Kisah ni berlaku lebih kurang 17 tahun dulu...huuuu lama dah tu..tapi masih segar dlm ingatan... Masa tu aku bertugas di SKC2..Tinggal di kuartes.. Belakang rumahku terdapat padang bola dan di belakangnya biasalah ada sedikit belukar dan ladang lalang..hehe...
Tapi yang peliknya.. kami boleh pulak ketawa berbahak2 membayangkan semula peristiwa tadi... yalah siap main jong-jong inai ngn si vavi.... Dan satu kerja pulak membersih dan menyamak lorong-lorong antara meja kami yang menjadi laluan si vavi ni tadi...Aduiiiii
Petang2, kami selalu nampak kumpulan vinatang vavi merayau2 kat belakang tu.. Kekadang awal pagipun ada.. tapi xpernah pulak rombongan mereka sampai hampir ke kawasan rumah kami. Kalau nampak dari jauh tupun, riuhlah anak2 kami & anak-anak jiran kami menjerit2 sampai menakutkan rombongan mereka tu.. Maklumlah pada masa tu anak masing-masing berumur lebih kurang sebaya dalam lingkungan kanak-kanak yang aktif lagi....
Namun entah macam mana suatu hari terjadilah satu peristiwa yang menggemparkan dan mencatat sejarah SKC2..Masa tu kira-kira pukul 9.00 ke 10.00 pagi..gitulah..Sebilangan kami dah masuk ke kelas masing-masing untuk mengajar, manakala sebahagian lagi melakukan aktiviti masing-masing di bilik guru.. Bilik guru SKC2 terletak di tingkat bawah di mana sebelah kanan pintu masuk adalah tempat guru2 wanita manakala sebelah kiri tempat guru2 lelaki.. Masa tu, aku sebok menanda buku latihan murid sambil berbual2 dengan rakan di meja hadapanku. Kawanku ini pulak sedang sarat mengandung...
Tiba2 terdengar dengusan yang agak kuat di pintu masuk. Kami serentak memandang dan serentak juga menjerit.. Guru2 lelaki di sebelah kiri juga terkejut..namun yang lebih terkejut rupanya si vavi nilah...(besau beb,, macam besar anak kerbau jantan umur 2 bulan..hehe ) Oleh kerana suara guru2 lelaki yang agak garau agaknya menyebabkan dia bertambah takut dan berlari ke arah kami.. Apa lagi kamipun berlari mengelilingi meja, berbondong-bondong 4,5 orang sambil memegang bahu antara satu sama lain.. x ubah seperti main jong-jong inai hehe...yang paling kesian Mak Yong ni tadi berada paling hadapan.... alamak,, bayangkanlah...ditolak-tolak oleh rakan di belakang.. Akhirnya dia terjatuh...kesiannya.. maka larian kami terhenti dan serentak berpaling semula ke belakang sambil menjerit lebih kuat...Si vavi yang sedang mengejar pula terkejut dan dia juga berpusing ke belakang....apatah lagi bila mendengar riuh rendah jerit pekik kami... Malangnya si Vavi ni macam x nampak pintu keluar.. dia terus berlari2 berpusing2 dlm bilik guru. Akhir si vavi tadi masuk ke bilik kecil yang kami jadikan bilik rawatan dalam bilik guru tersebut..Hahaha..si vavi telah memajat katil dan terjun semula lalu berlari keluar..tapi x keluar juga dr bilik guru.. bertindak bijak( ???? ) kami masing-masing memanjat meja... Aku menarik tangan Mak Yong ajak naik sama...Dengan bantuan seorang rakan terpaksa menolak badan Mak Yong naik atas meja.. Kesian dia berdarah lututnya akibat terjatuh tadi.. Akhirnya si vavi yang lari x tentu arah tadi keletihan...dan tercangak-cangak di tengah ruang rehat bilik guru itu...Suara riuh rendah kami tiadak berhenti.. beberapa orang guru lelaki mengambil apa yang ada spt kayu, penyapu dan ada mengangkat kerusi lalu menghalau vavi tersebut ke pintu keluar.... Dan akhirnya keluar.... Kami berpaling semula ke arah Mak Yong untuk melihat keadaannya dan menasihatkannya agar ke klinik. Alhamdulillah syukur,,kandungannya selamat...
3 ulasan:
muahahahahahahaha.... :)) (sambil tekan perut)
yg tu bukan ke yg kak ana bela? yang ade tanda pangkah warna biru kat montot dia tu. yg kunin sahrudin punye.... hu3x
hahaha,,pandailah ko...kak ana rasa semua sahruddin punye kot..hehe
Catat Ulasan