Heartbeat

Jumaat, 2 Mei 2014

Inilah guru.....

assalamu'alaikum....


26 April 2014 (Jumaat)
mengendalikan satu kes salah laku di sekolah.. Seorang pelajar telah dibawa kepada saya dengan beberapa tuduhan.. Antaranya:

1. merokok dan menjual rokok kepada rakan
2. menyakat pelajar perempuan pada malam sebelumnya dengan memakai telekung putih
3. menangkap ikan dalam kolam sekolah dan membakarnya bersama rakan-rakan
4. membawa telefon bimbit ke asrama

Saya meneliti rekod lama pelajar ini dimana pengakuan yang terdahulu beliau mengaku membawa rokok dan menghisap rokok di hadapan bapanya dan juga guru besar jika dia mengulangi perlakuan ini sekali lagi dia rela dibuang sekolah. Kesalahan ini adalah kesalahan yang keempat dilakukan setelah diberi amaran, dibawa kepada guru kaunseling dan digantung asrama. Saya memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan. Akhirnya murid ini telah menurunkan pengakuan bertulis tanpa ada sebarang paksaan. Pengakuan saksi membuatkan dia tidak dapat mengelak walaupun pada mulanya dia menafikan sekeras-kerasnya dan siap menengking saya dan guru disiplin lagi..Pengakuan juga diambil daripada dua orang lagi murid yang mengaku membeli dan merokok bersamanya.

Saya merujuk perkara ini kepada guru besar. Guru besar mengarahkan saya memanggil ibu bapa pelajar yang terlibat. Saya menelefon ibu bapa pelajar yang terlibat.. Malangnya guru besar terpaksa meninggalkan sekolah lebih awal kerana terpaksa menghadiri mesyuarat.  Saya dan guru disiplin terpaksa berhadapan dengan ibu bapa mereka.. Amaran secara lisan kepada mereka bagi kesalahan kali pertama di hadapan ibu bapa mereka.

 Bagi kes berulang itu pula saya meminta penjaganya datang sekali lagi pada hari Isnin 28 April 2014 atas pesanan guru besar. Di hadapan saya , guru disiplin dan bapanya, murid ini teresak2 menangis dan mengakui kesalahannya. Oleh kerana minggu itu adalah minggu pelajar asrama pulang ke rumah saya menyuruh penjaganya membawa anaknya pulang terlebih dahulu..Ayahnya telah mengeluarkan maki hamun kepada anaknya dan menyuruh kami mengeluarkan surat buang sekolah untuk anaknya. Saya nyatakan bahawa saya tidak dapat buat keputusan kerana guru besar ingin berjumpa penjaga terlebih dahulu..Di hadapan kami beliau menghalau anaknya dan saya terpaksa menyabarkan..

28 April 2014 (Isnin)
Saya tidak hadir ke sekolah kerana disahkan tidak sihat oleh doktor akibat mendapat bengkak di mata. Saya mendapat sijil sakit sehingga 1 Mei 2014.

2 Mei 2014 ( Jumaat)
Saya telah didatangi oleh guru disiplin yang mengatakan bapa pelajar tersebut telah datang semula ke sekolah dan menemui guru besar pada hari Isnin 28 April 2014. Apa yang mengejutkan, bapanya menuduh kami memaksa anaknya membuat pengakuan. Anaknya tidak merokok..Anaknya tidak menyakat budak perempuan,,anaknya tidak mencuri ikan di kolam. Cuma yang tak disebut anaknya membawa telefon bimbit ke asrama kerana itu jelas apabila ditunjukkan bukti adanya telefon tersebut. Katanya anaknya memancing di sungai belakang rumah dan membawa ikan tersebut ke sekolah... Allahuakbar!!! guru besar yang belum menerima laporan secara jelas tergamam dan berjanji akan menyiasat.. Jaga sekolah dipanggil sebagai saksi.. Rekod2 lama anaknya dikeluarkan..Malangnya dia tetap menuduh pihak sekolah mengada-adakan cerita dan mahukan bukti..

Menurut jaga bukan sahaja ikan yang diambil dan dibakar malah kura-kura di dalam kolam juga menjadi mangsa..beliau mahu menunjukkan tempat dimana masih ada cengkerang kura-kura tersebut ditinggalkan tetapi penjaga tidak mahu dan tetap mengatakan ikan dibawa dari rumah.

Guru besar tidak mahu memanjangkan cerita dan berjanji akan menyiasat..
Jika ikut logik: tidak mungkin bapa menyuruh anaknya membawa ikan mentah ke asrama untuk di bakar setakat 2 ekor..lebih baik membekalkan ikan yang telah siap dimasak. kejadian pula berlaku pada waktu malam bukan pada hari Ahad atau Isnin.. berlaku pada malam Khamis . bagaimana ikan yang dibawa boleh tahan sampai malam Khamis????

rekod2 lama murid tersebut selain merokok, membawa mesen membuat tatu buatan tangan ke asrama. meminum arak di siling asrama.. Jika ikut jumlah merit memang layak murid ini dibuang asrama terlebih awal lagi... malang jika mempunyai pentadbir yang tidak bertegas. Apa yang saya diberi tahu untuk mengelakkan bapa murid ini mengamuk sakan menyalahkan guru, guru besar mengakui mengatakan murid ini adalah murid yang baik...So???? kami para guru disiplinlah yang tak baik????..Apa jadi jika kami langsung membiarkan pelajar ini???? setuju??? dan berapa ramai pula pelajar lain yang menjadi pengikutnya pada masa akan datang???? SEDIH kerana menjaga NAMA sendiri kami yang menjadi mangsa tanpa pembela...  MAKA bersoraklah penjaga tadi kerana telah berjaya mempertikaikan kerja kami, berjaya mengugut kami.....

Tiada ulasan: