Heartbeat

Jumaat, 3 Ogos 2012

simple

Hari ke 14 - sambil menunggu anak-anak balik dari asrama masing-masing terfikir2 apalah nak masak agaknya... sedang memikir2, hubby telefon mungkin x sempat berbuka di rumah. banyak urusan nak diselesaikan.. lagipun jauh memusingnya.. mula2 ambil adik di SHAH Pekan, kemudian berkejar ke Kuantan uruskan beberapa perkara berkenaan persiapan angah nak melapor diri ke UMS  .. Kemudian menunggu along habis kuliah di Polisas lebih kurang pukul 5...Hari Jumaat biasalah Kuantan akan mengalami kesesakan lalu lintas tahap melampau..tambah lagi hujung minggu ni cuti bersambung dengan cuti Nuzul Quran pada hari Isnin nanti... lagilah sesaknya..semua warga ambil kesempatan balik kampung berpuasa bersama keluarga tercinta kan??? Aduii nampaknya berbuka sorang-soranglah hari ni.. Bagaimanapun masak juga lauk kegemaran anak-anak...x tau apa nak dinamakan lauk ni... anak-anak panggil ayam kunyit berkuah,, mak panggil tom yam campak-campak sebab kuahnya ada ala-ala rasa tom yam...resepi malaspun ya sebab simple sangat...


sempat juga masak sotong goreng kunyit...



Resepi Ayam Kunyit Berkuah

1 mangkuk ayam yang telah dipotong kecil, bersihkan dan digaul garam & kunyit
1 biji tomato belah 4
1 batang serai dititik
1 inci halia dihiris
1/2 mangkuk bunga kobis + carrot dihiris panjang
1 labu bawang besar  belah 2 dan hiris separuh bulat
5 ulas bawang putih dimayang
1 keping asam keping
1 biji cili merah dihiris
3 -5 ulas cili padi diketuk
1 1/2 mangkuk air
garam dan secubit secukup rasa maggi, lada sulah
minyak masak
3 - 4 helai daun limau purut


masukkan ayam ke dalam kuali, masukkan halia
kacau-kacaukan sehingga kering airnya.
Masukkan minyak, masukkan bawang dan cili hiris, kacau sehingga agak layu
masukkan air, serai, sayuran, cili padi dan asam keping.
apabila mendidih masukkan tomato dan daun limau purut. masukkan juga secubit secukup rasa maggi' dan lada sulah..
rasa garamnya dan siap utk dihidangkan... bagi saya ia lebih sedap drp tomyam..hihi


Sotong Goreng Kunyit
10 ekor sotong kecil dibersihkan dan digaul garam dan kunyit
1 labu bawang besar dihiris bulat
1 biji cili merah dihiris
5 ulas bawang putih dimayang
1 batang daun bawang potong-potongkan 1 inci panjang
1 inci halia dimayang
minyak , lada sulah secukupnya


masukkan sotong dalam kuali bersama halia .kacau-kacaukan sehingga airnya kering
apabila kering airnya masukkan minyak
masukkan lada sulah, bawang putih dan bawang besar serta cili hiris
angkat jangan sampai bawang terlalu layu.. gaulkan daun bawang.. sedia untuk dihidang.
 




Tiada ulasan: