Assalamu'alaikum..Alhamdulillah hari ni dh hari ke 14 puasa... Dh 2 hari x menulis kt sini.. hari ke 11 x masak apa-apa . semuanya beli sebab x sihat.. Hari ke 12 dapat mc... siap ambil darah lagi..x taulah apa keputusan diagnosisnya.. minta-mintalah xde apa-apa.. Camanapun sebelah petang sempat juga masak ala kadar untuk berbuka.. sekadar masak sotong masak hitam dan sayur campur aja.. pastu tambah ngn ikan masin juga ulam timun.. cukuplah..alhamdulillah
resepi sotong masak hitam
10 ekor sotong kecil bersihkan
3sudu bsr bawang merah kisar
1sudu makan bawang putih kisar
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia potong halus memanjang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin/cair
1sudu makan sos cili
1sudu makan sos tiram
1 sudu makan air asam jawa
1biji tomato potong 6
1 labu bawang besar potong bulat
1biji cili merah dpotong
sedikit daun bawang potong anggaran 1 inci panjang
sedikit minyak, garam, serbuk kunyit
sotong digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
tumis semua bahan kisar hingga naik bau
masukkan sotong
masukkan halia, kicap, sos cili dan sos tiram, air asam jawa
ketika ini sotong akan berair, masukkan tomato
balik-balikkan sebentar, rasa garamnya. masukkan sedikit gula jika suka
biarkan kuah agak kering/pekat, masukkan bawang besar, daun bawang dan cili potong .
ratakan sahaj terus diangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan