Heartbeat

Jumaat, 3 Ogos 2012

hari ke-13

Hahaha lupa menu hari ke 13 yer... tima kasihlah mengingatkan..hehe..nak tau juga ya.. oklah menu hari ke-13 chicken steak with black pepper sauce, dan sup sayur aje.. kuihnya popia pedas..( yang ni lupa nk ambik gambar dia ) ok jom layan gambar...

nampak agak gelap - teknik ambik gambar x betul



resepi Chicken Steak

2 keping dada ayam - saya potong setiap 1 kepada 2 bahagian - dapat 4 kepinglah kan..
diperapkan dengan minyak zaitun, paprika, thyme sedikit garam dan lada sulah. perap paling kurang 15 minit..kalau lebih lagi baik..
 sayur iringan - yang ni saya x buat - hehe anak x suka sayur.
20 gm brokoli
20 gm lobak merah - potong panjang
20 gm lada benggala
1 ulas bawang putih dicincang.

didihkan air - celur brokoli dan lobak merah hingga masak. letakkan sedikit minyak ketika mencelur supaya sayur nampak segar
angkat dan letakkan dalam ais
tumis bawang putih dengan menggunakan sedikit minyak zaitun, masukkan sayuran tadi termasuk capsicum.
perasakan dgn bahan perasa

Ayam yang telah diperap dipanggang di atas api sederhana.. (Saya masukkan sedikit mentega ke dalam pan dan letakkan ayam. balik-balikkan sehingga masak, jangan biarkn ayam terlampau kering.. biarkan agak juicy skit)
 masukkan ke dalam pinggan bersama-sama sayuran tadi... susunlah gone-gonepun janji menarik yer.

untuk sosnya
1 sb lada hitam - hancurkan
1 ulas bawang putih cincang halus
1 helai daun bay
100 gm stok perang dilarutkan dengan 500ml air
sedikit mentega dan garam

panaskan mentega dan tumis bawang putih
masukkan lada hitam dan kacau
masukkan larutan sos perang. Didihkan sebentar. masukkan garam secukup rasa.
jika hendak lebih creamy + kan 1tbs whipping cream..
siap dan curahkan ke atas steak ayam yer,, dan tuggguuuu...azan maghrib dulu...hehe

Sup Sayur
1 mangkuk sayur + ( sedikit lobak merah, brokoli atau bunga kubis, sawi, leck?? adui x tau ejaan dialah...hehe )
1 biji tomato - belah 4
1 paket soon - rendamkn
3 -5 ekor udang sederhana
1 labu kecil bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji kentang potong 4 @ 6
sebiji telur jika suka
garam dan perasa
minyak & air secukupnya
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis dan cengkih..

panaskan sedikit minyak. tumiskan segala bawang dan rempah tumis
masukkan air dan kentang, biarkan kentang separuh empuk
(buangkan rempah tumis tadi)
masukkan udang dan pecahkan telur  jangan kacau agar telur tidak hancur 
masukkan soon
masukkan segala sayur-sayuran dan tomato.
masukkan garam dan perasa.. jangan biar sampai sayur lembik ekk..dah boleh makan..tapiii tungggguuuu apabila masuk waktu berbuka nanti
 
 



Tiada ulasan: