Jap tadi ada yang menelefon mahukan resepi roti jala dan pie tee.. hehe..resepi ni dah lama dah saya ambik kt majalah keluarga tahun berapa entah..x ingat dah..tapi kalau rajin google je...mesti dapat punya...yelah kawan ni kata, memang banyak kalau google tapi belum tentu jadi...eh? ngapa pulak yer?...yalah...kak anna kan dah buat menjadi..mestilah nak yang terus menjadi...ish ish gitu pulak???
oklah ini resepi roti jala ya...
3 cwn tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
1 biji telur
3 cwn air ( saya campurkan dgn 1/2 cwn susu segar - tak mau xpe)
sedikit pewarna kuning.
Blendkan semua bahan dan tapis... siap untuk dikiraikan ke dalam kuali tak melekat
gunakan api perlahan je.
resepi pie tee pulak
4 sudu makan tepung gandum
3/4 cwn tepung beras
3/4 cwn air + secubit garam + sedikit air kapur makan
1 biji telur
jika suka + kan sedikit lada sulah dan sedikit gula..( saya x letak gula)
whiskkn semua bahan dan tapis.. biarkan sebentar sebelum mula menggoreng..
pastikan anda ada acuan pie tee ni ya...
Celup acuan ke dalam adunan tepung. ( jangan sampai tenggelam...tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas, agar nanti ia mudah ditanggalkan)
Celup acuan yang telah bersalut adunan ke dalam minyak panas ( tenggelamkan)
Apabila nampak garing, gunakan lidi atau garfu untuk menanggalkannya drp acuan.. angkat dan toskan..
masukkan intinya..
tengok ni...sarang pie yg telah ditanggalkan
boleh guna isi udang/ ayam/ ketam/ daging yang dicincang.. boleh juga guna bilis atau isi ikan goreng yang
ditumbuk halus (macam saya guna hari tulah..elakkan membazir).
sayur-sayuran pilihan seprti sengkuang, carrot dan timun yang dipotong(racik) halus memanjang ( agak-agak muat bekas dialah kan)
bawang merah yang dipotong dadu
bawang putih yang dicincang
cili besar/ merah dicincang
garam, lada sulah dan sedikit minyak.
panaskan minyak..tumiskan segala bawang dan cili
masukkan isi udang atau apa2 pilihan anda tadi
masukkan sayuran, garam dan lada sulah.. jangan terlalu lama..cukup sekadar semuanya dh bergaul rata sahaja.. Angkat dan masukkan dalam sarang dia.... itulah ceritanya...senangkan???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan