Heartbeat

Selasa, 7 Ogos 2012

hari ke 18 puasa

Hari ini agak penat sikit...jadual anjal menyebabkan aku terpaksa berada di kelas direct selama 2 jam setengah.. sakit juga tekak ni..nak mengamuk juga kekadang dekat bebudak ni.. cuti 3 hari kerja rumah menyalinpun x siap. UPSR tinggal beberapa hari sahaja lagi... aduiii sakit jiwa jugalah tengok semangat mereka yang masih tahap tak apa-apa ni...

Tambah lagi lawatan mengejut dari 2 orang pegawai PPD sebelah tengah hari.. Guru Besar & GPK 1 pulak ada tugasan di luar.. terpaksalah aku mengadap dia orang... Yelah aku dengan GPK Kokurikulum sahaja pentadbir yang tinggal..

Lepas tu berkejar pulak balik ke rumah sembahyang zohor sebelum menghadiri menyuarat/ bengkel membina soalan untuk pecutan akhir UPSR di SK Lepar tepat pukul 2 petang... nak buat macamana x terlintaspun nak datang lambat...akhirnya aku terlewat juga 10 minit...nasib baik mesyuarat belum mula..minta maaf ajalah..

Sampai ke rumah dah masuk waktu asar... Lepas sembahyang,, entah macamana terlena..sedar-sedar dah pukul 5.15 petang..

Bergegas pula ke dapur tengok apa nak masak untuk berbuka petang ni... yang ringkas ajalah nampaknya
sempat jugalah masak asam pedas ikan tenggiri + bendi, sambal udang + petai dan terung pipit, terung panggang berlada dan popia goreng..eh eh banyak juga ye..haha macammana??? dapur sebelah tumis masak asam, sebelah lagi panggang terung.. sambil-sambil tu tumbuk cili dan kupas petai..hhaa gitulah lah... sebenarnya cili, bawang merah, bawang putih dah kisar siap-siap, buat stok untuk seminggu..itu yang jadi cepat tu... inti popia pulak gunakan taugeh dengan ayam cincang aje. tumis ajelah dengan cili dan bawang kisar tadi...kulitnya dah siap awal-awal masa buat popia pedas dulu...Sekali buat kulit ni tahan seminggu simpan dalam peti ais...

Nak jadi rezeki, mak kirimkan pulak opor daging...tinggal panaskan aje... huhu alhamdulillah...dan sempat juga buat fresh oren ari ni.. jom tengok gambar...


opor daging - mak kirim ( sayangggg mak )

asam pedas ikan tenggiri + bendi

sambail udang + petai dan terung pipit ( ada orang panggil terung anggur sebab dia bergugus dan bulat macam anggur)

terung panggang berlada

ulam kacang botol

popia & sos cili


fresh orange



resepi terung panggang berlada

2 biji terung panjang ( warna ungu...org kampung saya panggil terung belacan ) belah 2 jangan putus
2 biji cili merah besar + 3 biji cili api
1 biji bawang merah dimayang
sedikit kicap cair,
sedikit minyak
garam dan sedikit daun bawang dipotong halus.

panggang terung..( saya buat masukkan dalam pan x melekat tu..balik-balikkan aja sampai terung lembut - masukkan dalam pinggan dan ketepikan)
Tumbuk kesemua cili bersama sedikit garam.(kalau suka boleh masukkan sedikit belacan dan xperlu tambah garam) letakkan cili tumbuk ke atas terung
Dalam pan, masukkan sedikit minyak dan goreng bawang sehingga keperangan.
Tuangkan bawang goreng bersama minyaknya sekali ke atas terung..sebab tu sedikit minyak aje diperlukan..
renjiskan dengan sedikit kicap cair dan tabur daun bawang hiris tadi... sedaplah bagi yang suka..kalau x suka apapun x sedap hehe...

resepi kulit popia

1 cawan tepung gandum
air ais secukupnya
sedikit garam

campur semua bahan..kepekatan adunan macam kita nak buat jemput2 bilis..jangan cair sangat.
panaskan pan tak melekat tu...api kecik aje tau
gunakan hujung jari, jemputkan sedikit adunan dan ratakan ke dalam pan..ni tangan kena tahan panas sikitlah... sebenarnya xdelah panas mana...
sebab apa guna jari???? supaya adunan nipis dan akan rangup apabila digoreng... kalau guna sudu adunan mungkin agak tebal dan liat setelah digoreng...so, x sedappp..
apabila sekeliling hujungnya dah sedikit terangkat darpada pan, angkat aje, xperlu diterbalikkan...
sejukkan dan simpan ke dalam bekas dan letakkan dalam peti ais sehingga diperlukan.... ermmmm cubalah...

isikan inti dan gulung macam biasa..lepas tu goreng dan tuskan.. Kalau nak buat popia pedas..Tumiskan cili kisar, bawang merah dan bawang putih kisar, masukkan garam dan gula.. Apabila tumisan garing masukkan popia yang telah digoreng tadi.. ratakan dan angkat...jangan guna minyak yang banyak semasa menumis..perghhh sedap...kan koi boleh buat sendiri...

Tiada ulasan: