Julai 2013

mee kari goreng

Assalamu'alaikum...salam sejahtera..semoga semua diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa ini..

Hari ke-15 puasa...
terfikir2 apa nak dimasak...
selongkar peti ais...nampak sebungkus mee kuning, ada udang sikit, ada ayam sikit...ermmm cukuplah
nak buat mee apa pulak ye.. baru beberapa hari lepas buat mee goreng, minggu lepas mee kari, hari ni???

fikir punya fikir hari ni nak buat kelainan sikit, maka terciptalah resepi mee kari goreng..huhu..




resepinya:

1 bungkus mee kuning
7 biji cili kering ( ikut suka kepedasan masing-masing)*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih diketuk
1 mangkuk kecil udang dibuang kulit
1 mangkuk kecil sawi yang telah dipotong
1/2 biji tomato besar dicincang/potong dadu
1 batang fish cake potong ikut suka digoreng
5 biji fish ball belah 2 digoreng
1 buku tauhu digoreng dan dipotong ikut suka
1 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air
2 sb kicap pekat,
1 sb kicap cair, 
1 sb sos tiram dan
1 sb sos tomato
2 biji telur dipukul sedikit
minyak masak
garam jika perlu
daun sup, daun bawang dan cili merah dipotong untuk hiasan

caranya:
mee kuning dicelur dan toskan
Kisar bahan *
tumiskan bawang putih hingga kekuningan
masukkan bahan kisar- tumis hingga garing.
masukkan pes kari..kacau lagi sampai rempah kari garing
masukkan udang,tomato cincang, kicap pekat, cair, sos tiram, sos tomato dan dikacau sebati
masukkan mee kuning, gaul rata..masukkan garam jika perlu
masukkan fish cake, fish ball dan tauhu..
ketepikan sedikit mee dalam kuali dan masukkan telur, kacau-kacau telur buat seperti telur hancur tapi jangan terlalu kering...gaul rata bersama mee dan terus kacau hingga mee nampak sebati dengan telur dan agak kering
masukkan sayur..tutup api dan hias dengan bahan hiasan.
Hidangkan panas-panas bersama potongan ayam goreng berempah...
haha... siap dan menunggu masa untuk disuap ke mulut...


resepi ayam goreng berempah (sumber drp chef haniliza)
5 ketul ayam dibersih dan toskan.
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3 batang serai*
bahan * dikisar
1 sb rempah kari
1 sb lada sulah
1 sb serbuk cili..saya guna cili kisar
garam secukup rasa
3 tangkai daun kari
minyak masak
Gaulkan semua bahan kecuali minyak masak dan daun kari bersama ayam..perap 1/2 jam
goreng daun kari hingga garing, ketepikan
goreng ayam dalam minyak tadi hingga masak keperangan
setelah itu bolehlah ayam tadi dipotong-potong untuk dimakan bersama mee kari goreng atau dimakan begitu sahaja...

sedap banget nih...

Tiada ulasan: