Heartbeat

Rabu, 24 Julai 2013

respi bubur beluluk

Assalamu'alaikum...salam sejahtera dan salam Ramadhan..

Ada sambutan gak bubur beluluk ni...sampai ada yang nak respinya..hihi
malas nak jawab banyak kali apabila ramai yang bertanya, saya tuliskan di sini...sila baca yer kawan-kawan yang bertanya tu...hihi..
mudah aje kerja nya janji ada buah beluluk yang dah siap diproses...
Kat gerai tepi jalanpun ada buah beluluk yang dah siap diwarnakan...xde masalahlah..
cuma masakkan gula melaka @ gula kabung,sejukkan, masukkan ke dalam mangkuk, perahkan santan dari kelapa muda yang dah diparut.. campurkan sahaja... macam buat kuah cendol tu...

Kalau sekiranya buah beluluk yang dibeli tu masih belum diwarnakan... masakkan dalam periuk bersama air, dan masukkan warna kesukaan...tuskan, biarkan sejuk..dah sejuk, tambahkan air gula melaka@gula kabung dan perahan santan segar yang telah dicampurkan sedikit garam...

buah beluluk yang dah dimasak dan diwarnakan

ni kalau nak makan bersama sirap gula

ni pulak yang dah dibuat bubur...





ok..kawan-kawan, selamat mencuba...tak cuba, tak tahu...








Tiada ulasan: