Heartbeat

Isnin, 16 Mei 2011

Kami pencuri????? Oh, malunyeeeee!!!!!!

Kami mempunyai seorang bapa saudara sepupu iaitu sepupu arwah ayah..Kami panggil dia Ayah Amat.juga sudah arwah sekarang ( Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas kedua-duanya ) Setelah kematian isteri, Ayah Amat tinggal seorang diri. Sesekali anak-anak dan cucu pulang ke rumahnya dan sesekali juga dia akan ke rumah mereka pula. Suatu hari, Ayah Amat nk pergi ke rumah anaknya dengan menumpang kereta ayah kami. Semasa menunggu ayah bersiap, Ayah Amat siap berpesan kepadaku: " Na, kang ( karang ) bawa adik-adik kait buah jambu..tengah masak tu.. Ayah Amat nk ke Paloh Hinai 2,3 hari ni, kalau x kang, abih, bahan dak kera..."  Belumpun jauh kereta ayah bergerak meninggalkan rumah, akupun apa lagi, ambil kunci motor ayah terus je mengajak adik-adik pergi mengait buah jambu kat rumah Ayah Amat. X muat naik motor, seorang adikku mengayuh basikal ( poh palih, selok betul,, kata orang Pekan )

Sedang kami seronok mengait buah jambu yang sedang ranum tu, tiba-tiba.... anak dan cucu-cucu Ayah Amat dari Chini sampai.. Alamak... kan Ayah Amat xde... sapa percaya, kalau Ayah Amat yang suruh kami kait tadi....Huuuuu,, dalam serba salah aku cuba menerangkan perkara sebenar... ( bibir dh geligih esah 3 dara pingitan dh ni... ah sudoh dah...) Adik-adik dh berekor dh kt belakang, (saling menyorokkn muka di belakang yang lain) Nasib baik dia orang buat ala-ala fahamlah..( dalam hati wallahu'alam ) Tak tunggu lama, kamipun balik ke rumah dengan perasaan malu yang teramat sangat.( Terasa yang mengayuh basikal dah sama laju dgn yang naik motor ).Tak tahu mengapa, padahal sebenarnya kami tak buat salahpun... cuma kami berada di tempat yang salah dan pada waktu yang salah... Adui,,,, serik,serik... Moralnya: walau apapun, jangan selok sangat...& jangan berada di tempat yang salah pada masa yang salah..

1 ulasan:

ROBINDA05 berkata...

hahaha... ingat2....