Heartbeat

Sabtu, 7 Jun 2014

Dan inilah sudahnya

Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakuh...

Tak sampai sebulan... imbas kembali kejadian penjaga memarahi kami kerana kesalahan anaknya merokok pada 26 April 2014..siap mencabar kami menunjukkan bukti. ...Allahu Akbar... Allah Maha Besar,Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Bijaksana...

Pada 22 Mei 2014..guru disiplin sekolah kami telah menangkap 2 orang murid lagi telah merokok di dalam tandas.. bukti sangat jelas..'sedang merokok' dan sekotak rokok tersimpan di dalam poket salah seorang daripada mereka... siasatan juga dibuat dan pengakuan diambil... sungguhlah budak zaman sekarang sangat setia kepada rakan...tidak mahu membocorkan rahsia rakan yang lain..( sesetengahnya takut memberitahu perkara sebenar setelah diugut oleh rakan mereka yang sama terlibat..) Inilah dia dikatakan 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut' Sungguh setia yang tidak bertempat dan sia-sia..

Spot check dibuat..Sedih... tapi itulah yang Allah nak tunjukkan...sekotak rokok dijumpai di dalam beg pelajar yang mana ayahnya mahukan bukti tadi.. siasat lagi..pengakuan diterima selepas bukti ditunjukkan walaupun sebelum itu nampak macam nak melawan aje...

 Diserahkan kepada kaunselor dan rekod lampau dirujuk...banyak kesalahan telah direkod...mencuri, melawan guru...dan rekod pecah masuk rumahpun ada...Kes dibawa kepada Guru Besar...mesyuarat dipanggil...keputusan gantung sekolah.. ibu bapa lalu dipanggil untuk diberi penerangan keadaan sebenar.
Kasihan penjaga..

Namun...penjaga yang mahukan bukti tidak hadir..hanya mewakilkan adiknya..saya sambut dengan baik..tanya, "ayahnya bekerja ke?" dijawab dengan kasar, "kerjalah..kalau tak kerja nak makan apa?"..
aduiiii hadap sajalah...

Dalam hati sudah ada satu kesimpulan..inilah jadinya apabila ayah menangkan anak...tengok..anak masih tak serik-serik malah seolah mencabar cikgu..Tak hairan kalau anak bercakap kasar kalau dalam kalangan keluarga juga begitu.. tugas cikgu lagi nak mendidik beradab dan berbudi bahasa.. kalau tak, ada pulak suara-suara sumbang bertanya, "apa yang kau belajar kat sekolah,, perangai biadab macam ni?"...apalah agaknya tugas sebenar ibu bapa...Sibuk laki bini cari makan?? sampai tak sempat nak didik anak-anak.. anak-anak biadabpun salah guru.. macamlah guru-guru tak ada anak-anak sendiri..tepuk dada tanya selera

ANAK-ANAK CIKGUPUN KEKADANG ADA JUGA YANG BUAT ONAR!!! KENA TANYA CIKGU PULAK...BERKATKAH GAJI CIKGU KALAU BUAT SAMBIL LEWA...LALU TAK MUSTAHIL KALAU ANAK-ANAK KITA' TIDAK MENJADI' WALLAHU 'ALAM....Peringatan Untuk Diri Sendiri

Tiada ulasan: